Sunday, September 18, 2011

Hujung Minggu Di Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semuanya sihat walafiat menikmati hujung minggu yang hebat.
Hujung minggu ini saya dan suami berlepas ke Miri, Sarawak...tempat yang telah sebulan saya tinggalkan kerana berpindah ke Putrajaya.Kepulangan semalam itu bukanlah untuk pergi bercuti tetapi untuk mengumpul dan membawa balik barang-barang yang masih lagi tertinggal di sana.



Simpang masuk ke kawasan rumah...setiap pagi kat sini pun jammed juga.

Jiran kami, Kak Ros dan suami menjemput kami makan tengahari di rumah mereka.Pilu hati saya bila Kak Ros mengatakan mereka sunyi sejak kami berpindah.....anak-anak mereka Ayu dan Nisrina pun lebih terasa kerana mereka berkawan baik dengan anak saya Alya dan Asma.Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai jiran yang baik selama di Miri. Semoga di rumah baru ini saya akan berjumpa juga dengan jiran yang baik.


Baru sebulan kami pergi dari Miri,sudah ada fly over yang akan dibina di roundabout Bandar Baru Permyjaya. Teringat dulu,setiap petang di sinilah sangat sibuk dan penuh dengan kereta mereka yang balik dari kerja.

Malam tadi, saya dan suami sempat beraya di rumah kak Seri.Seorang lagi jiran yang baik.Banyak cerita yang dikongsikan sehingga kami terpaksa memohon diri untuk beredar kerana hendak meneruskan kerja-kerja mengemas dan mengumpul barang-barang di rumah.

Dan pagi ini kami berangkat pulang ke Putrajaya dengan barang yang banyak.Sedihnya hati ini melihat rumah yang terbiar sunyi...Rumah yang banyak kenangan bagi kami sekeluarga...Dan rumah yang dibina dengan kasih sayang...


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment