Wednesday, April 27, 2011

Mari Baca Buku Ini.

Salam mesra dan selamat pagi buat mereka yang sudi singgah di blog saya ini.Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya, kita akan sentiasa di bawah lindungan dan jagaan Allah SWT.

Tak terasa masa yang berlalu,rupanya sudah hampir sebulan lebih saya meninggalkan Tanah suci Mekah dan Madinah.Kenangan di sana sentiasa segar di ingatan dan di hati ini...ternyata saya amat merindui masa-masa di sana...Patutlah mereka yang sudah pergi ke sana ingin ke tanah suci lagi dan ada yang sudah pergi hingga berkali-kali.Ya Allah, semoga saya juga akan diberi peluang sekali lagi untuk ke sana.



Hari ini saya berjaya menghabiskan bacaan buku Madinah Munawarrah ini.Buku ini saya beli semasa pergi ke Kuching untuk bermesyuarat pada awal bulan April ini.Sepatutnya buku ini saya baca sebelum pergi ke sana tetapi saya hanya menjumpai buku ini setelah balik dari mengerjakan umrah...namun saya tidak kecewa kerana sambil membaca, saya sudah dapat gambaran sebenar bagaimana keadaan di sana.Tidaklah perlu saya membayangkan dengan berimaginasi sahaja.Buku hasil Dr Abdul Basit Abdul Rahman ini menceritakan kelebihan dan sejarah pembinaan Masjid Nabawi, tempat-tempat bersejarah serta kisah peperangan di Madinah serta banyak lagi kisah yang menceritakan kaitan Rasulullah SAW dengan kota Madinah.


Sebelum ini,saya sudah pun membaca buku Makkah Al-Mukarrahmah...di mana penulis yang sama mengarangnya iaitu Dr.Abdul Basit Hj Abdul Rahman.Buku ini juga banyak menceritakan sejarah pembinaan Masjidil haram , tentang kaabah ,sejarah safa marwah dan tempat-tempat yang bersejarah di Mekah.
Saya amat seronok membaca kedua-dua buku ini...bagaikan terpapar di depan mata satu-satu tempat yang pernah saya singgahi....
Moga-moga diberi peluang sekali lagi...amin.