Wednesday, July 27, 2011

Pertandingan Bowling

Assalamualaikum,

Siapa sangka dalam kesibukan menguruskan soal perpindahan, saya akan melibatkan diri sekali lagi dalam acara pertandingan Bowling yang dianjurkan oleh Kelab Perubatan Miri...Pertandingan ini diadakan sekaligus untuk memilih beberapa orang peserta wanita dan lelaki yang akan mewakili bahagian Miri dalam pertandingan Bowling yang akan di adakan di Kuching selepas hari raya puasa nanti...
Seperti biasa, pembahagian kumpulan akan dilakukan mengikut unit masing-masing . Saya mewakili pasukan CLEAN bersama dengan rakan setugas dan dua orang pelatih Makmal yang sedang menjalankan praktikal selama setahun di sini.



Syukur Alhamdulillah,kumpulan CLEAN berjaya mendapat tempat kedua dari 17 buah pasukan yang bertanding.Dan paling manis, dua dari peserta lelaki turut berjaya dalam kategori individu, masing-masing dapat tempat kelima dan kedua . Dan saya sendiri menjadi johan untuk kategori wanita...Alhamdulillah..hadiah paling manis sebelum saya pergi dari Miri.



Bersama piala johan bagi kategori wanita.



Bersama teman baik yang juga mendapat naib juara bagi kategori wanita.



Ikhwan dan Alson yang membantu kumpulan CLEAN memenangi tempat kedua acara berrkumpulan...Thanks guys..



Kumpulan Clean....



Kenangan terakhir bermain bowling di Megalanes Star Bowl Miri....to be continue at Putrajaya...InsyaAllah..

Ok, Jumpa lagi...



Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. wahh nyempat rembat gelaran johan ktk kak dayang..sedeh juak dengar ktk pindah,wpun sik sama tempat keja ktk tetap di hati....aok ktk dapat posting kat hospital ney?

    ReplyDelete
  2. salam tini, makseh sudi singgah blog kak...kmk dpt klinik kesihatan putrajaya.mun pg sinun,singgah arah kmk ok..

    ReplyDelete