Wednesday, March 28, 2012

Berehat Seketika.....





Hujan pagi ini . Pastinya hujan rahmat agar saya berehat seketika pagi ini. Rancangan utama hari ini ialah hendak mencuci bahagian luar rumah terutama di tempat parking kereta yang agak kotor dengan rumput-rumput yang berterbangan setelah kerja-kerja pemotongan rumput oleh pekerja pihak perbadanan putrajaya selesai petang kelmarin. Nampaknya esok saja saya laksanakan, itupun bergantung dengan cuaca. jadi pagi ini boleh saya mengupdate blog yang telah lama terbiar sepi ini.....


Dulu,sewaktu masih bekerja saya selalu beranggapan seorang surirumah sangat bertuah kerana ada banyak masa untuk berehat di rumah. Dan kini bila saya sendiri memegang title surirumah,barulah saya tahu betapa penatnya seorang yang bergelar surirumah dengan tugasan rumah yang tidak pandai habis. Saya tidak tahu, adakah ia berlaku pada semua suri rumah, tetapi saya percaya didikan arwah emak saya pada anak-anak perempuannya agar sentiasa menjaga kebersihan sejak dari kecil itu melekat hingga ke hari ini. Saya masih ingat, saya, kakak dan adik perempuan saya di ajar mencuci pakaian satu keluarga secara manual, menyidai pakaian, mengambil dari ampaian ,melipat pakaian,menyapu lantai setiap pagi dan petang, memasak makanan yang mudah dan mencuci semua pinggan mangkuk setelah selesai satu keluarga makan.
Nampaknya ia amat berkesan. Latihan dari kecil melatih seorang wanita itu tahu akan tugasan sebenar seorang surirumah. Dan itulah rutin saya setiap hari...Belum lagi mengambil kira tugasan sebagai "guru" pada sebelah malam...duduk bersama anak-anak mengulangkaji pelajaran,memeriksa buku-buku latihan mereka...dan sesekali memarahi mereka jika ada sebarang kecuaian dalam menjawab soalan.


Menjadi pengurus anak-anak dan rumah tangga sememangnya menjadikan diri saya seorang yang sibuk.Namun kesibukan itu memberikan saya kebahagiaan kerana segalanya saya buat sendiri dengan kudrat yang ada.Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik pada saya untuk saya melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya..




Tuesday, March 13, 2012

Sedih...

Sampai di Miri jam 10.35 pagi setelah melalui perjalanan selama 2 jam 10 minit dari KLIA. Setelah mendapat kereta sewa, saya dan Alya meneruskan perjalanan ke bandar Miri untuk menyelesaikan beberapa urusan. Ternyata memandu di Miri masih lagi segar dalam ingatan. Melalui jalan-jalan yang pernah dilewati satu masa dulu, membangkitkan satu rasa kesedihan...melihat sekeliling, semakin pilu dirasa.
Tiba di rumah yang terbiar sepi...Allah saja yang tahu perasaan ini.

Bunga mawar di luar gate ini tetap hidup dan berbunga cantik walaupun saya tiada di sana lagi.
Petang tadi, selesai semua urusan menandatangani dokumen jual beli rumah di pejabat lawyer. Di situ juga saya bersua muka dengan pembeli rumah saya yang selama ini kami berbincang melalui telefon.
Entah mengapa,terasa berat rasa di hati hendak melepaskan rumah ini namun dalam masa yang sama saya gembira ia dijual kerana rumah ini tidak akan terbiar sepi lagi...

Penerbangan pulang ke Putrajaya petang esok, dapat pula khabar Asma demam panas...hanya adik dan isterinya saja yang dapat saya harapkan ketika ini untuk memantau keadaan Asma. Semoga cepat sihat anakku.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 7, 2012

Dapur Baru

Akhirnya dapur yang saya idamkan berada di dalam rumah. Paling manis bila pelan dapur ini adalah dari idea saya sendiri dan direalisasikan oleh Defuro. Seperti mana yang telah saya ceritakan dalam post yang lepas, selain Defuro, kami cuba meminta quotation daripada lain-lain pembuat dapur kabinet seperti CLS dan Signature. Namun akhirnya kami terjumpa dengan Defuro ketika berlangsungnya HOMEDEC di KLCC   pada hujung tahun lepas. (Bagi sesiapa yang berminat boleh melayari di sini www.defuro.com my). Rasanya amat berbaloi dengan wang yang telah dibelanjakan kerana pihak Defuro amat menitik beratkan kualiti dan kekemasan kerja.
Konsep dapur terbuka dengan warna hitam putih menjadi pilihan saya. Sedikit warna merah pada tile kecil tempat memasak, pada lampu bar dan curtain.

Kepada anak-anak,saya katakan inilah mama's playground...sebab mama suka main masak-masak di sini.

Manakala untuk appliance seperti hood,hob,oven,microwave dan dishwasher  kami  beli   daripada company Benova..dengan package satu harga 5 in 1. Semuanya ditemui  di HOMEDEC  yang sama.

Dua unit tall cabinet sebagai tempat penyimpanan stok makanan kering.

Orang gaji baru bernama BEKO...dishwasher yang banyak membantu kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk...ini adalah idea suami saya.Idea ini yang pada mulanya saya tidak suka namun akhirnya menjadi salah satu benda yang paling saya suka. Sementara menunggu BEKO mencuci pinggan mangkuk,saya boleh membuat kerja-kerja lain. thanks my dear..

Peti ais lama di rumah Miri kami bawa bersama....

Kitchen bar. Pada mulanya saya mengimpikan sebuah island  kitchen tetapi memandangkan dapur saya tidaklah sebesar mana, so hajat itu terpaksa saya batalkan. Itupun setelah saya mengambil kira pergerakan saya agak tersekat di dalam dapur dengan adanya island di tengah. Masih dengan idea kitchen bar, jadi saya alihkan kedudukannya ke tepi dinding.

4 batang kayu ini adalah  formica laminate, ianya sebagai wall separator untuk ruang makan saya  dengan area  dry kitchen. turut menempatkan laundry.

Bar kitchen...Tempat kegemaran Alya dan Asma bersarapan pagi sebelum  pergi ke sekolah.

Dining area. 

Alhamdulillah... kini segalanya sudah selesai. Dapur mama boleh beroperasi semula. Saya pasti memiliki dapur yang cantik adalah impian setiap wanita. namun bagi saya, kebersihan dan kekemasan dalam dapur adalah lebih utama...












Saturday, March 3, 2012

Rumah Di Miri




Sejak diiklankan suami dalam mudah.com , saya sering menerima panggilan telefon dari mereka yang berminat hendak melihat dan membeli rumah ini. Hampir setiap hari ada saja sms dan panggilan diterima .Mujurlah kunci rumah ini saya serahkan pada jiran depan rumah di sana agar mudah sesiapa hendak melihat rumah ini.
Baru-baru ini, pasangan dari Sabah yang bekerja di Miri berjaya memohon pinjaman bank untuk membeli rumah ini. Mujurlah ada suami yang sering membantu saya memahami proses jual beli...ini kerana rumah ini telah diserahkan suami kepada saya setelah habis bayaran nya kepada pihak bank dulu, bermakna sayalah yang harus menguruskan hal-hal berkaitan proses menjual rumah ini.
Buat masa ini , proses jual beli melalui pihak peguam sedang berjalan. harap semuanya berjalan dengan lancar.

Sehari sebelum suami pergi kerja, dia sempat balik ke Miri untuk mengambil beberapa lagi barang yang masih ada di dalam rumah itu serta anak pokok pisang berangan kesayangannya yang ditanam di tepi rumah agar dapat ditanam di rumah baru kami di sini. Teringat kata-kata suami, terasa sayu dan pilu di hati hendak meninggalkan rumah itu...saya akui katanya...di situ anak-anak kami dilahirkan dan dibesarkan...segala kenangan ada di sana. Segalanya berbekas di hati.






- Posted using BlogPress from my iPad