Wednesday, December 21, 2011

Tetamu Kami


Assalamualaikum dan selamat petang.
Agak lama saya tidak mencoret di sini. Hampir tiga minggu rasanya.
Untuk seketika saya agak sibuk melayani hari-hari bersama abang dan anak-anaknya yang datang dari Sarawak.Malah adik saya yang di Johor juga datang melawat saya di sini.Alhamdulillah dapat bersua muka dengan adik beradik walaupun tak semua dapat berkumpul bersama.Setelah tiga minggu abang dan anak-anaknya "berambih" dengan saya di sini akhirnya petang kelmarin mereka kembali ke Sibu,Sarawak.
Alya dan Asma tidak dapat bersama menghantar mereka ke LCCT.Pasti terkilan rasa di hati mereka..tapi apakan daya kerana Kem Tahfiz lebih utama buat masa ini.
Anak abang yang bungsu merupakan kembar seiras begitu rapat dengan Alya dan Asma.Agak sukar bagi saya hendak membezakan mereka..saya sering memanggil nama mereka sekaligus untuk mengelak salah orang.Entry saya hari ini more to gambar-gambar kenangan sepanjang mereka di sini.

Sekitar Putrajaya.

Alya dan Asma baru balik dari Kem Tahfiz.
Kem Tahfiz dan intensif Al-Quran ini di adakan dari 5hb Disember sehingga 23hb Dis anjuran Kafa Putra dan Surau Al Muhajirin.Ianya bermula seawal 8 pagi hingga 5 petang.


Bermacam gaya...


Asma,Adib,Alya,Lala dan Akmal.


Alya dan Asma di hadapan masjid Putra


Adib dan lala




Sekitar Pullman Putrajaya Lakeside

























Jalan-jalan Kuala Lumpur






























Malam...di I-City yang happening..



pokok-pokok bercahaya..



Dalam snow walk










Sate Kajang




Panjang umur kita jumpa dan berkumpul lagi..InsyaAllah..