Thursday, June 30, 2011

Assalamualaikum,

Hujan dari semalam, hingga ke tengahari ini belum berhenti...walaupun tidak lebat tapi sudah cukup untuk saya memandu dengan lebih berhati- hati kerana jalanraya yang licin. Sekarang saya berada di dalam kereta di perkarangan sekolah menunggu Alya dan Asma keluar...sementara menunggu waktu persekolahan tamat , saya mengambil kesempatan ini bercerita lagi dalam blog kesayangan ini.Rasanya sudah hampir dua minggu blog ini terbiar sepi...Seperti biasa bila suami tiada di rumah, saya mengambil alih tugas ayah dan ibu sekaligus..tanpa pembantu rumah juga,kesibukan dengan urusan harian semakin meningkat.Namun saya redha..ini tanggungjawab saya pada keluarga teutama pada anak-anak.Suami yang berada jauh di rantau orang sedang mencari rezeki untuk kami sekeluarga...Dan saya di sini menjaga rumah dan keluarga.

Keputusan Exam semester 1 sudah pun keluar...Alhamdulillah,Alya sekali lagi mengekalkan kedudukan pertamanya dalam kelas dan Asma juga mendapat tempat kedua.Itu janji Allah pada orang yang berusaha...saya percaya. Semoga kejayaan ini akan berterusan untuk mereka berdua.




Semalam Akmal membuat ulangkaji menyambung abc dan 123...kerana Hari ini giliran Akmal menghadapi exam di Tadikanya...semoga semuanya berjalan dengan lancar.








- Posted using BlogPress from my iPad


Sunday, June 12, 2011

Home Sweet Home

Assalamualaikum wbth,

Sekali lagi berada di angkasa raya...membelah kepekatan malam. Penerbangan ke Miri berlepas pada jam 8.40 malam mengambil masa 2 jam 10 minit. Tadi suami tercinta menghantar saya dan anak- anak di KLIA. Agak berat rasa hati hendak berpisah namun demi tugas,segalanya terpaksa dikorbankan..anak- anak turut bersedih terutama anak yang sulung iaitu Alya menangis bila berpisah dengan ayahnya. Mungkin rasa sedih melihat ayahnya sendirian. Namun ayahnya juga akan berlepas ke luar negeri pada malam esok demi tugas yang sudah menanti di sana. Semoga dimudahkan segala urusannya.
Semasa di KLIA tadi,saya sempat ke kedai buku. Saya membeli sebuah buku yang bertajuk Facebook,sebelah syurga,sebelah neraka. Ketika ini terdengar pengumuman dari dalam pesawat ini meminta semua penumpang kembali ke tempat duduk masing- masing dan minuman panas tidak dapat dihidangkan buat sementara waktu kerana keadaan cuaca yang kurang baik. Sememangnya ketika ini, pesawat ini bergegar dengan kuat...saya agak cemas dan tidak mampu melelapkan mata dalam keadaan begini, tetapi Alya,Asma dan Akmal sudah lama terlena selepas menikmati hidangan makan malam dalam pesawat sebentar tadi.Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan berdoa di dalam hati agar dijauhkan dari segala kemungkinan yang tidak baik. " lindungilah kami...peliharalah perjalanan kami Ya Allah".



Memandangkan buku ini baru saja saya beli , tidak banyak yang dapat saya kongsikan bersama, tetapi kandungannya yang saya lihat sepintas lalu agak menarik perhatian saya dan sebagai seorang pengguna facebook saya rasa saya perlu memiliki buku ini. Pengenalan buku ini menceritakan tentang sejarah bagaimana bermulanya facebook ini hingga merebak ke seluruh dunia. Dan sesetengah tempat ianya diharamkan kerana agak "berlebihan".Namun Islam tidak mengharamkan Facebook ini kerana ia boleh digunakan sebagai satu medan dakwah. Namun saya sendiri tidak menafikan bilamana facebook turut menjadi medan dosa sebagai tempat memburukkan atau mengaibkan rakan taulan ataupun sesiapa sahaja... Belum lagi photo yang di upload saban hari dengan pemandangan tubuh badan yang menyeksakan bagi kaum wanita...kemudian diikuti dengan ruangan chatting yang berbau lucah mahupun mengumpat atau bercerita apa sahaja yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t...Astaghfirullah...
Dalam perbualan,hendaknya kita menyedari bahawa segala ucapan atau tulisan kita tetap diawasi oleh Allah s.w.t dan juga malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat apa pun tindak tanduk kita.
Allah s.w.t. berfirman:
"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." Surah Qaaf: 18

Bagi saya sendiri, Facebook bukan sahaja menemukan saya dengan rakan-rakan lama yang sudah berpisah,malah merapatkan hubungan saya dan adik beradik yang duduk berjauhan. Melalui status dan berkongsi photo ahli keluarga masing-masing, kami dapat mengetahui perkembangan antara satu sama lain. Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pengguna Facebook menjadikan facebook sebagai satu medan dakwah. Menyampaikan dan berkongsi pengajaran yang baik antara satu sama lain. walaupun status begini kurang popular dan jarang dikomen, namun bagi saya tugas menyampaikan walau hanya sepotong ayat itu sudah selesai. Terpulang pada diri masing-masing mahu menilainya.

Rasanya saya harus berhenti di sini kerana pesawat ini akan mendarat dalam masa 15 minit saja lagi. Apa pun saya amat mengalukan semua pengguna facebook yang membaca coretan saya ini memiliki buku ini. Percayalah, ia amat bermanfaat.

Akhirkata, selamat malam buat semua...nak mendarat dah..Alhamdulillah selamat sampai to home sweet home.


Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, June 8, 2011

Pokok Anggur Mak

Assalamualaikum wbth...

Bangun awal pagi tadi dimulai dengan solat subuh berjemaah beramai-ramai bersama ahli keluarga ...rasa begitu tenang sekali.Semalam tidur tidak begitu lena jadi hari ni badan rasa penat sedikit.Mungkin disebabkan keletihan travelling...kerana semalam kami sampai di rumah sudah agak lewat malam.
Pagi ini tidak pergi ke mana-mana.Melihat sekitar luar rumah masih seperti dulu.




Cuma yang menarik perhatian saya pokok anggur mak mula mengeluarkan buah. Rupanya sebelum ini pokok anggur itu pernah berbuah dengan lebat. Walaupun tidak sebesar anggur yang kita nampak di pasaran tetapi buahnya sangat manis.




masih mentah...




Pokok anggur mak...mungkin disebabkan faktor cuaca, jadi ,buahnya tidak begitu besar namun masih manis buahnya.Tapi sayangnya balik kali ini saya tidak dapat merasainya kerana buah itu masih belum masak...Maybe next time..InsyaAllah.







- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Dungun,Malaysia

Balik Kampung

Salam Mesra dari awan biru...

Suasana di luar sana agak cerah...dengan awan biru yang menghiasi langit.Akmal sedang tido lena disebelah..Terpaksa saya menutup tingkap tepi agar cahaya matahari tidak mengganggu tidur Akmal...Perjalanan dari Miri ke Kuala Lumpur agak membosankan...2 jam 10 min..Mujur ada ipad pemberian suami ,jadi mudahlah saya bercerita dari awan biru ini.

Dua malam lepas saya menerima perkhabaran yang ayah mertua saya meninggal dunia..Pada malam yang sama suami saya masih di dalam kapal terbang menuju ke Dubai. Rupanya sewaktu tiba di sana suami saya sudah pun menerima berita tersebut melalui SMS dari adiknya, dan kemudian dia mengambil penerbangan pulang semula ke Malaysia.. Alhamdulilah,sekarang suami tercinta sudah pun selamat berada di samping keluarganya di kampung..Walaupun tidak sempat menatap wajah ayahnya, namun dia redha kerana itu semua telah tertulis..setiap yang hidup pasti akan mati...itu sudah pasti.



Akmal lena di pangkuan saya.

Saya dan anak-anak juga tidak sempat hendak balik kelmarin, jadi saya mengambil penerbangan hari ini...Harap dimudahkan perjalanan ini. 30 minit lagi akan tiba di KLIA. Kemudian pada jam 7.45 petang, kami akan menaiki pesawat ke Kuala Terengganu pula.Awal-awal lagi saya sudah meminta untuk issue boarding pass ke Terengganu,jadi mudahlah sikit bila tiba di KLIA kelak..saya tidak perlu check in lagi.



Asma yang duduk bertentangan dengan saya, Alya dan Akmal sudah lama dibuai lena...begitu juga Akmal. Hanya Alya sahaja yang masih enggan melelapkan mata...teringat kelmarin, begitu banyak soalan tentang kematian yang dilontarkannya kepada ayahnya melalui telefon...Alya yang semakin membesar itu mula memahami konsep kematian ini sedikit demi sedikit. InsyaAllah,suatu hari nanti dia akan memahami sepenuhnya.


- Posted using BlogPress from my iPad