Sunday, February 20, 2011

Bergaya Dengan Telekung Baru

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah SWT...

Entri kali ni tentang puteri kesayangan saya bergaya dengan telekung baru mereka.Telekung ini saya order online dari blog Telekung@Muslimah Closet.Masa nak order,saya kena tanya Alya dan Asma dulu pilihan warna bunga masing-masing.Alya berminat dengan warna biru dan Asma dengan warna purplenya.Memang cantik dan berbaloi rasanya dapat menghadiahkan telekung begini pada mereka. Bukan sekadar hadiah biasa,malah menyuntik minat mereka agar lebih suka solat.




Semoga anak-anak mama jadi muslimah yang solehah dan berilmu. Amin.

Thursday, February 17, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum dan salam manis buat semua,

Sambutan Maulidur Rasul peringkat bahagian Miri telah diadakan pada 15hb Februari bersamaan pada tarikh penting dalam bulan Islam iaitu 12 Rabiulawal 1432H.
Hari yang cerah memudahkan program ini berjalan lancar. Seawal 6 pagi,saya dan anak saudara yang bernama Intan Nabila Mohamad keluar dari rumah menuju ke Dewan Suarah Miri. Tiba di sana semua kontinjen yang mewakili agensi masing-masing sudah bersedia dengan sepanduk yang pelbagai rupa.
1 Malaysia 1 Ummah, itulah tema Sambutan Maulidur Rasul kali ini.



Bersama rakan sekerja berlatar belakangkan sepanduk dari jabatan perubatan.


Bersama Intan Nabila.




Berjalan di bawah terik mentari mengingatkan kita pada perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat merentasi padang pasir semasa berhijrah dari kota Mekah ke Madinah dalam menyebarkan syiar Islam.




Barisan kontinjen yang mengambil bahagian.Dengarnya tahun ini,penyertaan dari agensi kerajaan,swasta,sekolah, tentera dan lain-lain adalah paling ramai diterima.Alhamdulillah.





Persembahan nasyid dan penutupan hari Maulidur Rasul 2011.

Tuesday, February 8, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat mereka yang singgah membaca di blog ini.Terima kasih diatas kesudian kalian singgah di teratak hamba ini.Hampir sebulan rasanya saya tidak mencoret sebarang cerita. Betapa sejak suami mula kembali ke tempat kerja,saya juga kembali sibuk dengan rutin harian dan bertambah sibuk bila Akmal mula memasuki alam persekolahan Tadika.

Esok 9 februari ulangtahun kelahiran saya yang ke 36...Syukur Alhamdulillah,masih dipanjangkan usia dan diberikan peluang lagi untuk mengisi ruang-ruang kosong pada diri ini.
Saya akui,semakin meningkatnya usia bermakna kematian semakin menghampiri walaupun kita semua tidak tahu bila,di mana dan bagaimanakah bentuk kematian kita.Kita semua akan pulang kepadaNya.Jadi usia yang ada pada kita ,kita sama-sama manfaatkannya buat bekalan bertemu Dia.

Sepanjang 36 tahun bernafas di muka bumi ini, entah sudah berapa banyak catitan ratid dan Atid tentang diri saya ini...risau jika lebih banyak keburukan dari kebaikan...risau memikirkan dosa-dosa lalu saya yang leka dengan dunia...Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya selama ini...dan semoga saya terus istiqamah dalam hijrah menuju Ilahi.