Monday, December 13, 2010

Musim Sejuk Di Beijing.

Assalamualaikum buat ahli keluarga dan sahabat yang jauh di mata serta rakan-rakan di alam maya ini. Baru malam ini saya berkesempatan mencoret sedikit pengalaman lawatan ke Beijing,China pada minggu lepas. Pakej 5 hari 4 malam itu amat berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.Tour leader kami bernama Felicia dan orangnya amat ramah dan sentiasa membantu.
Penerbangan MAS dari KLIA tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi. Pemandu pelancong yang mewakili pihak Reliance telah sedia menanti kami. Seorang Chinese man bernama Lee tapi kami memanggilnya Ali kerana fasih berbahasa melayu Indonesia. Jadi ini lebih memudahkan kami untuk berkomunikasi dengannya.

Day 1.
Sampai saja di Beijing, kami terus dibawa melawat Tiananmen Square. Dataran ini teramatlah luasnya dan di sinilah sambutan Hari Kebangsaan diadakan. Cuaca cerah,sedikit berangin dan sangat sejuk.







Selepas itu kami dibawa melawat Forbidden City ataupun lebih dikenali dengan nama Kota Larangan.

















Masa untuk makan tengahari.Kami dibawa ke salah sebuah restoren chinese muslim di dalam bandar Beijing.Hidangan makanan mereka lebih kepada berasaskan sayur-sayuran. Nasinya agak melekit (Dari jenis nasi untuk buat sushi). hampir kesemua makanan digoreng dengan campuran sos-sos yang sedap.


Akmal yang kepenatan setelah puas berlari di Tiananmen square.Akmal nak tidurlah tu...


Duduk semeja dengan salah satu keluarga dari Subangjaya.
Selepas makan tengahari kami pun dibawa ke hotel untuk check in dan berehat.Kami ditempatkan di Sariz International Hotel yang bertaraf 5 bintang.Memang sungguh selesa.

waktu malam sangat cepat pada musim sejuk. Sekitar jam 4.30 suasana mula beransur gelap.Malam itu kami hanya dibawa menyaksikan China's Famous Acrobatic show. Selepas makan malam, kami pulang ke hotel untuk berehat atau menyimpan tenaga untuk mendaki The Great wall keesokan harinya.







Bersambung....

1 comment:

  1. anak yg paling kecik tu brapa tahun? nanti nak pg beujing bulan november bawa anak 2 tahun 4 bulan...takut pula cuaca

    ReplyDelete