Wednesday, April 27, 2011

Mari Baca Buku Ini.

Salam mesra dan selamat pagi buat mereka yang sudi singgah di blog saya ini.Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya, kita akan sentiasa di bawah lindungan dan jagaan Allah SWT.

Tak terasa masa yang berlalu,rupanya sudah hampir sebulan lebih saya meninggalkan Tanah suci Mekah dan Madinah.Kenangan di sana sentiasa segar di ingatan dan di hati ini...ternyata saya amat merindui masa-masa di sana...Patutlah mereka yang sudah pergi ke sana ingin ke tanah suci lagi dan ada yang sudah pergi hingga berkali-kali.Ya Allah, semoga saya juga akan diberi peluang sekali lagi untuk ke sana.



Hari ini saya berjaya menghabiskan bacaan buku Madinah Munawarrah ini.Buku ini saya beli semasa pergi ke Kuching untuk bermesyuarat pada awal bulan April ini.Sepatutnya buku ini saya baca sebelum pergi ke sana tetapi saya hanya menjumpai buku ini setelah balik dari mengerjakan umrah...namun saya tidak kecewa kerana sambil membaca, saya sudah dapat gambaran sebenar bagaimana keadaan di sana.Tidaklah perlu saya membayangkan dengan berimaginasi sahaja.Buku hasil Dr Abdul Basit Abdul Rahman ini menceritakan kelebihan dan sejarah pembinaan Masjid Nabawi, tempat-tempat bersejarah serta kisah peperangan di Madinah serta banyak lagi kisah yang menceritakan kaitan Rasulullah SAW dengan kota Madinah.


Sebelum ini,saya sudah pun membaca buku Makkah Al-Mukarrahmah...di mana penulis yang sama mengarangnya iaitu Dr.Abdul Basit Hj Abdul Rahman.Buku ini juga banyak menceritakan sejarah pembinaan Masjidil haram , tentang kaabah ,sejarah safa marwah dan tempat-tempat yang bersejarah di Mekah.
Saya amat seronok membaca kedua-dua buku ini...bagaikan terpapar di depan mata satu-satu tempat yang pernah saya singgahi....
Moga-moga diberi peluang sekali lagi...amin.

Monday, April 25, 2011

Makan Malam Kat Simply Eaton

Salam ceria buat semua...
Hari ni tak banyak yang ingin diceritakan...sekadar berkongsi gambar ketika menikmati juadah makan malam di simply eaton. Restoren ni dekat saja dengan rumah saya.(satu kawasan yang sama)Tetapi selama ni saya sekeluarga tidak pernah singgah kerana saya dan suami beranggapan ia adalah restoren yang dimiliki oleh non muslim(cina)
Kami hanya tahu tentang restoren itu bila jiran saya (keluarga melayu) mengajak kami bersama-sama meraikan hari jadi anaknya di restoren berkenaan namun kami tidak dapat memenuhi undangan tersebut kerana kami sekeluarga pergi ke Brunei.

Alya sedang menikmati ice lemon tea.

Menu pilihan suami...Nasi Goreng Ayam.

Pilihan saya...Nasi Goreng Thai, ada udang goreng segar celup tepung,sambal belacan dan sup tomyam...


Pilihan anak-anak saya...Chicken chop.

Sebenarnya banyak lagi menu yang menarik...boleh cuba di masa akan datang pulak.
Jadi bagi kawan-kawan yang ada di Miri ni,bolehlah datang menjamu selera di sini.

Wednesday, April 20, 2011


Salam hormat buat pembaca yang sudi singgah di blog ini.

Sudah hampir dua minggu blog ini tidak di update.Sekarang tepat jam 1.20 tengahari.Saya berada di tempat kerja...berehat sementara menunggu masuknya waktu kerja jam 2. Rasanya hanya waktu ini sahaja yang sesuai untuk saya berbicara memandangkan sejak akhir-akhir ini, masa lapang saya kian terhad di rumah. Sejak ketiadaan pembantu rumah, segala urusan di rumah dilakukan oleh saya sendiri. Mujurlah waktu ini suami masih di rumah...ada juga membantu saya menguruskan anak-anak terutama time mengulangkaji pelajaran sebelah malam.
Alya,Asma dan Akmal sudah pun didaftarkan di Sedidik selepas waktu sekolah.(pusat jagaan ) Mungkin ini yang terbaik buat masa ini.

Bagi seorang wanita yang berkarier, saya akui bukan mudah sebenarnya hendak melakukan semua kerja.Dengan kepenatan balik dari kerja dan berdepan pula dengan urusan rumahtangga dan karenah anak-anak kecil, Semuanya memerlukan kekuatan dan kesedaran bahawa urusan rumahtangga tetap tidak boleh diabaikan walau sepenat mana balik dari kerja. Saya berdoa mudah-mudahan saya sentiasa diberi kesihatan yang baik dan diberi kekuatan untuk mengharungi semua ini, lebih-lebih lagi segalanya saya akan pikul sendirian bila suami sudah pergi bekerja kelak.
Buat masa ini saya lebih senang begini tanpa pembantu rumah yang suka menimbulkan masalah kepada saya sekeluarga.Biarlah susah, namun hati saya lebih tenang dan senang kerana anak-anak selamat bersama saya.

sekarang sudah menghampiri jam 2. Saya berundur diri buat seketika.Semoga di lain masa saya punya waktu terluang untuk bercerita lagi.

Salam.

Wednesday, April 6, 2011

DUGAAN....

Salam manis selalu.


Biarpun perkhabaran kali ini tidak manis seperti selalu,namun saya redha...mungkin sudah ketentuannya...mungkin ada hikmah disebaliknya.

Ahad lepas saya pergi ke kuching untuk menghadiri satu meeting.Saya ditemani suami dan putera bungsu kami Akmal Lutfi.Alya dan Asma saya tinggalkan bersama maid di rumah. Namun saya tidak sedap hati hendak membiarkan mereka bertiga di rumah.Jadi seperti biasa saya akan memanggil sahabat baik saya datang untuk bermalam bersama mereka.

Selepas habis meeting pada hari Isnin, pada petang itu saya menerima perkhabaran dari sahabat saya bahawa maid saya sudah hilang.Pergi begitu saja tanpa sebarang membawa bersama passport.

Laporan polis sudah dibuat...begitu juga memaklumkan kepada pihak imigresen.Dan sekarang my ex-maid telah diisytiharkan sebagai maid yang lari dari rumah.
Peristiwa ini amat menakutkan saya. Semenjak pemergian Fitri hujung tahun lalu, sukar bagi saya untuk mempercayai 'mereka' yang boleh saya harapkan untuk menjaga anak dan rumah sepanjang saya keluar bekerja.Bukan mudah hendak mendapatkan seorang maid yang baik seperti Fitri lagi.
Apa pun,saya bersyukur,anak-anak saya selamat......semoga Allah sentiasa melindungi kami .Apa jua yang berlaku,pasti ada hikmahnya.Hanya Allah yang tahu.