Sunday, December 2, 2012

Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2012

Program cuti sekolah ini adalah yang kedua bagi anak-anak saya sejak kami berpindah ke Putrajaya tahun lepas, cuma bezanya kali ini mereka ditemani sepupu kembar mereka Adib dan Lala yang datang bercuti di sini sepanjang cuti sekolah ini..Proram ini bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang setiap hari ini kecuali sabtu dan ahad .
Program ini merupakan aktiviti tahunan Surau Al-Muhajirin Presint 9,Putrajaya. Saya amat berterima kasih kepada para pengajar yang komited dengan program sebegini.Insya Allah ia bakal melahirkan anak-anak yang sentiasa dekat dengan Al-Quran.


















Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud "bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat untuk memberi syafaat kepada para pembacanya".

Monday, November 26, 2012

Weekend Escape...Tiara Beach Resort

Pertama kali memandu keluar jauh dari Putrajaya menuju ke Seremban. Perjalanan kami lancar .Alhamdulillah. Semuanya riang gembira di Tiara Beach Resort . Sesekali membawa anak-anak menikmati keriangan yang mereka idamkan. Sebagai ibu saya turut gembira dapat bersama mereka. 




bersama the twin adib dan lala...my niece yg datang bercuti dari Sibu ,Sarawak.











Photo-photo underwater


Add caption













TBR


3 hari 2 malam, bercuti dan puas bermain air..Pagi ahad selesai sarapan,kami balik semula ke rumah di Putrajaya dengan kenangan manis di Tiara Beach Resort.

Thursday, November 8, 2012

Anugerah Cemerlang 2012

Bertempat di Auditorium Kompleks B Jabatan Perdana Menteri pada jam 2 petang, Majlis Anugerah Cemerlang untuk Sekolah Alya dan Asma berlangsung...
Alhamdulillah, mereka berdua adalah di antara pelajar yang terpilih untuk naik ke pentas menerima anugerah untuk pencapaian dalam bidang akademik bagi tahun ini.

Persembahan Pelajar Tahun 4, Choral Speaking..Alya and her friends.

Alya memang suka dapat membuat persembahan begini.

Akhirnya...Adik berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelas. Tahniah Adik.

Alya muncul sebagai pelajar terbaik Matematik,Pengajian Islam dan Bahasa Arab untuk keseluruhan Tahun 4.Tahniah.

Tidak lengkap....Yan tiada bersama...

Alya and her friend Jeslina...and my sweet Asma.

Perkarangan luar Auditorium

Tahniah puteriku...

Bukan senang nak senang...tiada jalan mudah untuk berjaya..segalanya bermula dengan usaha.