Saturday, December 4, 2010

Persiapan Ke Beijing.

Assalamualaikum,

Pergi bercuti kali ini rasanya tidak lengkap kerana suami tiada bersama disebabkan pada tarikh yang sama dia pulak kena pergi bekerja. Saya membawa tiga orang anak-anak kami bersama pembantu rumah saya Fitri. Pakej pelancongan kali ini menggunakan khidmat reliance travel di mana semua urusan flight tiket, hotel,makan minum dan jadual lawatan di uruskan oleh mereka. Malam esok kami akan berangkat dari bandar Miri menggunakan penerbangan air asia pada jam 7 malam ke Kuala Lumpur dan kemudian dari KLIA ,kumpulan kami akan berlepas ke Beijing pada jam 12.20 malam.


Beg pakaian kami penuh dengan jaket tebal kerana ketika ini suhu di Beijing sudah jatuh ke paras -4'c. Saya sudah menyediakan ubat-ubatan yang secukupnya terutama ubat demam dan selsema untuk anak-anak. Semoga percutian kami ini berjalan lancar dan dimudahkan olehNya segala urusan kali ini.