Friday, October 15, 2010

Aurat: Suami Dan Bapa Dayus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di pagi Jumaat yang mulia ini.

Pagi ini saya ingin berkongsi satu artikel yang dimiliki oleh seorang rakan blogger dari blog keluargaku sayang.Artikel ini amat menarik perhatian saya dan saya mengakui kebenaran peranan suami atau bapa dalam menjaga aurat ahli keluarga ini.Semoga artikel ini bukan setakat santapan bacaan seharian semata-mata tetapi megajak kita lebih berfikir dan bermuhasabah diri.Tanamkan sentiasa rasa dalam diri iaitu I'm not a good Muslim' tetapi kita berusaha untuk memperbaiki diri dari hari ke hari...Allah tahu usaha dan niat kita.InsyaAllah dipermudahkan segalanya.



Bismillah.

Kata seorang kenalan, salah satu faktor kenapa masih terlalu ramai perempuan Islam hari ini tidak menutup dan menjaga aurat mereka dengan sempurna ialah kerana DAYUSnya SEBAHAGIAN kaum lelaki. Walaupun kita ni penat jari menaip, menulis pelbagai tajuk yang hakikatnya nak cerita pasal WAJIB tutup aurat dengan sempurna, kesannya tidaklah begitu besar. Orang lelaki tak mainkan peranan sangat! Itu kata dia ya.

Yang boleh berceramah, bersyarah mengenai cara nak tutup aurat dengan sempurna. Bila berceramah pasal fesyen pakaian Islam, yang menurut garis panduan yang digaris oleh al-Qur'an dan al-Hadis, lengkap dengan demo dan pertunjukan fesyen lagi. Memang ramai wanita mendengarnya tapi untuk berkesan, mengambil masa juga. Mungkin ada yang membuat perubahan segera selepas hatinya benar-benar SEDAR, INSAF dan YAKIN. Maka esoknya dia mula mengenakan pakaian muslimah yang lengkap, auratnya terjaga rapi. Alhamdulillah.

Kata dia lagi, kaum wanita ni MEMANG suka nak selalu CANTIK. Kalau boleh nak selalu dipuji sama ada fizikalnya, penampilannya, perhiasannya, pakaiannya dan apa jua yang berada di badannya. Dan pujian yang paling wanita suka ialah dari SUAMI dan mungkin jika masih bujang, dari AYAH sendiri. Sayangnya, pujian menyebabkan mereka menjadi lagho dalam menjaga batas-batas berpakaian. Hasilnya kita lihat pelbagai variasi fesyen berpakaian di kalangan wanita Islam kita.

Misalnya:

1.Berbaju kurung mengikut potongan badan + Tudung kecik.

2.Berblaus + Seluar panjang ketat + Tudung singkat & jarang

3.Berjubah ikut potongan badan (kadang boleh lihat kesan seluar kecik kat belakang) + Tudung segera atas dada, pin plak kat belakang leher.

4.Berkebaya paras punggung, ikut potongan badan + Tudung selempang

5.Berhias dari hujung kepala hingga hujung kaki dan pergi ke merata-rata tempat.

Itu sekadar beberapa misalan. Kalau nak di'brainstorm' berpandukan pemerhatian dari sekeliling, rasanya ada banyak lagi. TAPI, kenapa dia kata sebahagian lelaki dayus?

Mungkin ini jawapannya:

• Ada ramai juga orang lelaki yang banyak ilmu agama tapi bab nak menegur pakaian isteri dan anak sendiri ni SANGATlah berat lidah. Kakchik ucapkan TAHNIAH kepada yang menjadi penasihat fesyen kepada ahli keluarga yang perempuan. Bila pakaian mereka melanggar syariat, segera dinasihati dan ditunjukkan alternatifnya.

• Suami berketayap, kadang berserban, berjanggut, imej seorang yang warak dan alim TAPI sayang isteri di sebelah tudungnya kecil, kadang nampak melekat di bahagian dadanya. Hmm, takkan tak perasan yang tudung-tudung itu telah menyebabkan aurat isteri atau anak-anak perempuan kalian terbuka? Tegurlah sebelum mereka keluar rumah.

• Malas nak ambil kisah. Alah... asalkan dia pakai tudung, cukuplah. Jangan begitu... nanti SAHAM DOSA adalah berat dipikul kalian. TUTUP AURAT ni bukan setakat pakai tudung saja. Belajarlah lebih sedikit agar ahli keluarga kita terhindar dari API NERAKA.

• Sebagai KETUA KELUARGA, kalian bertanggungjawab ke atas ILMU AGAMA isteri dan anak-anak kalian. Kehidupan kita ni biarlah dengan agama. Hujung jatuh (MATI) kita nanti kita tidak tahu akan masuk Syurga atau Neraka (nauzubillah) tapi kakchik PASTI kita semua nak masuk SYURGA. Kalau Allah dah kata cara hidup Islam itu yang terbaik, maka MARILAH kita buat YANG TERBAIK.

• Jangan berlepas tangan dalam urusan agama isteri dan anak-anak. Bab menjaga AURAT ni mainkanlah PERANAN kalian sebagai ketua keluarga. Kakchik yakin kata-kata seorang suami atau ayah jika tegas dan ikhlas, insyaallah walau terasa dipaksa sekalipun akan dipatuhi oleh mereka. Lama-lama akan jadi biasalah.

Sebagai LELAKI, belajar tentang menjaga aurat ni sangat penting. BERDOSA jika tak didik isteri dan anak tentang konsep dan cara menjaga aurat. Kalau dulu kita jahil, belajarlah. Malu nak menadah telinga di masjid, mulakan dengan internet. Video kuliah agama kan banyak. Tonton, fahami, hayati dan amal. Buku pun berlambak sekarang ni. Kalau suratkhabar bahagian hiburan, sukan dan saham kita boleh khatam, takkan buku nipis pasal nak jaga aurat kita tak boleh beli dan baca?

SYUKURLAH dan sentiasalah kita sama-sama beringat bahawa ISLAM ITU MUDAH, yang memayahkan ialah diri kita sendiri yang lebih suka utamakan nafsu. Kakchik percaya, kalau para suami memainkan peranan yang penting ini, insyaallah para muslimah akan lebih berhati-hati dalam memakaikan pakaian ke badan mereka bila di khalayak ramai.
Tamat.

Saya memohon maaf seandainya entri di atas menyentuh sensitiviti kalian.Semoga ianya akan menjadi peringatan kepada diri saya dan ahli keluarga, rakan-rakan dan mereka yang lain.


Bersama Mencari Redha Ilahi....