Friday, December 30, 2011

Tengahari di Pusat Rekreasi Air Taman Wetland Putrajaya

Selesai mengambil Akmal dari kelas orientasinya, anak-anak menyuarakan ingin melawat ke Taman Wetland. Sebenarnya ada banyak taman di dalam Putrajaya ini,cuma saya tidak pernah membawa mereka ke sana.Hanya Asma seorang yang pernah melawat Taman Botani,itupun dengan rombongan sekolah.Akhirnya setelah dipujuk rayu mereka, saya pun membawa mereka ke sana. Kebetulan pulak masih banyak masa, kalau balik ke apartmen tentu tak tahu nak buat apa...
Rupanya di situ ada pusat rekreasi air...sekali lagi anak-anak memujuk mama untuk menaiki bot. Ok lah sayang...Gembiranya mereka bila dipakaikan life jacket.
Kesayangan mama..









Permintaan seterusnya dari mereka....ingin melawat ke taman-taman lain terpaksa saya tolak kerana panas matahari semakin tegak di atas kepala...sebab ketika itu tepat jam 12 tengahari..next time ok..