Wednesday, April 20, 2011


Salam hormat buat pembaca yang sudi singgah di blog ini.

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak di update.Sekarang tepat jam 1.20 tengahari.Saya berada di tempat kerja...berehat sementara menunggu masuknya waktu kerja jam 2. Rasanya hanya waktu ini sahaja yang sesuai untuk saya berbicara memandangkan sejak akhir-akhir ini, masa lapang saya kian terhad di rumah. Sejak ketiadaan pembantu rumah, segala urusan di rumah dilakukan oleh saya sendiri. Mujurlah waktu ini suami masih di rumah...ada juga membantu saya menguruskan anak-anak terutama time mengulangkaji pelajaran sebelah malam.
Alya,Asma dan Akmal sudah pun didaftarkan di Sedidik selepas waktu sekolah.(pusat jagaan ) Mungkin ini yang terbaik buat masa ini.

Bagi seorang wanita yang berkarier, saya akui bukan mudah sebenarnya hendak melakukan semua kerja.Dengan kepenatan balik dari kerja dan berdepan pula dengan urusan rumahtangga dan karenah anak-anak kecil, Semuanya memerlukan kekuatan dan kesedaran bahawa urusan rumahtangga tetap tidak boleh diabaikan walau sepenat mana balik dari kerja. Saya berdoa mudah-mudahan saya sentiasa diberi kesihatan yang baik dan diberi kekuatan untuk mengharungi semua ini, lebih-lebih lagi segalanya saya akan pikul sendirian bila suami sudah pergi bekerja kelak.
Buat masa ini saya lebih senang begini tanpa pembantu rumah yang suka menimbulkan masalah kepada saya sekeluarga.Biarlah susah, namun hati saya lebih tenang dan senang kerana anak-anak selamat bersama saya.

sekarang sudah menghampiri jam 2. Saya berundur diri buat seketika.Semoga di lain masa saya punya waktu terluang untuk bercerita lagi.

Salam.

No comments:

Post a Comment