Thursday, April 8, 2010

Tanda Ibu Yang Berjaya




Betapa besarnya peranan ibu dan rumahtangga dalam membentuk zuriat yang bakal menghuni bumi Allah ini.Ibu yang berjaya bukan setakat mereka yang berjaya menyusukan anaknya sehingga genap dua tahun atau yang berjaya melahirkan bayi yang mendapat juara "bayi sihat" atau dapat menyediakan makan minum yang mencukupi...

Seorang ibu yang dianggap berjaya mendidik anaknya ialah apabila hasil didikannya melahirkan anak-anak yang;




  • Taat kepada Allah dan Rasul


  • Taat kepada kedua ibu dan bapa


  • Sanggup berbakti kepada Allah dan masyarakat.


  • Berakhlak mulia.


Bila peribadi ibu menjadi contoh kepada anak-anaknya, dan anak-anak kasih pada kedua ibubapanya,maka ibu inilah yang diberkati ALLAH. Dalam menjalani kehidupan sehari-harian, kita mampu (jika mahu) berusaha mendidik anak-anak kita.kerana generasi yang akan datang,ia bermula dari hari ini dan kita lah yang menjadi juru bentuk nya. Semoga kita yang bergelar IBU akan tergolong dalam golongan mereka yang diberkati ALLAH.



Renung-renungkanlah....

  • orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
  • orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  • orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.