Sunday, June 12, 2011

Home Sweet Home

Assalamualaikum wbth,

Sekali lagi berada di angkasa raya...membelah kepekatan malam. Penerbangan ke Miri berlepas pada jam 8.40 malam mengambil masa 2 jam 10 minit. Tadi suami tercinta menghantar saya dan anak- anak di KLIA. Agak berat rasa hati hendak berpisah namun demi tugas,segalanya terpaksa dikorbankan..anak- anak turut bersedih terutama anak yang sulung iaitu Alya menangis bila berpisah dengan ayahnya. Mungkin rasa sedih melihat ayahnya sendirian. Namun ayahnya juga akan berlepas ke luar negeri pada malam esok demi tugas yang sudah menanti di sana. Semoga dimudahkan segala urusannya.
Semasa di KLIA tadi,saya sempat ke kedai buku. Saya membeli sebuah buku yang bertajuk Facebook,sebelah syurga,sebelah neraka. Ketika ini terdengar pengumuman dari dalam pesawat ini meminta semua penumpang kembali ke tempat duduk masing- masing dan minuman panas tidak dapat dihidangkan buat sementara waktu kerana keadaan cuaca yang kurang baik. Sememangnya ketika ini, pesawat ini bergegar dengan kuat...saya agak cemas dan tidak mampu melelapkan mata dalam keadaan begini, tetapi Alya,Asma dan Akmal sudah lama terlena selepas menikmati hidangan makan malam dalam pesawat sebentar tadi.Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan berdoa di dalam hati agar dijauhkan dari segala kemungkinan yang tidak baik. " lindungilah kami...peliharalah perjalanan kami Ya Allah".



Memandangkan buku ini baru saja saya beli , tidak banyak yang dapat saya kongsikan bersama, tetapi kandungannya yang saya lihat sepintas lalu agak menarik perhatian saya dan sebagai seorang pengguna facebook saya rasa saya perlu memiliki buku ini. Pengenalan buku ini menceritakan tentang sejarah bagaimana bermulanya facebook ini hingga merebak ke seluruh dunia. Dan sesetengah tempat ianya diharamkan kerana agak "berlebihan".Namun Islam tidak mengharamkan Facebook ini kerana ia boleh digunakan sebagai satu medan dakwah. Namun saya sendiri tidak menafikan bilamana facebook turut menjadi medan dosa sebagai tempat memburukkan atau mengaibkan rakan taulan ataupun sesiapa sahaja... Belum lagi photo yang di upload saban hari dengan pemandangan tubuh badan yang menyeksakan bagi kaum wanita...kemudian diikuti dengan ruangan chatting yang berbau lucah mahupun mengumpat atau bercerita apa sahaja yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t...Astaghfirullah...
Dalam perbualan,hendaknya kita menyedari bahawa segala ucapan atau tulisan kita tetap diawasi oleh Allah s.w.t dan juga malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat apa pun tindak tanduk kita.
Allah s.w.t. berfirman:
"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." Surah Qaaf: 18

Bagi saya sendiri, Facebook bukan sahaja menemukan saya dengan rakan-rakan lama yang sudah berpisah,malah merapatkan hubungan saya dan adik beradik yang duduk berjauhan. Melalui status dan berkongsi photo ahli keluarga masing-masing, kami dapat mengetahui perkembangan antara satu sama lain. Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pengguna Facebook menjadikan facebook sebagai satu medan dakwah. Menyampaikan dan berkongsi pengajaran yang baik antara satu sama lain. walaupun status begini kurang popular dan jarang dikomen, namun bagi saya tugas menyampaikan walau hanya sepotong ayat itu sudah selesai. Terpulang pada diri masing-masing mahu menilainya.

Rasanya saya harus berhenti di sini kerana pesawat ini akan mendarat dalam masa 15 minit saja lagi. Apa pun saya amat mengalukan semua pengguna facebook yang membaca coretan saya ini memiliki buku ini. Percayalah, ia amat bermanfaat.

Akhirkata, selamat malam buat semua...nak mendarat dah..Alhamdulillah selamat sampai to home sweet home.


Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment