Saturday, August 14, 2010

Selamat Hari Jadi Puteriku....

Salam Ramadhan kareem dan selamat berpuasa...

Hari sabtu 14 ogos 2010 yang lalu saya dan suami telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih beramai-ramai bersempena dengan ulangtahun ke 8 kelahiran puteri sulung kami Alya Batrisyia.
Selain daripada jiran dan kawan-kawan sekerja,majlis turut dihadiri oleh putera puteri comel dari Rumah Amal Anak Kesayangan Kami beserta dengan penjaga mereka.Terima kasih tak terhingga kepada mereka semua memenuhi undangan kami sekeluarga dan memeriahkan lagi majlis ini.

Photo-photo kenangan berbuka puasa dan solat tarawih bersama.


Jamuan ringan dengan kurma,bubur pedas dan kuih muih untuk berbuka puasa.



Selesai menunaikan solat maghrib

Puteri sulung kami membacakan teks ucapan mengalu-alukan kehadiran teman-teman dan ucapan disudahi dengan bacaan doa yang berbunyi:
Bismillaahir –rahmaanir-Rahim.
Ya Allah,jinakkanlah antara hati kami dan perbaikilah hubungan antara kami,tunjukilah kami ke jalan keselamatan.Selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya yang terang.Jauhkan kami dari segala kejahatan yang nampak dan yang tersembunyi.Berkatilah pendengaran kami,penglihatan kami,hati kami dan terimalah taubat kami,kerana sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.
Jadikan kami orang –orang yang mensyukuri nikmat yang telah kami makan dari Mu,yang memuji Mu kerananya,yang menerimanya.Sempurnakanlah nikmat itu keatas kami.
Amin.Ya Rabi Alamin.

Jamuan makanan berat.Kelihatan para putera dari Rumah Amal memilih lauk kegemaran masing-masing.

Makan bersama...





Menunaikan solat Tarawih beramai-ramai.





Bergambar kenangan sebelum berpisah.

Bersama penjaga Rumah Amal Putera.

Semoga di lain masa kita akan berjumpa lagi.Selamat meneruskan ibadah puasa di bulan yang mulia ini....semoga ibadah kita pada tahun ini lebih baik dari tahun- tahun sebelumnya.

Semoga kita semua dilimpahi dengan redha Ilahi...Amin.