Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA




Assalamualaikum wth buat semua .
Hari ini seluruh umat Islam di dunia meraikan hari Raya Aidilfitri...Dan buat pertama kalinya saya dan anak-anak menyambut ketibaan Pagi Syawal ini di dalam flight menuju ke Sarawak...Dan sekali lagi tahun ini saya beraya tanpa suami tercinta.Kata- kata anak awal pagi tadi begitu menyentuh hati.."kalau yan ada kan best"..Namun itulah hakikatnya, ayah mereka masih bekerja jauh di negara orang mencari rezeki.Kami harus redha.

Kepulangan untuk beraya di Sarawak bukanlah dirancang dengan awal,kerana saya masih bekerja hingga hari terakhir puasa..keputusan ini dibuat bila suami mengesahkan dirinya tidak dapat balik beraya. Warga kota di Putrajaya ramai yang telah balik ke kampung halaman masing-masing.Putrajaya menjadi sunyi seketika...sama sunyinya dengan hati kami anak beranak menjelang raya...Saya kira pulang ke kampung halaman beraya bersama-sama adik beradik saya pasti menggembirakan anak-anak kerana mereka dapat berjumpa dan bermain dengan sepupu yang sebaya dengan mereka.

Di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai selama ini ada tuturkata saya yang menyingung hati sesiapa jua yang membaca blog saya ini. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada pembaca yang setia mengikuti blog ini terutama suami yang jauh,ahli keluarga dan juga teman- teman maya saya.Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitfi .





- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dalam Flight AK5190 SBW

Saturday, August 27, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang masih sudi mengikuti coretan demi coretan dari saya yang sekejap ada,sekejap hilang.....Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera di dalam menjalani ibadah puasa yang masih berbaki 2 hari saja lagi.

Begitu cepat masa berlalu,Ramadhan sudah semakin hampir meninggalkan kita.Tahun-tahun mendatang belum pasti lagi adakah kita akan bersua lagi dengan bulan yang mulia ini.Sama-sama kita berdoa semoga Allah masih memberi peluang kepada kita agar dapat bersama bulan yang mulia ini dan membaiki setiap amal ibadah yang kita lakukan.

Bagi saya, Ramadhan kali ini sungguh bermakna di mana saya berhijrah ke tanah semenanjung dan meninggalkan bumi kenyalang yang amat di sayangi.Ketenangan yang dirasai selama ini,agak tergugat untuk seketika..Ujian bagi saya bila berada di tempat yang baru.Namun saya redha kerana walau di mana jua saya berada, sesungguhnya saya dan keluarga masih berada di bumi milik Allah SWT.Setiap kesukaran yang saya hadapi,saya harus tempuhi dengan sekuat hati.Alhamdulillah,kini saya lebih berkeyakinan.Saya percaya setiap dugaan yang saya hadapi pasti tidak akan melebihi kemampuan saya.Allah akan membantu...

HUJUNG MINGGU

Hanya seperkara yang saya agak perasan bila berada di Putrajaya ini, hari sabtu dan ahad,jalanraya agak lengang dan sunyi jika berbanding hari-hari yang lain.Satu situasi yang saya rasa seronok dan suka sekali,lebih-lebih lagi bagi orang baru seperti saya,kerana masa itulah peluang untuk saya memandu dan mengenal jalan-jalan di Putrajaya ini.

Sempat bergambar di jambatan ini ...berlatar belakangkan Masjid Besi.

Alya and Asma

Hotel Pullman Lakeside Putrajaya.

CUTI RAYA

Pada tahun ini sekali lagi suami tidak dapat beraya bersama kami kerana masih bekerja.Dan saya sendiri pula masih bekerja sehingga hari akhir Ramadhan.Namun InsyaAllah,saya dan anak-anak akan menaiki penerbangan pulang ke Sarawak pada pagi raya 1 Syawal.Semoga segalanya dimudahkan.Amin.

Thursday, August 18, 2011

Tempat Kerja Baru..

Assalamualaikum dan semoga semuanya dirahmati Allah SWT..

Kelmarin memulakan hari pertama di tempat kerja baru...berjumpa dengan orang-orang baru..Belajar sistem kerja yang baru..segala-galanya sangat baru.
Bagaikan terpaksa merangkak demi mencapai ilmu yang baru ini..
Ya Allah,Kau permudahkanlah segala urusanku di tempat kerja baru ini..
Amin..

Friday, August 12, 2011

Hari ke-7 di Putrajaya.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera hendaknya..

Hari ini,entah apalah malangnya,saya dan anak-anak tidak sedar untuk bangun sahur...bila jam menunjukkan 7 lebih pagi..kami jadi kalut seketika..Alya enggan ke sekolah dalam keadaan yang lambat kerana bimbang dimarahi guru..Maafkan mama sayang...mujurlah mama sendiri masih bercuti dari solat dan puasa..kuranglah sikit tekanan yang dirasa...tak sanggup rasanya menambah dosa di bulan yang mulia ini.
Rasanya kepenatan memandu kerana sesat petang semalam semasa pergi ke bazaar ramadhan yang terbesar di precint 2, menjadi punca tidur dengan lenanya...Semoga tidak berulang lagi..apa pun anakanda Alya dan Asma tetap meneruskan puasa mereka walaupun tidak bersahur..tahniah sayang..



Hari ini, saya dan anak-anak pergi ke Pullman Lakeside Hotel di Putrajaya ini untuk melihat sendiri service apartmen yang hubby tempah untuk kami untuk 6 bulan ini...memandangkan hari ahad ni kami kena keluar dari transit kuarters ini..kami cuma dibenarkan duduk di sini untuk seminggu sahaja..adakalanya, saya rasa hidup macam pengembara , sentiasa berpindah randah..saat-saat begini saya sering merindui rumah di Miri.Apa pun saya amat berterima kasih pada hubby tercinta yang menyediakan segalanya untuk kami walaupun dirinya jauh dari kami..
Dan sebagai tanda penghargaan dari pihak Pullman Hotel kerana kami bakal menjadi 6 bulan guest,jadi petang ini kami dijemput untuk berbuka puasa Ramadhan Buffet di situ. Alhamdulillah...



- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, August 10, 2011

Salam Ramadhan al Mubarak dan selamat berpuasa dari saya..



Benarlah, ternyata hijrah itu bukan mudah..tanpa adanya pengorbanan dan kesungguhan dan kekuatan hati,mana mampu kita yang bergelar insan biasa ini menempuhinya.
Hari ini adalah hari yang kelima berada di Tanah Semenanjung...rindu pada bumi Sarawak tidak dapat saya nafikan...adakalanya sukar untuk menerima kenyataan ini tetapi hati ini terpaksa menjadi kuat.
Adakalanya saya kagum pada ketabahan hati anak-anak yang terpaksa berpisah dengan sahabat baik mereka. Ingin sekali memiliki hati seperti mereka itu...
Perasaan terasing...itulah yang mampu dikatakan pada ketika ini..bak kata seorang teman, untuk permulaan memang inilah yang kita rasa...lama-lama,it's will be ok..
Mungkin entri kali ini tidak seindah rupa...cukuplah sebagai tempat meluah rasa...


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, August 3, 2011

Assalamualaikum,

Semoga semuanya sihat walafiat dan ceria di samping menjalani ibadah puasa ini.
Cuaca yang amat panas beberapa hari ini benar2 memberi cabaran terutama kepada kanak-kanak seperti Alya dan Asma. Namun dalam keletihan,mereka meneruskan juga berpuasa sampai ke petang.

Hari ini,sempat juga saya online seketika...lama juga tidak mencoret apa-apa di sini,kerana sibuk menguruskan soal perpindahan ini. Tanpa suami di sisi kerana masih berada di US, saya tidak cukup masa untuk menguruskan segalanya.Namun suami yang jauh sentiasa memantau dr masa ke semasa setiap urusan yang saya lakukan di sini.

Hari ini hari terakhir saya berada di tempat kerja...Kenangan adalah perkara yang paling sukar dilepaskan....InsyaAllah akan sentiasa segar dalam ingatan.

Wassalam..


- Posted using BlogPress from my iPad