Friday, March 4, 2011

Tetamu Allah


Salam buat pembaca yang sudi singgah di sini.Semoga anda semua dirahmati Allah SWT.

Sudah beberapa hari blog ini terbiar sepi.Bukan tiada hati ingin mencoret sebarang cerita tapi kesibukan menemani anak-anak dan membantu mereka dalam ulangkaji pelajaran membataskan masa saya di hadapan pc.Peperiksaan penilaian pretasi yang pertama akan berlangsung minggu hadapan pada 8hb Mac.Segala usaha telah dilakukan untuk melatih mereka agar mudah menjawab soalan. Bila difikirkan...setiap kali anak-anak menghadapi exam,sayalah yang selalu cemas.hehe.Hari ini saya berpeluang meluah segala rasa di hati di sini..Hubby yang baru balik dari luar negara ada di sisi jadi mudahlah sikit tanggungjawab saya.

Dalam keadaan jiwa yang rindu menghitung hari untuk berlepas ke tanah suci Mekah mengerjakan umrah bersama suami dan ibu mertua(mak), saya tidak dapat nafikan akan keresahan hati ini yang bakal meninggalkan anak-anak pada orang gaji. Rasanya syaitan telah berjaya membolak balik kan hati ini agar jiwa sentiasa resah mengenang perkara ini.Hati ibu mana yang tidak tersentuh bila berjauhan dengan anak-anak yang masih kecil, apatah lagi saya jarang sekali meninggalkan mereka lama. Saat ini,hanya Allah sahaja tempat saya mengadu.Memohon pertolongan dariNya.
Dan pada hari ini Allah mendengar rintihan hati saya. Alhamdulillah, adik saya dan isterinya sudi datang ke Miri dan menjaga anak-anak saya sepanjang cuti sekolah ini.Terima Kasih Ya Allah.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kami.Terimalah kami Ya Allah sebagai tetamuMu yang istimewa. Semoga kami diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadahMu .