Friday, July 8, 2011

Berhujung Minggu di Labuan...


Assalamualaikum dan selamat Hari Jumaat,

Pastinya hari yang ditunggu oleh semua pekerja kerana selain waktu bekerjanya yang singkat, esok dan lusa adalah hari untuk beristirehat bersama keluarga tersayang.
Saya pula petang ini terbang ke Labuan bersama anak-anak...Penerbangan 40 minit dari Miri tidak begitu terasa,apatah lagi saya sibuk melayan karenah Akmal sepanjang penerbangan tersebut.
Rasanya sudah hampir 6 tahun saya tidak pergi ke sini...setelah mendapat keizinan dari suami yang jauh di houston,Texas, saya memberanikan diri pergi bercuti bersama anak- anak...Namun di labuan, saya akan ditemani oleh anak saudara yang kini sedang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan.
Bagi mereka yang belum pernah lagi ke sini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai Pulau Labuan ini.
Wilayah Persekutuan Labuan adalah WP kedua Malaysia selepas Putrajaya.Ianya terletak 10km dari pantai Sabah.Labuan juga adalah pelabuhan bebas cukai.

Dari segi sejarahnya,Labuan merupakan sebahagian dari kesultanan Brunei tetapi kemudian ia diserah kepada British.Pulau Labuan juga pernah diperintah oleh Jepun pada zaman penjajahan jepun di tanah melayu .Akhir sekali Labuan bersama-sama dengan Sabah bergabung ke dalam Malaysia.


Pulau Labuan yang kecil , namun ada banyak tempat yang boleh dilawati....


Hotel Grand Dorset...saya bersama Intan (anak saudara) dan anak-anak menginap di sini menggunakan harga isimewa yang lebih murah yang disediakan untuk kakitangan kerajaan..cuma semasa check in kita hanya perlu menunjukan ID jabatan mana kita bertugas..Alhamdilillah, save budget..


Di hadapan hotel Grand Dorset tempat kami bermalam...antara hotel yang cantik dengan pemandangan mengadap laut...


Masa yang ditunggu-tunggu...biarpun mereka kepenatan,tapi tetap riang dan cergas bermain di dalam air...terpaksalah saya menunggu mereka berseronok seketika...tetapi pada malam itu, bila kami makan malam di Medan Selera yang bersebelahan dengan hotel, Akmal sudah pun kepenatan dan tertidur...



Penat sangat....baiknya hati Pakcik tuan punya kedai ni yang berasal dari Kelantan ,meminjamkan kerusinya untuk tempat Akmal tidur...kami makan di restoren yang makanannya kebanyakkan ala pantai timur.Menu kami malam itu Tomyam campur,Sotong sambal,kangkung goreng belacan,ayam kunyit dan daging halia bersama nasi putih...semuanya RM30... murahkan...

Kunjungan ke tempat-tempat yang menarik di Labuan...


Berehat seketika di Pantai Batu Manikar...

Ni kat Muzium Chimney dan menara Chimney.Dalam muzium ini mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong sebagai tempat perlombongan arang batu sejak 1847.

Tidak dibenarkan memanjat ke atas.

Sehingga ke hari ini Menara Chimney ini masih dianggap misteri oleh penduduk setempat kerana fungsinya masih belum dikenal pasti.

Cuaca semakin panas..kami singgah di world war II memorial yang terletak di Tanjung Purun.

Senarai nama tentera Australia yang terkorban dalam membantu membebaskan Labuan dari jajahan Jepun.





Sebelim berangkat terbang balik ke Miri pada petang itu, kami sempat singgah di Taman Damai. Taman ini dibina oleh kerajaan Jepun sebagai satu memorial kepada keamanan dan kedamaian.




Di hadapan Muzium Labuan...









Di hadapan muzium ini ada 3 batang pokok besar...Pokok itu telah ditanam pada 2Hb Jun 1953 oleh masyarakat melayu,cina dan India sebagai tanda memperingati pertabalan Ratu Elizabeth II.Saya dan anak-anak terbang balik ke Miri pada jam 2.50 petang.
InsyaAllah,jika ada kesempatan mungkin kami akan pergi lagi.
Selamat tinggal Labuan.






Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. makam pahlawan tu org islam ke tak? sbb smlm tgk rncgn pe tah kat tv,faiz tu mcm sdkh al-fatehah kat kubur tu...

    ReplyDelete
  2. kak, brape % diskaun untuk anggota kerajaan yer..??

    ReplyDelete