Wednesday, February 29, 2012

Ekspo Buku Islam Di Putrajaya




Alone again...Semalam menghantar suami ke Putrajaya Sentral. Dia pergi kerja lagi seperti biasa. Sebak dan sedih tak tertanggung rasanya, walau sudah sepuluh tahun kami bersama..sepatutnya ia adalah perkara biasa.

Dua hari lepas kami berdua meluangkan masa pergi ke ekspo buku Islam yang bertempat di presint 3, Putrajaya. Dari satu booth ke satu booth...rasanya seperti tidak cukup masa kerana kami terpaksa bergegas untuk balik ke rumah. Seperti biasa saya menyediakan pakaian Kafa untuk Alya dan Asma, turut menyediakan bekalan lunch mereka.Kemudian suami pun pergi ke sekolah .

Hari ini saya pergi lagi ke Ekspo tersebut. Orang sentiasa ramai.Terserempak dengan kanak-kanak dari CIC preschool...ternampak Akmal..hehe putera hati mama tersenyum simpul memandang mama.


Akmal Lutfi bersama rakan-rakannya.





















khusyuk nampak ...koleksi ana Muslim tu khas untuk Alya dan Asma.



Buku yang kami beli. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat.

Ekspo ini akan berakhir pada hujung minggu ini. Insya Allah, rasanya nak pergi lagi,tapi kali ni nak bawa anak- anak sekali supaya mereka jadi juga jadi insan yang suka membaca.



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, February 14, 2012

Pindah Rumah Baru


Asyik-asyik failed...seems your network is not ready for posting...itulah yang asyik keluar setiap kali saya cuba posting cerita pada 5 hari yang lalu menggunakan blogpress ipad.
Nampaknya terpaksa cerita itu saya pindahkan di sini menggunakan laptop...

Pagi 10hb Feb 2012...
Sekarang dalam perjalanan ke cyberjaya bersama suami saya untuk memohon UNIFI di rumah.Memandangkan ada suami yang memandu,so mudahlah saya hendak menulis di sini.Bangun pagi tadi, memandang keluar jendela...tenang melihat tasik di depan..Subhanallah.Hari pertama bangun pagi dari tidur di rumah sendiri.
Alhamdulillah,pagi kelmarin 9hb Feb,kami check out dari Pullman Putrajaya Lakeside,setelah 6 bulan duduk di sana.Sebelum itu kami memang kerap mengangkut sedikit demi sedikit barang-barang keperluan.Kebetulan pulak kelmarin adalah hari khamis dan jatuh pada ulangtahun kelahiran saya, sudah pasti ianya hari yang paling manis dalam hidup saya. Walaupun pada sebelah siangnya kami agak kepenatan kerana berpindah tapi pada sebelah malamnya suami membawa saya dan anak-anak menikmati hidangan buffet dinner di Marriot Putrajaya. Thank you my dear.
Dan hari-hari yang seterusnya hingga ke hari ini 14hb Feb, hanya kesibukan saja yang di lalui. Dapur pulak belum siap...maknanya saban hari kami terpaksa membeli makanan dari luar...Mungkin inilah yang di namakan tekanan berpindah..(kata seorang interior designer kepada saya). Mengeluarkan semula barang-barang yang hampir 6 bulan dalam kotak.. Mengemas,menyusun,cuci sana sini...Mujurlah ada suami tersayang ada di sisi yang sentiasa membantu .

Namun sesekali teringat juga pada rumah di Miri yang masih menunggu pembeli.Rindu pada kehidupan di sana, namun itu kenangan cerita lalu. Apa yang ada di depan harus diteruskan...

We must be willing to let go of the life we have planned,so as to have the life that is waiting for us. 
E.M. Forster