Sunday, January 29, 2012

Bahagia Dapat Bersama

Penerbangan suami semalam agak lewat berlepas dari Miri. Jam 12.05 tengah malam baru sampai di LCCT.Kasihan pada suami yang mengambil masa 2 hari dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.Penerbangan itu dari Yuzhno-Korea-Singapore-Miri-Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanannya dimudahkan oleh AllahSWT. Saya dan anak-anak sudah sedia menanti di LCCT. Memang saya sudah bersedia dari awal, memandangkan saya tidak pernah memandu dari Putrajaya ke LCCT atau KLIA,jadi pagi itu saya dan anak-anak mencuba...menggunakan GPS Garmin. Jadi semalam saya agak yakin untuk memandu ke sana lagi.
Hari ini agenda kami sekeluarga hanyalah di rumah baru kami yang hampir siap. Kerja-kerja membersih sudah pun dijalankan.Memindahkan pakaian yang 6 bulan dalam kotak ke wardrobe saya. Suami seperti biasa,memeriksa hasil kerja satu persatu . Kemudian memasang kipas di ruang belajar anak-anak dan ruang tamu.



Kipas di ruang belajar anak-anak...Warna-warni  yang ceria.



Kipas di ruang tamu. Warna hitam pilihan saya.


Bila jam sudah menunjukkan 1.30 petang,perut terasa lapar. Setelah selesai menunaikan solat Zohor, kami menjamu selera di Restoren Saba. Restoren yang menghidangkan masakan Arab. Sepinggan agak banyak nasinya dan tidak mampu dihabis oleh seorang. Di lain masa mungkin kami kena berkongsi.Lebih jimat dan tidak membazir.
Dan hari ini terasa lebih gembira kerana kami sekeluarga dapat berkumpul semula.

No comments:

Post a Comment