Saturday, October 30, 2010

Jumpa Doktor




Program anak-anak di sekolah terpaksa saya batalkan pagi ini lantaran bimbang akan kesihatan kedua puteriku.
Pagi ini saya dan suami membawa Alya dan Asma berjumpa doktor pakar orthopaedik di Miri City Medical Center.
Sebelum ini mereka kerap mengadu sakit lutut dan kaki terutama sekali ketika waktu hendak tidur malam.

Rupanya menurut doktor, perkara itu adalah normal bagi kanak-kanak yang hendak membesar di mana pada waktu malam tulang mereka akan tumbuh dan sesetengah budak akan merasa sakit dengan pembesaran ini. Lutut Alya yang nampak bengkak pulak bukanlah disebabkan mana-mana jangkitan kuman tetapi normal bagi kaki seorang budak yang kurus sepertinya. Nampaknya Alya kena makan banyak lagi lepas ni.

Lega rasanya mendengan perjelasan dari doktor. Namun doktor tetap memberi ubat tahan sakit just in case anak-anak saya masih mengadu sakit.
Akmal pulak berjumpa dengan pakar kanak-kanak kerana demam selsema. Dengan keadaan cuaca di bandar Miri pada ketika ini, memang ramai kanak-kanak yang alah dan jatuh sakit. Orang dewasa pun ramai yang selsema masa ni termasuk cik abang saya sendiri.

Apa pun saya mendoakan semoga kesemua kesayangan saya ini sentiasa sihat sejahtera hendaknya.

Makan Malam Bersama.....

Assalamualaikum,

Indahnya satu ukhuwah...bila anak-anak berkawan baik dengan anak jiran secara tidak langsung ibubapa pun saling mengenali lalu turut menjadi kawan.

Kenangan Makan malam kami bersama di restoren yang baru saja beroperasi selepas raya ni.

Menunggu hidangan...restoren ini berkonsepkan gabungan makanan asia dan barat.

Sirloin steak.

Anis cukup berselera malam tu...

Riangnya mereka dapat makan bersama dan sungguh berselera sekali.

Malam tu kami dapat 3 gelas ice cream complimentary...Alhamdulillah.

Mereka yang ceria...



Makan malam bersama di Rosita Cafe, Hotel Dynasty.

Malam tu pulak ada dinner ala buffet dan saya sempat menangkap beberapa shot photo hidangan makanan malam tu.

Appertizer.Ada pelbagai jenis...Hidangan buffet di hotel ini memang tidak pernah mengecewakan pelanggan.













Kenyang perut suka hati....masing dengan gaya tersendiri..


Nak balik dah...tangkap gambar kenangan sebelum balik.