Tuesday, March 8, 2011

Berpisah Dengan Teman Sekerja...



Salam buat pembaca yang dirahmati Allah...

Minggu ini ternyata kesedihan amat kuat menghantui diri...terkenang lagi akan wajah-wajah kecil Alya,Asma dan Akmal yang bakal saya tinggalkan. Biarpun seketika namun segalanya atas urusan Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.



Suasana sayu mendengar penghargaan terakhir ketua unit, Madam Lo kepada Fowler.

Hari ini pula di tempat kerja,kami adakan jamuan terakhir bersama Fowler yang akan meninggalkan kami kerana berpindah ke Kuching. Bertahun bersama,hampir setiap hari bersua muka,sudah pasti kami akan terasa kehilangannya.

Hari terakhir bersama fowler...

Fowler gadis Bidayuh dari Kuching,orangnya manja,suka bergurau,pekerja yang baik dan yang menarik orangnya amat baik hati.Namun kami tidak mampu menghalang, Fowler ingin kembali ke tempat asalnya bersama keluarga tercinta.
Semoga Fowler akan sentiasa sukses di tempat baru.kenangan bersamamu tetap terpahat dalam ingatan kami.

We will miss you..