Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Hari berganti hari,bulan silih berganti dan esok kita bakal menemui penghujung untuk tahun ini.Bermula lagi lembaran yang baru...apa yang sudah berlalu tak mungkin akan kembali dan yang sudah kita azamkan sebelum ini,tercapai atau tidak hanya kita dan Dia yang tahu.

Hijrah kali ini juga begitu besar maknanya pada diri saya sendiri. Berpindah ke tanah Semenanjung dan meninggalkan bumi Sarawak tercinta terlalu besar pengorbanannya pada saya.Meninggalkan keselesaan, sahabat tersayang dan rumah "home sweet home"...Biarpun saya tahu walau di mana jua saya berada,saya tetap berpijak di bumi milik Allah SWT...namun sebagai manusia biasa,kesedihan itu tetap bertamu di hati. Alhamdulillah, masa merawat segalanya.

Berhenti kerja dan memegang jawatan baru sebagai pengurus rumahtangga ...inilah hijrah yang paling bermakna dalam diri saya.Satu keputusan yang tidak pernah saya kesali. Tidak lagi terikat dengan jadual kerja memberi satu kelegaan yang teramat sangat pada saya untuk mengurus anak-anak.Mereka yang semakin membesar perlukan perhatian dan didikan yang lebih dari saya.

Semoga tahun baru ini membuka lembaran kehidupan yang lebih baik dari semalam.Kita tanamkan azam lagi untuk mempertingkatkan keimanan..kita taat pada perintahNya dan meninggalkan perkara yang dilarang.InsyaAllah,hidup ini akan lebih bermakna jika ada redhaNya.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
“Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari)

Selamat menyambut Awal Muharram 1433H dari saya.
Salam Maal Hijrah.




Thursday, November 24, 2011

Hari Anugerah Cemerlang

Yang bulat tak kan datang bergolek, dan yang pipih tak mungkin akan datang melayang,melainkan semuanya atas usaha gigih tanpa mengenal jemu dan lelah.Justeru di atas kejayaan ini,mereka dirai dan diberi anugerah.

Seperti kebiasaan di setiap hujung tahun hampir semua sekolah akan mengadakan majlis Anugerah Cemerlang untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelajaran masing-masing.Di sekolah anak saya juga tidak ketinggalan,biarpun majlis hanya diadakan di dataran perhimpunan biasa tanpa dewan yang gilang gemilang namun ia cukup bermakna bagi pelajar dan ibubapa yang hadir.

Syukur Alhamdulillah, tahun ini kedua puteri saya berjaya . Biarpun mereka baru berpindah masuk ke sekolah ini pada bulan ogos yang lalu,namun mereka mampu memberi saingan yang hebat. Saya selalu katakan pada mereka,buktikan yang anak Sarawak juga boleh berjaya di tempat orang.Alhamdulillah, Alya berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan mendapat peratusan tertinggi untuk keseluruhan tahun 3 dan dengan keputusan ini menempatkan dia duduk di kelas pertama Al-Biruni pada tahun hadapan dalam tahun 4.
Manakala Asma pulak berjaya merangkul tempat ketiga di dalam kelasnya dan berjaya melonjak naik ke kelas kedua tahun 3 Balsam pada tahun hadapan.


Persembahan pembukaan dari kanak-kanak pra sekolah.


Asma menerima hadiah untuk tempat ketiga di dalam kelasnya. Tahun hadapan kena kerja keras lagi...InsyaAllah you can do it dear.


Alya berjaya mendapat tempat pertama..


Persembahan English Action Song.


Asma sekali lagi naik ke pentas untuk menerima anugerah tempat ketiga di dalam kelas Kafa sekaligus mendapat matapelajaran terbaik untuk Ulum Syariah dan Bahasa Arab.

Tahniah untuk kedua puteriku.


Bersama mereka...dan InsyaAllah saya akan sentiasa bersama mereka.Peluang menjadi surirumah sepenuh masa kini tidak akan saya persiakan.Menjaga mereka dan mengurus jadual belajar dan aktiviti mereka adalah keutamaan saya.

Senyuman kegembiraan namun bukan beerti ia berhenti di sini...tahun-tahun hadapan pasti akan memberi cabaran yang hebat kepada mereka. Teruskan usahamu,InsyaAllah dengan usaha gigih serta berdoa pada Allah SWT dan mengharap dariNya pasti akan memberi kejayaan yang cemerlang.

Wednesday, November 16, 2011

Kehidupan baru


Surirumah....itulah yang dapat dijelaskan dengan diri ini sekarang,cuma watak sebenar surirumah itu masih belum dapat diterjemahkan dalam kehidupan masa kini.Kenapa ? later saya explain...

Selepas sebulan lebih mengambil keputusan berhenti kerja,saya kira ini adalah keputusan terbaik.Keputusan yang menggembirakan suami dan anak-anak.Memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan rumah tangga dan anak-anak adalah satu sebab kenapa keputusan ini diambil.Jika sebelum ini,selepas sekolah anak-anak dihantar ke pusat jagaan sebelah petang,kini saya sendiri boleh menjaga mereka.Hati lebih senang bila setiap masa mereka ada bersama saya.

Menunggu rumah sendiri siap untuk diduduki menuntut kesabaran yang amat tinggi.Bukan bermaksud tidak mensyukuri stay di service apartmen yang suami sediakan cuma segalanya agak terbatas dan terkongkong.Sebab itu saya mengatakan watak sebenar surirumah belum dapat diterjemah dalam kehidupan kini.Perkara-perkara yang seorang surirumah biasa buat di rumah tidak dapat dilakukan di sini.Segalanya masih terkongkong.

Sebulan yang lalu kehidupan harian saya agak sibuk bersama suami.Kami sering bersama ke sana-sini menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan rumah...sering ada temujanji...mengejar exhibition di mana-mana.Kini segalanya kembali sepi bila suami sudah pergi kerja.SMS darinya pagi kelmarin sungguh indah, "It beautiful day today.Snow start falling down from the sky". Saya tahu dia di sana sedang mula mengalami musim sejuk.Semoga abang sentiasa sihat di sana dan dimudahkan segala urusan kerjanya.

Teringat akan kata-kata seorang sahabat usrah dalam Facebook saya..
"moga pengorbanan dyg buat suami dan keluarga tcinta tidak sia-sia dan mdpt ganjaran disisi Allah SWT..insyaAllah dyg..tugas seorang isteri dan ibu itu lebih mulia dan lebih penting dr jawatan dpegang sblm ini..seorang isteri tugasnya adalah sbg pengurus dlm organisasi ssbuah keluarga itu..suami sbg pmimpin,namun tanpa pengurus yg btanggungjawab,maka goyahlah institusi yg didirikn selama ini..suami mberikn amanah pada isteri untuk mdidik dan mjaga anak2 adalah satu perkara mulia..ssungguhnya walau kita hanya seorang suri rumah spenuh masa sbenarnya kita bjihad di jalan Allah SWT..percayalah...insyaAllah segalanya ada hikmah tsendiri".
Kata-kata yang amat menyentuh hati saya.Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memiliki sahabat ini biarpun tidak pernah bersua muka...Thank You so much Nur Ain.It's mean so much to me.

Friday, November 11, 2011

Berjauhan lagi...

Saat yang paling tidak diingini tapi tetap jua kena terima dengan hati yang berat...berjauhan dari suami yang dikasihi. Paling sebak terpaksa explain pada Akmal yang masih belum mengerti..."Mama, I miss yan", itulah ayat yang sering keluar dari mulutnya.
Alya dan Asma yang semakin membesar,kini sudah faham bahawa yan pergi kerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Namun airmata mereka tetap mengalir tetapi menyembunyikan wajah dari mama...but mama know...



Macam-macam telatah anak-anak bersama ayah mereka...

Semoga selamat sampai ke destinasi...Yuzhno.


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, November 3, 2011

Berubah fikiran...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semoga kalian semua ceria-ceria selalu dan dirahmati Allah SWT.
Hari ni saya berada di rumah baru dalam Putrajaya ni, tapi bukan berpindah masuk..Saya masih menginap di Pullman service apartmen..rasa tak sabar-sabar nak pindah masuk rumah sendiri, sebabnya saya rasa bosan duduk dalam apartmen . serba serbi rasa terkongkong...tapi buat masa ni kena tahan dululah..harap-harap kerja renovation tak ambil masa yang lama.
Saya ni sedang tunggu suami buat kerja...dia sedang pasang lampu kat luar dan dalam rumah. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos daripada memanggil kontraktor luar install untuk rumah kita. Cuma untuk bahagian yang agak sukar yang melibatkan tarik wayar sana sini je yang kena serah pada kontraktor.

Cerita pasal berubah fikiran ni...ianya berkisar dengan dapur saya. Sebelum ini saya bercadang hendak menggunakan khidmat CLS kitchen membuat dapur untuk saya. Tetapi entah macam mana sewaktu pergi ke Exhibition HomeDec minggu lalu di KLCC, saya dan suami ternampak Defuro..German Style Kitchen. Kami berdua terus terpikat dengan design dan kualiti yang digunakan. Dan yang lebih menarik, harga semasa exhibition adalah jauh lebih murah dari harga sebenar.
Selepas membuat sedikit payment untuk lock exhibition price, pihak Defuro akan datang ke rumah untuk mengambil sukatan area dapur yang hendak diletakkan kitchen cabinet.Sama seperti design yang lalu,cuma material yang digunakan lebih berkualiti.


material highgloss dan black galaxy table top.



Lukisan yang dihasilkan oleh pihak Defuro setelah berbincang dengan saya sendiri kedudukan kitchen appliances.


Dapur impian mama..black and white.



Lampu atas postbox...dah siap pasang .Kan jimat kos kalau suami sendiri boleh buat.


Lampu dinding luar...it's more to modern light design..simple..selari dengan konsep rumah yang saya inginkan .

Rumah baru inilah saya membuatkan jadual saya agak padat setiap hari. Hujung minggu pulak dihabiskan dengan berada di exhibition,kalau ada..
Kalau takde, kami pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk servay barangan dan membandingkan harga...kualiti yang sama tapi harga berbeza...memang agak mengambil masa lah sedikit. Lebih-lebih lagi bila suami dah pergi kerja kelak, sayalah yang akan berurusan dengan manusia-manusia yang terlibat dalam renovation. Handing over semua kerja dan rundingan antara suami dengan kontraktor...fuhhh..have to face it..

What's a busy day.....

- Posted using BlogPress from my iPad