Wednesday, July 27, 2011

Pertandingan Bowling

Assalamualaikum,

Siapa sangka dalam kesibukan menguruskan soal perpindahan, saya akan melibatkan diri sekali lagi dalam acara pertandingan Bowling yang dianjurkan oleh Kelab Perubatan Miri...Pertandingan ini diadakan sekaligus untuk memilih beberapa orang peserta wanita dan lelaki yang akan mewakili bahagian Miri dalam pertandingan Bowling yang akan di adakan di Kuching selepas hari raya puasa nanti...
Seperti biasa, pembahagian kumpulan akan dilakukan mengikut unit masing-masing . Saya mewakili pasukan CLEAN bersama dengan rakan setugas dan dua orang pelatih Makmal yang sedang menjalankan praktikal selama setahun di sini.



Syukur Alhamdulillah,kumpulan CLEAN berjaya mendapat tempat kedua dari 17 buah pasukan yang bertanding.Dan paling manis, dua dari peserta lelaki turut berjaya dalam kategori individu, masing-masing dapat tempat kelima dan kedua . Dan saya sendiri menjadi johan untuk kategori wanita...Alhamdulillah..hadiah paling manis sebelum saya pergi dari Miri.



Bersama piala johan bagi kategori wanita.



Bersama teman baik yang juga mendapat naib juara bagi kategori wanita.



Ikhwan dan Alson yang membantu kumpulan CLEAN memenangi tempat kedua acara berrkumpulan...Thanks guys..



Kumpulan Clean....



Kenangan terakhir bermain bowling di Megalanes Star Bowl Miri....to be continue at Putrajaya...InsyaAllah..

Ok, Jumpa lagi...



Posted using BlogPress from my iPad

Monday, July 18, 2011

Melapor Diri...


Assalamualaikum buat pembaca yang sudi singgah di sini.Semoga semuanya berada di bawah rahmat Allah SWT.

Pagi ini seawal jam 5 pagi, saya dan anak- anak keluar dari rumah menuju ke airport untuk penerbangan jam 6.20 pagi. Tiada rungutan dari anak-anak...malah mereka tetap ceria untuk menaiki kapal terbang...
Hari ini saya akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri WP Kuala Lumpur...di sana , baru saya akan tahu tempat sebenar saya bakal bertugas. Sometimes saya hairan mengapa mesti melalui dua proses begini...alangkah bagusnya jika surat perpindahan menyatakan terus di mana saya bertugas dan saya boleh melapor diri terus kepada ketua jabatan yang baru...emm..agak menyusahkan terutama bagi orang yang datang dari jauh seperti saya hari ini.




Akmal sempat menyusu sebelum menaiki kapal terbang tadi...Kasihan mereka, hari ini terpaksa dipontengkan dari sekolah untuk bersama saya ke KL. Sejak ketiadaan pembantu rumah, inilah perkara yang saya harus lalui bersama mereka.
Semoga semua urusan kami hari ini dimudahkan olehNya...kami sekeluarga ada perancangan kami sendiri tapi perancangan dari Allah itu pasti lebih baik untuk kami.
perjalanan hampir sampai ke destinasinya..izinkan saya mengundur diri...jumpa lagi di lain masa. InsyaAllah.



Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 14, 2011

Pindah....

Assalamualaikum,

Menerima surat perpindahan....diminta melapor diri ke Jabatan kesihatan WP Kuala Lumpur pada 18 hb Julai...maknanya dalam tempoh beberapa hari saja lagi...kelu tak terkata...Tak menyangka secepat ini kerana saya meminta dipindahkan pada hujung tahun..
kelmarin,saya cuba menghubungi pihak di sana meminta jawapan penempatan sebenar namun tiada seorang pun yang sudi membantu..dengan cara menjawab yang agak kasar, saya terfikir beginikah amalan masyarakat penyayang...Karenah birokrasi amat memedihkan hati. Hanya bersabar sahaja yang mampu saya lakukan.
Anak-anak mula bersedih walaupun saya masih belum memutuskan hendak terima atau tidak perpindahan itu ...ini kerana jika tempat yang diberi tidak seperti yang saya pohon sebelum ini,bermakna saya terpaksa menolak perpindahan tersebut.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..
Amin.



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 8, 2011

Berhujung Minggu di Labuan...


Assalamualaikum dan selamat Hari Jumaat,

Pastinya hari yang ditunggu oleh semua pekerja kerana selain waktu bekerjanya yang singkat, esok dan lusa adalah hari untuk beristirehat bersama keluarga tersayang.
Saya pula petang ini terbang ke Labuan bersama anak-anak...Penerbangan 40 minit dari Miri tidak begitu terasa,apatah lagi saya sibuk melayan karenah Akmal sepanjang penerbangan tersebut.
Rasanya sudah hampir 6 tahun saya tidak pergi ke sini...setelah mendapat keizinan dari suami yang jauh di houston,Texas, saya memberanikan diri pergi bercuti bersama anak- anak...Namun di labuan, saya akan ditemani oleh anak saudara yang kini sedang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan.
Bagi mereka yang belum pernah lagi ke sini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai Pulau Labuan ini.
Wilayah Persekutuan Labuan adalah WP kedua Malaysia selepas Putrajaya.Ianya terletak 10km dari pantai Sabah.Labuan juga adalah pelabuhan bebas cukai.

Dari segi sejarahnya,Labuan merupakan sebahagian dari kesultanan Brunei tetapi kemudian ia diserah kepada British.Pulau Labuan juga pernah diperintah oleh Jepun pada zaman penjajahan jepun di tanah melayu .Akhir sekali Labuan bersama-sama dengan Sabah bergabung ke dalam Malaysia.


Pulau Labuan yang kecil , namun ada banyak tempat yang boleh dilawati....


Hotel Grand Dorset...saya bersama Intan (anak saudara) dan anak-anak menginap di sini menggunakan harga isimewa yang lebih murah yang disediakan untuk kakitangan kerajaan..cuma semasa check in kita hanya perlu menunjukan ID jabatan mana kita bertugas..Alhamdilillah, save budget..


Di hadapan hotel Grand Dorset tempat kami bermalam...antara hotel yang cantik dengan pemandangan mengadap laut...


Masa yang ditunggu-tunggu...biarpun mereka kepenatan,tapi tetap riang dan cergas bermain di dalam air...terpaksalah saya menunggu mereka berseronok seketika...tetapi pada malam itu, bila kami makan malam di Medan Selera yang bersebelahan dengan hotel, Akmal sudah pun kepenatan dan tertidur...



Penat sangat....baiknya hati Pakcik tuan punya kedai ni yang berasal dari Kelantan ,meminjamkan kerusinya untuk tempat Akmal tidur...kami makan di restoren yang makanannya kebanyakkan ala pantai timur.Menu kami malam itu Tomyam campur,Sotong sambal,kangkung goreng belacan,ayam kunyit dan daging halia bersama nasi putih...semuanya RM30... murahkan...

Kunjungan ke tempat-tempat yang menarik di Labuan...


Berehat seketika di Pantai Batu Manikar...

Ni kat Muzium Chimney dan menara Chimney.Dalam muzium ini mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong sebagai tempat perlombongan arang batu sejak 1847.

Tidak dibenarkan memanjat ke atas.

Sehingga ke hari ini Menara Chimney ini masih dianggap misteri oleh penduduk setempat kerana fungsinya masih belum dikenal pasti.

Cuaca semakin panas..kami singgah di world war II memorial yang terletak di Tanjung Purun.

Senarai nama tentera Australia yang terkorban dalam membantu membebaskan Labuan dari jajahan Jepun.





Sebelim berangkat terbang balik ke Miri pada petang itu, kami sempat singgah di Taman Damai. Taman ini dibina oleh kerajaan Jepun sebagai satu memorial kepada keamanan dan kedamaian.




Di hadapan Muzium Labuan...









Di hadapan muzium ini ada 3 batang pokok besar...Pokok itu telah ditanam pada 2Hb Jun 1953 oleh masyarakat melayu,cina dan India sebagai tanda memperingati pertabalan Ratu Elizabeth II.Saya dan anak-anak terbang balik ke Miri pada jam 2.50 petang.
InsyaAllah,jika ada kesempatan mungkin kami akan pergi lagi.
Selamat tinggal Labuan.






Posted using BlogPress from my iPad

Monday, July 4, 2011

Isnin...

Assalamualaikum,



Alhamdulillah dipanjangkan umur hingga ke hari ini..terima kasih atas limpahan nikmat yang Allah beri kepada kita selama ini...diberi peluang untuk bernafas dan menambah segala amalan di muka bumi ini sebelum ajal menjemput...
Hari Isnin mungkin hari yang agak sukar bagi pekerja memulakan harinya termasuk saya sendiri kerana dua hari berehat di hujung minggu. Namun kerja yang di amanahkan mesti jua dijalankan sebaik mungkin...perasaan monday blues terpaksa jua diabaikan. Bekerja juga salah satu ibadah...sempurnakah kita melaksanakannya...kerana ia adalah satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Semoga kita sama-sama jadi insan yang cemerlang dalam menjalankan tugasan...Cemerlang itu tidak semestinya mendapat pengiktirafan...biarlah cemerlang dalam diri sendiri..
Selamat Bekerja.


- Posted using BlogPress from my iPad