Monday, October 17, 2011

Asma ,Exam dan Klinik...







Asma menunggu gilirannya berjumpa doktor pakar kanak-kanak.


Hari yang keempat, puteriku Asma Qayyimah masih demam panas. Walaupun dalam keadaan yang demam, Asma tetap mahu ke sekolah pagi ini untuk menduduki peperiksaan akhir semester 2. Nasib baik pagi ini hanya ada exam untuk paper Bahasa Arab. Jadi sebaik saja exam tamat, saya dan suami meminta pelepasan awal untuk Asma kerana ingin membawanya ke Kajang Specialist Hospital.
Hati ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak sakit begini...namun dalam masa yang sama saya kagum dengan kekuatan hatinya untuk ke sekolah juga pagi ini demi exam..Ya Allah, berilah kesihatan yang baik padanya,kecergasan minda padanya dan mudahkan Asmaku dalam peperiksaannya..
Amin.








- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, October 16, 2011

Belajar di hujung minggu


Alhamdulillah,masih hidup lagi hingga ke hari ini. Masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya dan menginsafi diri dari segala kesilapan dalam kehidupan sehari-harian.
Terasa tenang seketika biarpun dalam keadaan diri sendiri yang tidak berapa sihat kerana demam selsema.Cuma anak saya Alya dan Asma sahaja yang masih sibuk mengulangkaji pelajaran bersama ayah mereka,kerana esok mereka akan berdepan dengan peperiksaan akhir tahun.Nampaknya terpaksalah melupakan seketika acara bermain atau beriadah dihujung minggu bersama mereka.
Untuk anakanda Alya dan Asma,semoga kerja keras kalian berdua menghasilkan kejayaan yang manis.

Saturday, October 15, 2011

Dapur impian

Bukan mudah hendak merealisasikan impian,segalanya bermula dengan angan-angan.Angan-angan ingin memiliki dapur design dari diri sendiri...design pulak berpandukan keperluan yang digunakan...saya ceritakan dan tunjuk lakaran dapur kepada Jason dari CLS Kitchen dan Jason pun melukis dalam gambaran 3D kepada saya.Rasanya ini sudah memadai bagi saya.

Bila bakal berpindah ke rumah baru,banyak juga keperluan yang hendak dibeli. Barang-barang yang dibawa dari Miri masih ada jadi ini memberi peluang untuk berjimat dan wang boleh digunakan untuk perkara lain.

Apa pun kerja-kerja renovation rumah masih belum dijalankan,jadi untuk segera melihat dapur ini secara nyata mengambil masa yang lama. Kata kontarktor tu mungkin 2 bulan yang diperlukan untuk kerja-kerja ubahsuai dalam rumah.


Apa yang saya dan suami selalu lakukan ketika ini ialah tidak melepaskan peluang untuk pergi ke tempat-tempat yang ada menjalankan exhibition tentang rumah. Yang akan datang ialah HomeDec 2011 yang akan diadakan di KLCC pada 20-23 oktober ini.Pada waktu inilah,kita boleh membandingkan harga dari satu booth ke satu booth.InsyaAllah,harga sewaktu expo begini lebih murah.Harap-harap ada yang berkenan kelak.
Bertemakan moden open concept, semoga impian menjadi kenyataan.









- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 12, 2011

Menunggu sambil makan...

Bila kereta masuk workshop,terpaksalah kami anak beranak menunggu dengan lamanya....dari jam 3 petang hinggalah ke jam 8 malam.Sehinggakan kami terpaksa menumpang solat di kedai farmasi yang berdekatan.Alhamdulillah selesai urusan solat kami. Dan malam itu kami makan di sebuah restoren Islamic Trattoria yang terletak dalam bandar baru bangi, berdepan dengan autoshop tersebut.Rupanya menu di situ more to western menu.Bagi sesiapa yang ingin makan western food yang halal,saya rasa di sinilah tempatnya.Layanan yang baik dari pelayan serta kesedapan makanannya benar-benar menarik hati.Di sini saya ingin berkongsi menu kami pada malam itu..selamat menjamu mata ya..

Tulisan yang terdapat pada tisu.

Menunggu hidangan...emmm sempat lagi check emel.

Baked salmon with vege pilihan anakanda Alya..

Pizza pilihan Akmal dan suami tercinta.

Adik makan simple je malam tu...garlic bread.

Ini menu pilihan saya ribeye steak.Make it weldone ok.

Sangat sedap dengan dagingnya yang lembut.

Selesai cerita pasal makan,malam itu kami balik ke apartmen dengan keletihan dan kekenyangan...anak-anak sampai tertidur.
Alhamdulillah.

Saturday, October 8, 2011

Pantai Kemasik

Setelah mak berangkat ke Jeddah dengan menaiki penerbangan terus dari Kuala Terengganu bersama ratusan jemaah haji yang lain, kami sekeluarga pun memulakan perjalanan pulang ke Putrajaya.
Kami singgah sebentar di Pantai Kemasik area kemaman.Panas terik tetap berbahang dirasa walaupun angin di pantai bertiup lembut. Kami menikmati seketika keindahan alam ciptaan Allah SWT ini sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.


Subhanallah...







Kelihatan perahu-perahu milik nelayan...mencantikkan lagi pemandangan.



Sesungguhnya yang terindah itu adalah milik Allah SWT.



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, October 6, 2011

Mak Pergi Haji


Assalamualaikum dan selamat pagi,

Malam tadi kami tiba di Pullman service apartmen setelah hampir 5 jam memandu dari Dungun,Terengganu ke Putrajaya. Badan terasa begitu letih kerana minggu ini kerap travelling ke sana sini.
3 tahun menunggu,akhirnya doa mak dimakbul oleh Allah SWT untuk menunaikan haji. Biarpun baru balik menunaikan umrah pada bulan mac lepas,sekali lagi Allah SWT memberi peluang kepada mak untuk memijak kaki di tanah suci pada musim haji kali ini.Rezeki Allah tak siapa pun dapat menduga...syukur Alhamdulillah atas kurnianya.
Mak pergi bersama 2 adiknya dan seorang ipar.Sekurang-kurangnya ada ahli keluarga yang menemani mak.Alhamdulillah, Allah masih kurniakan mak kesihatan dan tubuh badan yang cergas walau usia semakin lanjut.
Sesungguhnya perancangan dari Allah itu lebih baik dari segalanya...Allah ambil Ayah buat selamanya dari sisi mak pada bulan Jun yang lalu,dan Allah gantikan dengan khabar gembira bahawa mak boleh menunaikan haji tahun ini. Kenapa saya kata perancangan Allah itu baik....sebab jika Ayah masih hidup,pasti Ayah tidak sanggup lama-lama berjauhan dari mak kerana ayah tidak sihat , dan sudah pasti mak tidak akan tenang hatinya mengerjakan ibadah haji kerana memikirkan ayah yang ditinggalkan di tanahair.Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya,kita manusia sebaik-baik ciptaan Allah pasti mampu memikirkannya.Percaya kepada qada' dan qadar yang Allah telah jadikan.


Abang dan mak..

Bersama mak,mak yam,mak yah dan kak misah.


Sedikit taklimat akhir untuk para jemaah


Ahli keluarga yang menghantar tetamu Allah,memenuhi perkarangan hadapan lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.


Bersama adik-adik ipar saya,Sabariah,Faezah dan Fadillah


Buat mak tersayang,semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di tanah haram sana dan kembali dengan haji yang Mabrur..Amin.