Saturday, May 7, 2011

Hadiah Buku



Salam mesra dan selamat pagi...

Dua hari yang lepas saya menerima hadiah buku dari seorang sahabat yang jauh.Gembiranya bila menerima hadiah buku ini, bukan setakat menambah koleksi tetapi turut menambah ilmu pengetahuan saya.
Buku Fanzuru,langit ilahi 3 ini adalah buku motivasi ketiga dari karya Hilal Asyraf yang saya ada. Sebelum ini saya sudah pun memiliki Langit Ilahi 1 dan Langit Ilahi 2.Saya amat menggemari tulisan Hilal asyraf ini kerana cara pengolahan ayat, gaya bahasa yang bersahaja dan bagi saya amat sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira tua atau muda.
Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat saya itu di atas hadiah yang cukup bermakna ini.
Semoga ia akan membantu dalam....kembara hati menuju Ilahi.

Tetamu Hujung Minggu

Salam manis buat semua.
Setelah seminggu mereka balik,baru saya berkesempatan mengemaskini blog ini.Faktor bekerja dan menguruskan rumahtangga menyebabkan saya jadi sibuk dan tidak dapat meluangkan masa berlama-lama di hadapan komputer.

Pada hujung minggu yang lalu,saya sekeluarga menerima kunjungan tetamu dari kampung iaitu kakak saya dan keluarganya bersama ibu saudara kami yang kami panggil Udak Yam.(Kakak kepada arwah ibu saya) Kebetulan pulak cuti hari buruh 1 Mei jatuh pada hari ahad dan secara automatiknya Isnin adalah hari cuti umum, jadi kakak yang bertugas sebagai guru di kampung dapat meluangkan masa mengunjungi kami.Jadi pada hujung minggu lalu,kami spend time bersama dengan aktiviti makan-makan dan bersiar-siar di dalam bandar Miri.


Menjamu selera di Parkcity Everly Hotel.

Tema buffet pada malam itu berasaskan makanan laut...

Anak saudara saya, Intan and Aiman.



KAMI

Merdeka Mall Miri

Makan tengahari di salah satu restoren yang popular di Miri iaitu restoren Muara yang terkenal dengan menu Nasi Lelapan.

Udak Yam, satu-satunya ibu saudara sebelah ibu saya yang masih ada...adik-beradiknya yang lain termasuk ibu saya semua sudah dijemput Allah ke alam lain.Al-Fatihah buat mereka.

Mengabadikan photo kenang-kenangan sebelum mereka berangkat pulang.

Bersama kakak tersayang saya.
Udak Yam...Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik...

Bila tetamu pulang,kami terasa pulak kesunyiannya...walau seketika kehadiran mereka sungguh bermakna buat saya dan keluarga.
Seperti mana sabda Rasulullah SAW...
“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar.

Semoga kita berjumpa lagi...

Wassalam..