Sunday, January 29, 2012

Bahagia Dapat Bersama

Penerbangan suami semalam agak lewat berlepas dari Miri. Jam 12.05 tengah malam baru sampai di LCCT.Kasihan pada suami yang mengambil masa 2 hari dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.Penerbangan itu dari Yuzhno-Korea-Singapore-Miri-Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanannya dimudahkan oleh AllahSWT. Saya dan anak-anak sudah sedia menanti di LCCT. Memang saya sudah bersedia dari awal, memandangkan saya tidak pernah memandu dari Putrajaya ke LCCT atau KLIA,jadi pagi itu saya dan anak-anak mencuba...menggunakan GPS Garmin. Jadi semalam saya agak yakin untuk memandu ke sana lagi.
Hari ini agenda kami sekeluarga hanyalah di rumah baru kami yang hampir siap. Kerja-kerja membersih sudah pun dijalankan.Memindahkan pakaian yang 6 bulan dalam kotak ke wardrobe saya. Suami seperti biasa,memeriksa hasil kerja satu persatu . Kemudian memasang kipas di ruang belajar anak-anak dan ruang tamu.



Kipas di ruang belajar anak-anak...Warna-warni  yang ceria.



Kipas di ruang tamu. Warna hitam pilihan saya.


Bila jam sudah menunjukkan 1.30 petang,perut terasa lapar. Setelah selesai menunaikan solat Zohor, kami menjamu selera di Restoren Saba. Restoren yang menghidangkan masakan Arab. Sepinggan agak banyak nasinya dan tidak mampu dihabis oleh seorang. Di lain masa mungkin kami kena berkongsi.Lebih jimat dan tidak membazir.
Dan hari ini terasa lebih gembira kerana kami sekeluarga dapat berkumpul semula.

Friday, January 27, 2012

Demam




Kurang sihat dalam 3 hari ini, demam selsema melanda..masa untuk berehat.Semoga kalian semua sihat-sihat hendaknya.



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, January 24, 2012

Happy New Year My Friend.


Hari kedua sambutan Tahun Baru Cina.Jika di Miri pasti ada undangan open house dari rakan sekerja.Begitulah dunia kami di sana,walaupun berbeza adat,budaya dan agama tapi jalinan persahabatan sentiasa erat.Saling menghormati agama masing-masing.Rindu amat pada kenangan di sana.Kenangan lama yang tidak mungkin berulang lagi dalam hidup ini.Kepada mereka yang menyambutnya, Happy New Year dari saya di sini.


Monday, January 16, 2012

Kerja-kerja Ubah Suai Rumah

Selamat pagi dan salam sejahtera. Pagi isnin yang cerah..namun putera bungsu tidak dapat ke sekolah.Demam lagi diiringi selsema dan batuk.Semoga cepat sembuh putera hati mama. Entri kali ini berkisar tentang ubahsuai rumah.Ubah suai yang memakan masa selama 2 bulan (harap-harap tak sampailah...) Bermula dari bulan Disember tahun lepas dan hingga ke hari ini.Kerja ubahsuai ini pada mulanya terpaksa ditangguhkan kerana terpaksa menunggu kelulusan dari pihak perbadanan Putrajaya.Walaupun ubah suai hanya melibatkan pecahan dan tambahan bahagian dalam rumah,namun permohonan beserta pelan baru mesti dipohon dari perbadanan putrajaya...Jika tidak, tuan rumah akan di kenakan denda yang tinggi.Jadi terpaksalah bersabar..... Bila suami sudah pergi kerja...terpaksalah saya berurusan dengan kontraktor.Segala pesanan dan tunjuk ajar dari suami tersayang saya kena ingat satu persatu.Semuanya tertulis dalam buku nota,dengan harapan semoga tidak lupa.

Sebelum kerja ubahsuai dijalankan
Laluan menuju ke ruang tamu...diapit oleh bilik untuk tetamu dan ruang dapur.
Ruang tamu bersebelahan dengan courtyard dalam rumah yang kami rasa tidak perlu ada di dalam rumah.Ruangan ini telah dipecah dan lantainya dinaikkan sama tinggi dengan lantai di atas tangga.
Ruang tamu
Family area...memandangkan courtyard di bahagian bawah sudah dipecah,jadi dinding kaca ini turut dipecah dan diganti dengan dinding batu dan ruang itu diletak lantai, menjadi sebahagian daripada master bedroom.
Salah satu ruang dalam masterbedroom yang amat sesuai diletakkan walk in wardrobe
Ruang dapur. Divider ditengah ini juga dibuang supaya ruang dapur menjadi lebih luas.
Pintu masuk ke dapur. Dinding sebelah kanan turut dibuang kerana saya mengimpikan konsep dapur terbuka. 


Kerja-kerja ubah suai
Courtyard yang sudah dipecah dindingnya.
Maid's room,guest's room dan dapur
Sibuk bekerja...
Tingkat atas sekali...attic room.
Family area yang sudah di buang dindingnya...kemudian akan diletak dinding batu

Ruang ini di lantai supaya master bedroom lebih luas.

Dinding dapur...di sini saya bercadang membina bar kaunter.

laluan menuju ke ruang tamu

Family area yang sudah didirikan dinding .Pintu Master bedroom turut dianjak ke depan  sedikit.

Ruang courtyard yang sudah diletak dilantai...InsyaAllah di sini saya bercadang  menjadikannya ruang  makan keluarga.

Lantai luar tingkat atas sekali, attic room sudah diletakkan tile..

Cornice sudah naik..kipas akan duduk di bawahnya.

Pilihan saya tile yang kecil untuk tempat dapur memasak.

kerja-kerja memasang tile sedang dijalankan

Dining area yang baru

Dapur dengan mozek berwarna hitam, tiang di tengah turut ditutup dengan  tile yang kecil.Ia adalah salah satu tiang utama di dalam  rumah dan ia tidak dapat dibuang.

Laluan menuju ke pintu keluar

pintu kaca berlipat digunakan untuk ruang luar attic room. Pintu ini asalnya berada di tingkat bawah,bahagian courtyard so untuk menjimatkan kos, ia boleh diguna semula di ruang attic ini.

Dalam minggu ini hanya kerja-kerja memasang siling,cat dan wiring yang akan dihabiskan.Saya percaya mereka yang pernah melalui pengalaman rumah diubah suai begini pasti tidak akan tenteram selagi rumah tidak siap.Hampir setiap saya kena melawat rumah..ala2 site engineer.Bimbang jika mereka ada melakukan kesilapan.Tapi saya bersyukur kerana kontarktor yang membuat rumah ini amat bertanggungjawab orangnya.Saya harap mereka dapat menyiapkan rumah itu kerana saya dan anak-anak mesti check out dari sernvice apartmen ini pada 10 februari depan.Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Wednesday, January 4, 2012

BACK TO SCHOOL

4hb Januari 2012, anak-anak dah mula ke sekolah setelah bercuti panjang...bermula lagi cabaran yang baru..saingan yang lebih hebat..Berusahalah puteriku pasti akan berjaya. InsyaAllah. Semalam kami tidur awal, dengan harapan akan bangun awal dan pergi awal ke sekolah untuk mendapat tempat duduk di hadapan sekali di dalam kelas. Kami sampai di sekolah tepat jam 6.35 pagi dengan persekitaran masih gelap. Tapi takpe,mama temankan sampai ke kelas. Teringat waktu ini kalau di Miri, Sarawak, suasana sudah terang benderang di sekolah dan sudah ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.



Asma dapat tempat duduk di hadapan...pesan mama, jangan pindah-pindah lagi..menuntut ilmu kena duduk dekat dengan guru..senang bertanya soalan dan yang penting fokus pada apa yang di ajar oleh guru.



My Alya...alhamdulillah dapat duduk di hadapan juga.. 


 Dan mama tinggal sorang di rumah...home alone.. 

- Posted using BlogPress from my iPad