Sunday, January 9, 2011

Hari Pertama Akmal Ke Sekolah

Assalamualaikum dan selamat berehat di hujung minggu.

Baru hari ini saya berkesempatan bercerita tentang Akmal yang pertama kali di hantar ke sekolah Tadika Sri Mawar.Hari pertama yang amat mencabar...Sana sini dengan suara tangisan kanak-kanak yang enggan ditinggalkan ibubapa tapi yang peliknya, yang paling ramai menangis ialah budak lelaki..hehe..Akmal pun tak ketinggalan, terpaksalah saya dan suami menunggunya buat seketika.


Akmal sempat posing dulu depan pejabat sekolah...

Melangkah lemah menuju ke kelas, ayahanda dah sampai depan pintu kelas dulu..

Terpaksa memujuk nak masuk kelas.

Leka seketika dengan mainan, sambil mata asyik menjeling saya dan ayahandanya..

Mama ada kat sebelah..ok lagi..

Ramai gak parents kena tunggu sampai anak-anak selesa dan dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru..tapi ambil masa gak.


Akhirnya....Akmal menangis sedih di tinggalkan...Kesian..tapi menurut guru kelas, Akmal menangis sekejap sahaja...lepas tu dia akan mula beramah mesra dengan rakan-rakan sekelas.