Saturday, December 31, 2011

Perkongsian : Perbualan Kami...

Semalam,sebelum tidur saya mengambil ipad dan membaca di wall kumpulan usrah saya di dalam facebook.Ianya adalah perkara yang boleh saya katakan hampir setiap malam saya lakukan sebelum tidur kerana ingin mengetahui perkongsian ilmu dari sahabat usrah yang lain.Alhamdulillah,sentiasa ada...dan amat menarik perhatian saya. Saya mula memberi komen tp komen yang lebih kepada soalan-soalan...ianya persoalan yang saya rasa bukan setakat saya seorang yang memikirkannya,tapi mereka yang ada di luar sana.Bimbang jika jawapan tidak dicari,maka kita akan sama-sama tenggelam dalam prasangka sendiri.
So di sini, saya ingin sekali berkongsi soal jawab kami di dalam mukabuku semalam...semoga kita sama-sama membuka mata dan minda.


SAYA: Assalamualaikum Nur ..Dyg nak tanya...tp sblm tu,dyg mohon maaf jika apa yg dyg kata nanti bakal mguris perasaan sesiapa...bukan itu niat dyg...semoga kita sama2 berlapang dada membincangkan soal ini. Ini tentang Al-Arqam...dyg agak samar2 dgn status kumpulan ini lantaran pihak kerajaan/ media mgambarkan yg buruk ttg kumpulan ini...rasanya dr dyg kecik dyg dah biasa dgr ttg Al-Arqam ini. dyg percaya kenapa badan2 dakwah sukar diterima, semuanya bpunca dr media yg myebarkan kpd rakyat...jika ain ada info atau maklumat,sudi2lah kongsi dgn Dyg...

AIN: Wa'alaikumussalam Dyg..insyaAllah Ain tiada masalah..bkenaan arqam tu Ain sendiri kurang arif tentangnya..skadar mana ain tahu, Arqam mula diharamkn di M'sia ni kononnya ada ajaran sesat disampaikn, misalnya ada ahli terlibat melakukn poligami lebih dr 4 dsbgnya..Wallahu a'alam...memang ain tak tahu ksahihan berita tu..selain tu kumpulan Arqam ni mula popular dan sudah mula mempunyai pengaruh kuat dan mempunyai cabang2 kemudahan utk orang ISlam dari segi makanan,pakaian malah ksihatan...mungkinkah dsebabkn semua ini mereka dharamkn kerana bimbang akan mempengaruhi kerajaan yg memerintah? Wallahu a'alam..ain sendiri tak pasti...banyak desas desus baik dan buruknya...dan sperkara lagi mereka yg tlibat dalam Arqam, kaum muslimah diwajibkn bniqab/bpurdah..so mentaliti masyarakat kbykkn memandang negatif...malah jika ada anak2 dr arqam ni yg bmasalah atau si suami yg tidak menunaikn tanggungjawab keluarrga...makin kuatlah persepsi buruk masyarakat terhadap mereka...sedangkn masalah gejala sosial dan masalah rumah tangga ni pun berlaku dalam masyarakat kita..bezanya mereka tidak terlibat dgn Arqam, so kurang dianggap penting atau masalah besar...
begitu juga yg berlaku jika ada yg terlibat dalam jemaah tabligh...andai ada diantara mereka yg yg berbuat sesuatu kesalahan...maka perkara itu akan dihebahkn 2x ganda buruknya...memang terjadi ada diantara ahli yg terlalu taksub pada jemaah hingga mengabaikn keluarga....ada juga keluarga jemaah yg terlibat dalam gejala sosial...namun itulah dia...dalam masyarakat kita sendiri spt ain kata tadi, ada juga keluarga yg bmasalah namun tidak dhebohkn shebat mana...ikut musim spt akademi fantasia tu...misalnya kes buang bayi...ada musimnya...sedangkn kebaikkn para jemaah ni kurang diberi perhatian....
ain beri contoh surau di taman ain sendiri..sblm ni memang sukar nak dengar azan dikumandangkn setiap waktu...namun semenjak ada jemaah yg keluar dan tinggal di situ pada tempoh tertentu, barulah dpt dengar azan setiap waktu, Alhamdulillah...ain juga agak rapat dgn beberapa isteri para jemaah(masturat)...subhanAllah...anak-anak mereka masih dsekolahkn di sekolah biasa dan sudah berada di universiti...ada yg bgelar Hafiz/Hafizah...tidak kurang juga bergelar usahawan kecil yg bjaya....jemaah yg terlibat pula tdiri drp golongan professional juga spt Dr.,pensyarah,ustaz,usahawan dsbgnya...dulu ain selalu dengar perkara negatif tentang jemaah yg mengatakn keluarga jemaah terabai, anak2 tidak mdpt pendidikn..rupanya kenyataan itu meleset sama sekali...;)

SAYA: apa pulak pendapat Ain tentang sesetengah jemaah yg tidak memberi pelajaran formal kpd anak2, sebaliknya mhantar anak2 mrk belajar agama di pondok sahaja...emmm..byk pkara dyg nak tahu sbnrnya..

AIN: kbykkn berpendapat tiada masa depan mereka yg keluar dr sekolah pondok...secara peribadi , mereka yg menuntut ilmu Allah ini ada rezeki yg Allah SWT sediakn...bgantung juga di mana sekolah pondok yg ibu bapa ini hantarkn dan bagaimana ibu bapa bkenaan memantau perkembangan anak-anak ini...kbetulan baru-baru ni ain ada juga btanyakn hal yg sama pada masturat..katanya memang tiada mata pelajaran sains,geogafi,kimia dsbgnya di kbykkn sekolah pondok..namun setelah anak2 ini tamat pembelajaran dlm usia 17-19 thn, anak-anak ini akan mengambil inisiatif menduduki Sijil Pelajaran Terbuka...mereka tpaksa mengambil kelas tambahan utk subjek tertentu yg drasakan agak berat misalnya Matematik Tambahan dan yg lain akan dibuat ulang kaji sendiri d rumah...Alhamdulillah mereka masih mdpt kputusan yg cemerlang dlm Sijil Pelajaran Terbuka ini.....yg penting di sini ibu bapa kena pantau selalu dan ambil tahu tentang pelajaran anak2 walaupun dihantar ke sekolah pondok....tak silap ain ada sekolah pondok moden yg sediakn mata pelajaran spt di sek biasa...ain tak ingat d mana, tapi memang dah wujud...
buat makluman dyg, jemaah ain kenali ni ramai juga yg hantar anak2 mereka ke sekolah formal...namun didikn agama d rumah amat dtitikberatkn...walaupun dlm keluarga ada abg,adik lelaki/perempuan..pergaulan dan cara bpakaian mereka amat djaga...terus terang ain kagum dgn adab sopan anak-anak ini yg amat mghormati ibu bapa...moga2 ramai lagi keluarga Islam walaupun bukan dr jemaah turut ambil berat soal didikan agama dari rumah...aamiin...:)

SAYA: penjelasan yg cukup baik...maaf dyg byk tanya...apa pulak pendapat Ain ttg pakaian org yg tabligh ini terutama lelaki...biasanya kalau kita lihat org tabligh ni akan berjubah, simpan janggut yg pjg dan ada yg selekeh.. bagaimana dakwah dpt bkembang dgn org yg menyampaikannya spt ini...sedangkan Islam itu sendiri menitik berat ttg kebersihan...maaf ya Ain..

Selepas bertanya soalan ini,hati saya mula diburu rasa bersalah,bimbang jika ada yang terasa kerana saya dan Ain bersoal jawab di wall yang mana sahabat lain boleh membaca perbualan kami.Namun saya fikirkan lagi, ini adalah satu kenyataan...even tak semua begitu tetapi jumlah mereka yang sedikit itu ada dalam masyarakat kita. Terasa lama menunggu jawapannya...mungkinkah sahabat saya ini tertidur juga di sana atau sedang sedaya upaya menyusun kata...akhirnya saya tertidur...dan pagi itu,Alhamdulillah ada jawapannya...rupanya semasa saya sudah tidur,beliau sudah pun menyediakan jawapannya pada saya...Subhanallah..

AIN: hehehe...insyaAllah ain cuba jawab selagi termampu ye...soal bjubah,bjangggut panjang...sama juga masturat kebanyakkn berjubah hitam,berpurdah....semua itu menjadi pertanyaan dan persoalan juga dlm masyarakat..ain sendiri tkena tempiasnya walaupun ain bpurdah/bniqab tiada kaitan dgn jemaah....baiklh ain cuba jawab...dlm jemaah kami diajar,dididik untuk mengikut sunnah Rasullullah SAW tidak kira dr segi penampilan mahupun keperibadian...untuk yg muslimat digalakkn mengikut keperibadian isteri-isteri zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.....ada juga masturat yg ain kenal ini yg tidak bniqab...kenapa mereka ditekankn soal sunnah? kerana dengan mendekati sunnah Rasulullah SAW dpt mendekatkn diri mereka kpd Allah SWT....walaupun sunnah itu diamalkn oleh Rasulullah SAW, bukankah sunnah itu di ilhamkn Allah SWT kpd Nabi Muhammad SAW....spt firman ini...:
Di dalam Al-Quran ada dinyatakan:

"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah SWT, ikutilah aku, nescaya Allah Mengasihi dan Mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Katakanlah, "Taatilah Allah dan RasulNYA, jika kamu berpaling, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
(Surah Ali Imran ayat 31 & 32)


Maka, apa saja yang disukai oleh Rasulullah SAW, maka itu adalah kesukaan Allah SWT.Apa saja amalan Sunnah Rasulullah SAW, itulah amalan yang paling Allah SWT sukai.


Sebagaimana disebutkan Hadits dalam Kitab Al Muwatha’ lil Imam Malik r.a


عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ


Dari Imam Malik r.a, datang kepada beliau tentang apa yang sampai kepada beliau bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Aku tinggalkan/wasiatkan sesuatu kepada kalian dua perkara dan untuk kamu semua memegang teguh keduanya yang mana kalian semua tidak akan tersesat yaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Nabinya" (hadits).


itu secara ringkas kenapa kbykkn penampilan para jemaah sedemikian...tentang bab nampak selekeh dan kotor tu...ain akui memang berlaku Dyg...pernah telinga ain disajikn dgn kata-kata 'jemaah ni semuanya pengotor'....ain cerita bdasarkn pengalaman dan apa ain peerhatikn selama ini....mulanya ain rasa geram...hihhi...tapi sperrkara ain belajar dalam jemaah sepanjang ain hadiri kuliah mingguan dan buku2 hadith bacaan harian....penampilan luaran yg kotor itu bukan gambaran 100% sifat seseorang itu...boleh jadi keadaannya yg selekeh itu hanyalah sbhg kecil kburukkn yg ada...namun jika dlihat dr byk segi, banyak sudut positifnya jika kita kenali mereka dgn lebih dekat...pernah satu keluarga ni dkutuk sbb keadaan rumah yg kotor...namun ain cuba maklumkn dr segi lain,mungkin luaran mereka kelihatan amat pengotor, namun boleh jadi amalan mereka lebih baik drp kita yg pembersih ini....boleh jadi dalaman mereka lebih suci lagi drp kita...ain nyatakn jika mereka pengotor anggaplh itu suatu tauladan agar kita tidak ikuti...adakala apa yg kita nampak itu btujuan mdidik ...spt kata Dyg, Islam mementingkn kbersihan...maka kita terapkn nilai keISlaman dgn menitikberatkn soal kbersihan dlm keluarga kita......pendek kata, apa sj perkara neg yg kita nampak, kita jadikn iktibar....agar diri kita djauhkn drp sifat tidak elok,misalnya pengotor...:D

SAYA: Alhamdulillah....masih sudi juga Nur Ain'z menjawab dyg...sampai tertido dyg tunggu jawapannya...mesti tinggi tahap kesabaran ain ni nak bg jawapan kat org yg jahil mcm dyg ni...tp inilah persoalan2 yg selalu bmain di minda..dyg tak penah suarakan pd sesiapa...smlm tgerak hati nak btanya, and Alhamdulillah inilah jawapan yg dyg cari2 selama ini..sesetengah apa yg Ain kata itu sudah memberi jawapan kpd soalan2 dyg seterusnya...cthnya soal pengotor yg Ain sebut tu...betullah spt apa yg Ain kata,...adakala apa yang kita nampak itu bertujuan mendidik. Sbnrnya jemaah tabligh or whatever kumpulan dakwah ni bukanlah asing juga pd dyg. Ada juga saudara dyg di Sarawak yg terlibat dgn tabligh and he ok. takde masalah pun...malahan sejak bkahwin dgn suami dyg 10 thn lalu, 3 org drpd ipar dyg ada jemaah mereka sendiri..dan mereka juga niqabis..mula2 lepas kahwin dulu,dyg risau sikit sbb penampilan dyg jauh berbeza...masa tu baru nak pakai tudung tp pakaian masa tu masih lagi jeans and tshirt...dyg risau sgt penerimaan mrk pd dyg...tp sangkaan itu meleset sama sekali...dari mula pkenalan sampai skrg mrk sangat baik pd dyg, mrk tak pernah perli atau myakiti hati dyg...sbb itulah keindahan Islam yg sebenar. Anyway, terima kasih Ain, sanggup memberi penerangan yg cukup bmakna buat Dyg.

-Tamat-

Kita cuma berkenalan dalam mukabuku...bertegur sapa,usik mengusik dan berkongsi ilmu. Kita tidak pernah bersua muka. Semoga kita berjumpa di syurga milik Dia.Amin.
Terima kasih sahabatku.



















Friday, December 30, 2011

Tengahari di Pusat Rekreasi Air Taman Wetland Putrajaya

Selesai mengambil Akmal dari kelas orientasinya, anak-anak menyuarakan ingin melawat ke Taman Wetland. Sebenarnya ada banyak taman di dalam Putrajaya ini,cuma saya tidak pernah membawa mereka ke sana.Hanya Asma seorang yang pernah melawat Taman Botani,itupun dengan rombongan sekolah.Akhirnya setelah dipujuk rayu mereka, saya pun membawa mereka ke sana. Kebetulan pulak masih banyak masa, kalau balik ke apartmen tentu tak tahu nak buat apa...
Rupanya di situ ada pusat rekreasi air...sekali lagi anak-anak memujuk mama untuk menaiki bot. Ok lah sayang...Gembiranya mereka bila dipakaikan life jacket.
Kesayangan mama..









Permintaan seterusnya dari mereka....ingin melawat ke taman-taman lain terpaksa saya tolak kerana panas matahari semakin tegak di atas kepala...sebab ketika itu tepat jam 12 tengahari..next time ok..

Wednesday, December 28, 2011

Berhati-hati...

Hari ini saya menerima panggilan telefon dari mereka yang mengaku menguruskan soal berkaitan insuran..kebetulan jam 10 pagi tadi saya sibuk sedikit bersama anak-anak,jadi saya meminta dia menelefon saya lagi petang nanti. Kalau ikutkan saya memang malas hendak mendengar sebarangan tawaran terutama yang berkaitan dengan insuran ini... So petang ini, dia pun call lagi...seperti biasa menerangkan polisi mereka..memang agak menarik kerana selain life insuran ia turut memberi perlindungan kepada mereka yang kena samun atau kena rompak walau di mana saja berada tidak kira di dalam negara atau diluar negara...hanya RM33 sebulan.. 


 Dia meminta detail alamat agar dapat mengirim polisi selanjutnya pada saya...Saya pulak memberi alamat dengan harapan dapat membaca dan memahami dengan lebih lanjut tawaran yang pihak ini ingin tawarkan pada saya.Namun apabila dia mula meminta detail kredit kad, saya mula berasa curiga. Untuk menyakinkan saya, dia mula memberi seribu satu macam penjelasan malah sanggup memberi namanya (nama benar atau tidak hanya Allah SWT yang tahu) dan meminta saya call balik ke nombor tol free jika ingin menyiasat terlebih dahulu. Enggan berbual lebih lama , akhirnya saya memberitahu saudara ini, takpelah encik..Assalamualaikum. 


 Kita sering mendengar kes-kes penipuan kredit kad..jangan semudahnya menyerahkan detail tentang kredit kad kita kepada orang lebih-lebih lagi melalui telefon. Ada sesetengahnya akan menggunakan nama pihak bank tetapi ketahuilah, pihak bank tidak akan sesekali berurusan melalui telefon jika ia melibatkan kredit kad anda. Pengalaman begini akan membuat saya lebih berhati-hati...Samada dia benar atau tidak, itu bukan soalnya...mungkin bagi saudara ini saya kelihatan bodoh kerana menolak tawaran istimewa begini..biarlah saya bodoh sekarang daripada diperbodohkan di kemudian hari...Cukuplah Allah SWT bagi saya...kerana DIA sebaik- baik tempat memohon perlindungan. 


 - Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 22, 2011

Tahniah Amier Aizat....


Syukur Alhamdulillah...itulah yang termampu saya katakan sebaik saja mendengar perkkhabaran gembira dari Sarawak...Panggilan telefon dari kakak sulung memberitahu anakandanya Amier Aizat berjaya memperolehi 8A dalam ke semua matapelajaran...baru saya teringat hari ini keputusan PMR diumumkan di seluruh Malaysia.Terdengar sendu tangisan kakak di hujung talian..tangisan gembira seorang ibu...Saya turut gembira dengan berita ini.So proud of you Amier...
Semoga kejayaan ini akan sentiasa berterusan sepanjang hayat...berjaya di dunia dan akhirat.Amin.

Wednesday, December 21, 2011

Tetamu Kami


Assalamualaikum dan selamat petang.
Agak lama saya tidak mencoret di sini. Hampir tiga minggu rasanya.
Untuk seketika saya agak sibuk melayani hari-hari bersama abang dan anak-anaknya yang datang dari Sarawak.Malah adik saya yang di Johor juga datang melawat saya di sini.Alhamdulillah dapat bersua muka dengan adik beradik walaupun tak semua dapat berkumpul bersama.Setelah tiga minggu abang dan anak-anaknya "berambih" dengan saya di sini akhirnya petang kelmarin mereka kembali ke Sibu,Sarawak.
Alya dan Asma tidak dapat bersama menghantar mereka ke LCCT.Pasti terkilan rasa di hati mereka..tapi apakan daya kerana Kem Tahfiz lebih utama buat masa ini.
Anak abang yang bungsu merupakan kembar seiras begitu rapat dengan Alya dan Asma.Agak sukar bagi saya hendak membezakan mereka..saya sering memanggil nama mereka sekaligus untuk mengelak salah orang.Entry saya hari ini more to gambar-gambar kenangan sepanjang mereka di sini.

Sekitar Putrajaya.

Alya dan Asma baru balik dari Kem Tahfiz.
Kem Tahfiz dan intensif Al-Quran ini di adakan dari 5hb Disember sehingga 23hb Dis anjuran Kafa Putra dan Surau Al Muhajirin.Ianya bermula seawal 8 pagi hingga 5 petang.


Bermacam gaya...


Asma,Adib,Alya,Lala dan Akmal.


Alya dan Asma di hadapan masjid Putra


Adib dan lala




Sekitar Pullman Putrajaya Lakeside

























Jalan-jalan Kuala Lumpur






























Malam...di I-City yang happening..



pokok-pokok bercahaya..



Dalam snow walk










Sate Kajang




Panjang umur kita jumpa dan berkumpul lagi..InsyaAllah..