Sunday, September 18, 2011

Hujung Minggu Di Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semuanya sihat walafiat menikmati hujung minggu yang hebat.
Hujung minggu ini saya dan suami berlepas ke Miri, Sarawak...tempat yang telah sebulan saya tinggalkan kerana berpindah ke Putrajaya.Kepulangan semalam itu bukanlah untuk pergi bercuti tetapi untuk mengumpul dan membawa balik barang-barang yang masih lagi tertinggal di sana.



Simpang masuk ke kawasan rumah...setiap pagi kat sini pun jammed juga.

Jiran kami, Kak Ros dan suami menjemput kami makan tengahari di rumah mereka.Pilu hati saya bila Kak Ros mengatakan mereka sunyi sejak kami berpindah.....anak-anak mereka Ayu dan Nisrina pun lebih terasa kerana mereka berkawan baik dengan anak saya Alya dan Asma.Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai jiran yang baik selama di Miri. Semoga di rumah baru ini saya akan berjumpa juga dengan jiran yang baik.


Baru sebulan kami pergi dari Miri,sudah ada fly over yang akan dibina di roundabout Bandar Baru Permyjaya. Teringat dulu,setiap petang di sinilah sangat sibuk dan penuh dengan kereta mereka yang balik dari kerja.

Malam tadi, saya dan suami sempat beraya di rumah kak Seri.Seorang lagi jiran yang baik.Banyak cerita yang dikongsikan sehingga kami terpaksa memohon diri untuk beredar kerana hendak meneruskan kerja-kerja mengemas dan mengumpul barang-barang di rumah.

Dan pagi ini kami berangkat pulang ke Putrajaya dengan barang yang banyak.Sedihnya hati ini melihat rumah yang terbiar sunyi...Rumah yang banyak kenangan bagi kami sekeluarga...Dan rumah yang dibina dengan kasih sayang...


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, September 5, 2011

Telatah mereka di Hari Raya

Cerita bergambar....


Para cucu menziarahi pusara nenek dan atuk mereka...membaca surah Yassin beramai-ramai..Al-Fatihah buat ayahanda dan bonda tercinta yang telah 10 tahun meninggalkan kami. Semoga Allah mengasihani mereka dan menempatkan mereka bersama insan yang dikasihi Nya.




Singgah di pantai Oya...



Bersama anak-anak...Tahun kedua kami beraya tanpa ayah mereka kerana tuntutan tugas.



Alya,Akmal dan Asma...




Akmal bersama Infazah, anak saudara saya...so cute..









Menziarahi rumah sanak saudara...



Majlis hari jadi yang istimewa disambut secara serentak bila ulangtahun kelahiran abang ipar jatuh pada 1hb sept, adik lelaki saya 2hb sept dan my boy Akmal 3hb sept.


Hari terakhir Infazah di kampung...sempat bergambar kenangan bersama Akmal.



Giliran kami pula berangkat pulang...

Sesungguhnya bagi saya, Hari Raya bukan setakat perayaan..apa yang lebih istimewa bila adik beradik baik yang jauh atau dekat boleh berkumpul dan masing-masing dengan cerita tersendiri.Tiada hari yang lebih istimewa bila saat bersama ini kita dapat hargai sepenuhnya.
Ketika ini saya dan anak-anak berada dalam penerbangan air asia menuju ke Kuala Lumpur. Malam ini kami akan kembali ke Putrajaya meneruskan kehidupan di sana..
Selamat tinggal bumi Sarawak ..ada kesempatan dan dipanjangkan umur kami akan berkunjung semula ke sana..InsyaAllah.

Salam Aidilfitri...



Posted using BlogPress from my iPad

Location:Desa Tercinta

Saturday, September 3, 2011

Akmal Lutfi...Selamat Ulangtahun Kelahiran







Assalamualaikum dan selamat petang..semoga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT.
3 september...genap 4 tahun usia anakanda kesayangan saya Akmal Lutfi. Doa mama semoga Akmal menjadi anak yang bijak,berilmu,patuh kepada perintah Allah dan menjadi manusia yang berguna pada Agama dan masyarakat.

Semalam sambutan kecil kami sediakan...agak "surprise" kerana disambut sekaligus dengan ulangtahun kelahiran abg ipar yang kebetulan lahir 1 september, dan adik saya pada 2 september. Seronok dengan telatah anak- anak saya dan anak-anak saudara saya yang sangat sporting menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran seperti biasa.Cuma bila tiga nama disebut dalam lagu tersebut agak pelik sedikit bunyinya dan hampir merosak lagu itu namun semua gembira...itu yang penting.Majlis yang ringkas tapi bila disambut oleh ahli keluarga, begitu terasa sekali kesannya.Mesra dan kasih berpanjangan antara satu sama lain..

Selamat Hari Jadi...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.




- Posted using BlogPress from my iPad