Thursday, June 3, 2010

Lasagna Kegemaran Puteriku.

Jika ada kelapangan di hujung minggu,lasagna adalah antara masakan yang saya kerap buat,walaupun tak lah se'expert' mana, yang penting menjadi...Mula-mula buat dulu pernah juga tak menjadi...rasa hampa bila susah payah kita di dapur tak mendatangkan hasil.Tapi saya tidak berputus asa,cuba dan terus mencuba,akhirnya berjaya...Horee..


Mula-mula kena sediakan sos daging dulu di mana bahannya terdiri daripada lobak merah,bawang besar,bawang putih,daging cincang,tomato puri,tomato sliced (dalam tin ada...saya suka yang ada campur dengan buah zaitun)secubit nutmeg,lada sulah dan garam(kalau nak bubuh gula pun boleh juga,lagi sedap rasanya)Masak semua ni sampai lembut.


Lepas tu kena sediakan sos keju pulak...mudah saja menyediakannya.Cuma panaskan mentega dalam kuali,letak tepung sikit dan gaul rata.kemudian tambah susu dan gaul hingga pekat dan berkrim.kemudian tambah sedikit garam dan lada sulah, last sekali tambah mozarella cheese,kacau sehingga keju menjadi cair.


Inilah kulit lasagna...boleh didapati di mana-mana pasaraya(macam iklan pulak hehe)Cara membuatnya sediakan acuan yang sama besar dengan kepingan kulit lasagna.Sos daging diletak pada bahagian paling bawah,kemudian diikuti dengan sos keju dan diikuti dengan kulit lasagna.Ulang proses selang seli tersebut sehingga terdapat 4 keping kulit lasagna didalam acuan tersebut.Bahagian atas sekali hanyalah sos keju dan sos daging sahaja.Parut sedikit keju diatasnya.


Lasagna dah siap dan tunggu nak masuk oven.Guna kepanasan pada suhu 150'C selama 45 minit.


Lasagna selepas dibakar.Biarkan seketika sebelum mengeluarkannya dari acuan.Hati-hati tau..
panas tu..


Sekarang lasagna sudah sedia untuk dihidang...selamat menjamu selera dan selamat mencuba.Menjadi atau tidak, yang penting dapat dimakan hehehe...Semoga berjaya.