Thursday, October 6, 2011

Mak Pergi Haji


Assalamualaikum dan selamat pagi,

Malam tadi kami tiba di Pullman service apartmen setelah hampir 5 jam memandu dari Dungun,Terengganu ke Putrajaya. Badan terasa begitu letih kerana minggu ini kerap travelling ke sana sini.
3 tahun menunggu,akhirnya doa mak dimakbul oleh Allah SWT untuk menunaikan haji. Biarpun baru balik menunaikan umrah pada bulan mac lepas,sekali lagi Allah SWT memberi peluang kepada mak untuk memijak kaki di tanah suci pada musim haji kali ini.Rezeki Allah tak siapa pun dapat menduga...syukur Alhamdulillah atas kurnianya.
Mak pergi bersama 2 adiknya dan seorang ipar.Sekurang-kurangnya ada ahli keluarga yang menemani mak.Alhamdulillah, Allah masih kurniakan mak kesihatan dan tubuh badan yang cergas walau usia semakin lanjut.
Sesungguhnya perancangan dari Allah itu lebih baik dari segalanya...Allah ambil Ayah buat selamanya dari sisi mak pada bulan Jun yang lalu,dan Allah gantikan dengan khabar gembira bahawa mak boleh menunaikan haji tahun ini. Kenapa saya kata perancangan Allah itu baik....sebab jika Ayah masih hidup,pasti Ayah tidak sanggup lama-lama berjauhan dari mak kerana ayah tidak sihat , dan sudah pasti mak tidak akan tenang hatinya mengerjakan ibadah haji kerana memikirkan ayah yang ditinggalkan di tanahair.Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya,kita manusia sebaik-baik ciptaan Allah pasti mampu memikirkannya.Percaya kepada qada' dan qadar yang Allah telah jadikan.


Abang dan mak..

Bersama mak,mak yam,mak yah dan kak misah.


Sedikit taklimat akhir untuk para jemaah


Ahli keluarga yang menghantar tetamu Allah,memenuhi perkarangan hadapan lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.


Bersama adik-adik ipar saya,Sabariah,Faezah dan Fadillah


Buat mak tersayang,semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di tanah haram sana dan kembali dengan haji yang Mabrur..Amin.