Wednesday, December 28, 2011

Berhati-hati...

Hari ini saya menerima panggilan telefon dari mereka yang mengaku menguruskan soal berkaitan insuran..kebetulan jam 10 pagi tadi saya sibuk sedikit bersama anak-anak,jadi saya meminta dia menelefon saya lagi petang nanti. Kalau ikutkan saya memang malas hendak mendengar sebarangan tawaran terutama yang berkaitan dengan insuran ini... So petang ini, dia pun call lagi...seperti biasa menerangkan polisi mereka..memang agak menarik kerana selain life insuran ia turut memberi perlindungan kepada mereka yang kena samun atau kena rompak walau di mana saja berada tidak kira di dalam negara atau diluar negara...hanya RM33 sebulan.. 


 Dia meminta detail alamat agar dapat mengirim polisi selanjutnya pada saya...Saya pulak memberi alamat dengan harapan dapat membaca dan memahami dengan lebih lanjut tawaran yang pihak ini ingin tawarkan pada saya.Namun apabila dia mula meminta detail kredit kad, saya mula berasa curiga. Untuk menyakinkan saya, dia mula memberi seribu satu macam penjelasan malah sanggup memberi namanya (nama benar atau tidak hanya Allah SWT yang tahu) dan meminta saya call balik ke nombor tol free jika ingin menyiasat terlebih dahulu. Enggan berbual lebih lama , akhirnya saya memberitahu saudara ini, takpelah encik..Assalamualaikum. 


 Kita sering mendengar kes-kes penipuan kredit kad..jangan semudahnya menyerahkan detail tentang kredit kad kita kepada orang lebih-lebih lagi melalui telefon. Ada sesetengahnya akan menggunakan nama pihak bank tetapi ketahuilah, pihak bank tidak akan sesekali berurusan melalui telefon jika ia melibatkan kredit kad anda. Pengalaman begini akan membuat saya lebih berhati-hati...Samada dia benar atau tidak, itu bukan soalnya...mungkin bagi saudara ini saya kelihatan bodoh kerana menolak tawaran istimewa begini..biarlah saya bodoh sekarang daripada diperbodohkan di kemudian hari...Cukuplah Allah SWT bagi saya...kerana DIA sebaik- baik tempat memohon perlindungan. 


 - Posted using BlogPress from my iPad