Tuesday, May 24, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Anakku

Salam mesra semua...

Hari ini kedua puteri saya Alya dan Asma menduduki exam semester 1. Seperti biasa setiap kali anak-anak hendak exam, ibubapalah yang paling cemas . Mujurlah ketika anak- anak ini hendak menghadapi exam, ayahanda mereka ada untuk membantu mereka membuat ulangakaji.Selama 2 minggu mereka berusaha dengan membuat seberapa banyak latihan. Semoga latihan begini dapat membantu mereka .
Setiap sesuatu yang dilakukan dengan usaha yang gigih,pasti akan membuahkan hasil yang baik..Percaya untuk berjaya..Semoga berjaya Alya dan Asma.

- Posted using BlogPress from my iPad







Location:Jalan Cahaya,Miri,Malaysia

Monday, May 23, 2011

Tadika Sri Mawar's Sport Day

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera buat semua rakan,ahli keluarga dan rakan-rakan di alam maya yang sudi singgah di sini.
Rasanya sudah seminggu saya tidak mencoret sebarang cerita di sini.Kesibukan menguruskan rumahtangga dan anak-anak setelah balik dari bekerja agak membataskan masa untuk duduk lama-lama di depan laptop ini.Alhamdulillah,malam ini diberi kesempatan dengan masa yang terluang selepas makan malam, membersih rumah dan melipat kain baju .

Pada sabtu lepas 21hb May 2011, saya agak teruja menemani Akmal,anak bungsu saya pada hari sukan. Memandangkan ini adalah kali pertama melihat Akmal bersukan sejak masuk ke tadika pada awal tahun lalu,jadi saya dan suami amat gembira dapat melihat telatah Akmal dan rakan-rakan sekelasnya mengambil acara secara berkumpulan.


Perbarisan bersama rakan-rakan

asyik melambai ke arah kami...

Baju biru mewakili level 1,merah mewakili level 2 dan hijau mewakili level 3.

Akmal dalam acara relay membawa bola pingpong dalam sudu.

Akmal dalam acara relay berlari membawa bola.

Bersama Alya dan Farisha, rakan sekelas.

Kelas Akmal iaitu Kelas Violet mendapat tempat kedua...

Telatah Akmal dan rakan-rakan....

Congratulation my hero..

Bersama ayahanda ...

Sebelum tengahari,semua acara selesai dan Kelas Akmal mendapat naib johan...Semua telah keletihan termasuk para ibubapa yang menjadi penyokong kepada anak-anak...termasuk saya dan suami.




Tuesday, May 17, 2011

" Mainan Baru Mama "

Salam mesra buat semua.
Hari ni public holiday for hari wesak so dapatlah berehat dan bersantai-santai di rumah.Petang kelmarin kat tempat kerja saya menerima mainan baru hadiah dari suami tercinta...It's my new Ipad. Kalau lihat kat belakang ipad tu, ada ditulis dengan nama saya dan Happy 10th Anniversary.Sebenarnya ipad ni in advanced anniversary gift hehe...sebab anniversary sebenar bulan september nanti.Tapi takpelah...anyway thank you so much buat suami tersayang atas hadiah ini.








Ipad smart cover red...cover perlu, in case nak bawa pergi mana-mana..taklah calar balar screen tu.
Ni tulisan kat belakang Ipad...emm so sweet...thanks hubby.

Actually,hari ni tak banyak perkara nak di update.Sekadar berkongsi cerita hadiah Ipad dari suami saya. Hari ni rasanya digunakan untuk belajar menggunakan ipad ni...sebab banyak application dalamnya yang saya tidak begitu mahir. InsyaAllah,belajar sedikit demi sedikit pasti boleh mahir juga.Terima kasih juga pada sepupu Awang Sahani yang sedia membantu memberi tunjuk ajar melalui telefon..(saya budak baru belajar..hehe)


ok Selamat berehat...

Sunday, May 15, 2011

Aktiviti Alya Pada Hujung Minggu

Salam mesra dihujung minggu...
Hari ini Alya dan beberapa orang temannya yang ahli pengakap di sekolah menyertai pertandingan mewarna yang di adakan di Bintang Mall Miri.Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Hari Pameran Pengakap Marin Miri.

Fokus mendengar taklimat..

Pertandingan mewarna bermula...


Antara pengakap kanak-kanak di seluruh Miri yang mengambil bahagian.

Sedang berfikir nak letak kaler apa pulak lepas ni....

Sementara menunggu Alya menyiapkan kerjanya, sempat jugalah saya snap gelagat Akmal dan Asma...










Biarpun tidak mendapat memenangi sebarang tempat namun bagi saya dan suami penyertaan Alya dalam aktiviti begini dapat membantu dia lebih berkeyakinan di khalayak ramai.It's ok.Next time cuba lagi ok..

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU


Assalamualaikum ,

Hari Ibu tiba lagi.Tiada apa yang istimewa...kerana everyday is mother's day.Itulah kata-kata suami tersayang saya.Harapan dan doa saya hanya satu setiap masa dan ketika,semoga saya mampu mendidik anak-anak saya menjadi insan yang berjaya di dunia dan jua di akhirat. Semoga mereka menjadi anak-anak yang patuh pada perintah Allah dan taat kepada ibubapanya.Amin.


Permata hati saya dan suami.

Saturday, May 7, 2011

Hadiah Buku



Salam mesra dan selamat pagi...

Dua hari yang lepas saya menerima hadiah buku dari seorang sahabat yang jauh.Gembiranya bila menerima hadiah buku ini, bukan setakat menambah koleksi tetapi turut menambah ilmu pengetahuan saya.
Buku Fanzuru,langit ilahi 3 ini adalah buku motivasi ketiga dari karya Hilal Asyraf yang saya ada. Sebelum ini saya sudah pun memiliki Langit Ilahi 1 dan Langit Ilahi 2.Saya amat menggemari tulisan Hilal asyraf ini kerana cara pengolahan ayat, gaya bahasa yang bersahaja dan bagi saya amat sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira tua atau muda.
Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat saya itu di atas hadiah yang cukup bermakna ini.
Semoga ia akan membantu dalam....kembara hati menuju Ilahi.

Tetamu Hujung Minggu

Salam manis buat semua.
Setelah seminggu mereka balik,baru saya berkesempatan mengemaskini blog ini.Faktor bekerja dan menguruskan rumahtangga menyebabkan saya jadi sibuk dan tidak dapat meluangkan masa berlama-lama di hadapan komputer.

Pada hujung minggu yang lalu,saya sekeluarga menerima kunjungan tetamu dari kampung iaitu kakak saya dan keluarganya bersama ibu saudara kami yang kami panggil Udak Yam.(Kakak kepada arwah ibu saya) Kebetulan pulak cuti hari buruh 1 Mei jatuh pada hari ahad dan secara automatiknya Isnin adalah hari cuti umum, jadi kakak yang bertugas sebagai guru di kampung dapat meluangkan masa mengunjungi kami.Jadi pada hujung minggu lalu,kami spend time bersama dengan aktiviti makan-makan dan bersiar-siar di dalam bandar Miri.


Menjamu selera di Parkcity Everly Hotel.

Tema buffet pada malam itu berasaskan makanan laut...

Anak saudara saya, Intan and Aiman.



KAMI

Merdeka Mall Miri

Makan tengahari di salah satu restoren yang popular di Miri iaitu restoren Muara yang terkenal dengan menu Nasi Lelapan.

Udak Yam, satu-satunya ibu saudara sebelah ibu saya yang masih ada...adik-beradiknya yang lain termasuk ibu saya semua sudah dijemput Allah ke alam lain.Al-Fatihah buat mereka.

Mengabadikan photo kenang-kenangan sebelum mereka berangkat pulang.

Bersama kakak tersayang saya.
Udak Yam...Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik...

Bila tetamu pulang,kami terasa pulak kesunyiannya...walau seketika kehadiran mereka sungguh bermakna buat saya dan keluarga.
Seperti mana sabda Rasulullah SAW...
“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar.

Semoga kita berjumpa lagi...

Wassalam..