Monday, May 23, 2011

Tadika Sri Mawar's Sport Day

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera buat semua rakan,ahli keluarga dan rakan-rakan di alam maya yang sudi singgah di sini.
Rasanya sudah seminggu saya tidak mencoret sebarang cerita di sini.Kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak-anak setelah balik dari bekerja agak membataskan masa untuk duduk lama-lama di depan laptop ini.Alhamdulillah,malam ini diberi kesempatan dengan masa yang terluang selepas makan malam, membersih rumah dan melipat kain baju .

Pada sabtu lepas 21hb May 2011, saya agak teruja menemani Akmal,anak bungsu saya pada hari sukan. Memandangkan ini adalah kali pertama melihat Akmal bersukan sejak masuk ke tadika pada awal tahun lalu,jadi saya dan suami amat gembira dapat melihat telatah Akmal dan rakan-rakan sekelasnya mengambil acara secara berkumpulan.


Perbarisan bersama rakan-rakan

asyik melambai ke arah kami...

Baju biru mewakili level 1,merah mewakili level 2 dan hijau mewakili level 3.

Akmal dalam acara relay membawa bola pingpong dalam sudu.

Akmal dalam acara relay berlari membawa bola.

Bersama Alya dan Farisha, rakan sekelas.

Kelas Akmal iaitu Kelas Violet mendapat tempat kedua...

Telatah Akmal dan rakan-rakan....

Congratulation my hero..

Bersama ayahanda ...

Sebelum tengahari,semua acara selesai dan Kelas Akmal mendapat naib johan...Semua telah keletihan termasuk para ibubapa yang menjadi penyokong kepada anak-anak...termasuk saya dan suami.




No comments:

Post a Comment