Monday, December 13, 2010

Day 3...Beijing Dalam Kenangan

Assalamualaikum especially to my dear hubby yang jauh di rantau orang yang sentiasa mengikuti episod demi episod trip to beijing ni hehe..


Depan Sariz International Hotel, ambik gambar dengan anak-anak dulu sementara menunggu kawan-kawan yang lain masuk dalam bas. Pagi ni kami orang nak pergi melawat ke Silk factory.Teruja juga hati ni hendak melihat kain sutera China. Satu masa dahulu,pakaian Maharaja dan Maharani China juga diperbuat daripada kain sutera.

Tekun mendengar penerangan bagaimana ulat-ulat sutera ini menghasilkan sutera.

kepompong putih dari ulat sutera dibuka dan dimasukan ke dalam acuan yang berbentuk U terbalik.Proses ini dilakukan berulangkali sehingga mencapai ketebalan yang dikehendaki.

Para pekerja menarik kepingan benang itu dan dibentangkan pada papan khas.Nampak mudah saja ....

Tapi bila sampai giliran kami mencubanya, rupanya tidak semudah itu kerana kesilapan menarik dengan kuat boleh mengoyakan benang itu.

Seperti biasa...sebut harga kain sutera pada pasaran semasa....


Alangkah selesanya kalau dapat tidur di atas sutera yang lembut ini...tapi harga set dari cadar, sarung bantal hingga ke selimut mencecah ribuan ringgit.


Masa untuk shopping, mama dikawal ketat oleh tiga bodyguard...takut over budget !


Sempat posing dulu sebelum ke destinasi yang seterusnya.

Subhanallah...indah sekali..Inilah Imperial Garden Summer Palace.

Kawasan ini sungguh luas, saya dan anak-anak tidak dapat berjalan mengelilingi seluruh tempat ini.







Melihat tasik Kunming yang mula ditutupi ais...



Ais mula menutupi permukaan atas air tasik ini.






Bodyguard saya berjalan menuju ke pearl center...


Depan bangunan Fresh Water Pearl Center.


Dalam tiram ni ada belasan biji mutiara. Photo mutiara dalam tiram tak dapat di ambil dengan baik...Mutiara ni selain dibuat rantai, gelang atau apa jua perhiasan wanita,ia juga diproses menjadi kosmetik.

Selesai makan tengahari, kami dibawa ke masjid Niujie.Ianya dibina pada tahun 996 dan terletak di jalan Niu,Daerah Xuanwu dalam bandar Beijing.





Dalam ruang solat untuk wanita.



Kompleks bangunan dibentuk dari bangunan tradisional China menggunakan hiasan gaya arab.

Petang itu buat pertama kalinya sejak dari hari pertama sampai, kami berpeluang membeli belah di Ya xiu market dan Russian market.Shopping di sana agak mencabar sedikit, di samping kita kena ada kebolehan tawar menawar, kami juga berdepan dengan peniaga yang agak aggresif menjual barang mereka. Harga barang-barang dijual dengan tinggi kepada pelancong. Kami dinasihatkan Ali agar menawar harga barang itu kepada setengah harga.


Di hadapan Russian mmarket.


Bandar Beijing dihias dengan indah untuk menyambut hari krismas yang bakal tiba.

Day 2....Beijing Dalam Kenangan

Pagi yang cerah walaupun suhu di luar semakin sejuk...Alhamdulillah setelah sarapan pagi di restoren hotel Sariz, kami meneruskan perjalanan ke Jade center.Kami di ajar bagaimana membezakan jade yang asli dan bukan asli.Ternyata ianya amat berbeza. Dan di akhir penerangan, acara membeli belah jade pun bermula terutama kepada kaum wanita.
Selepas itu kami dibawa kepada Crystal shop dan menurut kepercayaan mereka warna-warna kristal ini turut mempengaruhi gaya kehidupan manusia.


Di hadapan Jade Center.

Ukiran burung yang diperbuat daripada jade.

Alya tersenyum riang memeluk pahlawan cina di zaman silam.


Bersama ahli kumpulan Beijing Discovery.




Rangkaian perhiasan yang diperbuat daripada kristal.



Selesai acara shopping di jade center dan kristal shop kami dibawa ke restoren muslim yang berdekatan untuk makan tengahari. Restoren itu juga menyediakan dua bilik yang luas untuk lelaki dan wanita islam menunaikan solat.Bahkan tempat wudhu juga disediakan berasingan. Alhamdulillah, urusan solat kami dimudahkan.


Menu makan tengahari kami pada hari itu.

Setelah selesai semuanya, acara yang ditunggu-tunggu pun bermula...perjalanan ke Great wall China.Antara 7 keajaiban dunia...


Subhanallah,memang sungguh indah pemandangan di sini.
Tembok besar China ini dibina sebagai kubu pertahanan tentera dan melindungi negara china daripada serangan tentera monggolia dan Manchuria pada ketika itu.


Ianya dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya.

Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.






Akhirnya, tercapai jua impian saya untuk menjejakkan kaki di sini.
Kami cuma mampu mendaki hingga ke menara yang pertama. Masa ni ramainya jumpa pelawat dari Malaysia. Kami saling berbalas senyuman.




Penjual yang terdiri daripada orang-orang kampung yang tinggal berdekatan dengan tembok besar ini.Barang-barang yang dijual adalah cenderahati yang boleh di bawa pulang nanti.



Bergambar kenang-kenangan...

Kami berangkat pulang ke bandar Beijing bila hari beransur senja.Sebelum itu singgah di Burning cream center. Tiada apa yang dapat saya ceritakan di sini kerana ketika yang lain turun dari bas, saya dan anak-anak sedang lena dalam kepenatan.



Malam itu kami singgah makan malam di local muslim restaurant. Menu malam ini steamboat...


Ada sedikit berbeza dari steamboat di malaysia kerana kuah supnya adalah air biasa tanpa apa-apa perisa. Mujurlah Felicia ada membawa bekalan perencah ayam stok Knorr dari Malaysia. Menghirup sup panas dalam keadaan cuaca yang sejuk sungguh menyegarkan sekali.

To be continue....