Thursday, December 16, 2010

Good Bye Beijing...

Assalamualaikum,

Pagi ni kami check out dari hotel. Dalam bas Ali memberitahu kami,bahawa ramalan cuaca mengatakan hari itu akan kuat berangin dan ternyata benar dengan kehendak Allah SWT...Hari terakhir ni, tempat lawatan kami ialah ke Zoo Panda.













Di bandar Beijing ini juga ramai pengemis dan peminta sedekah. Mereka suka menunggu di luar masjid dan meminta duit dengan pelawat.Ali beberapa kali mengingatkan kami agar tidak memberi apa-apa kepada peminta sedekah ini, kerana bila seorang yang diberi,jumlah mereka akan bertambah ramai mengerumuni kita.Keadaan ini membuat kami lebih berjaga-jaga.Namun satu peristiwa yang tidak dapat saya lupa...dalam perjalanan menuju ke airport,kami singgah di sebuah pusat membeli belah barangan murah. Saya dan anak-anak serta beberapa orang yang lain menunggu di dalam bas sahaja sementara menunggu yang lain masih mencari barang-barang.Pada ketika itulah kami terpandang seorang peminta sedekah yang sedang membawa bayi yang masih kecil dan sedang menangis.Dia cuba meminta duit ataupun makanan daripada oarang yang lalu lalang di hadapan bangunan itu. Seketika dia berhenti, menyusukan bayinya dengan susu badannya. Dalam keadaan cuaca yang amat sejuk di luar,sudah pasti bayi itu kesejukan. Kami yang berada di dalam bas melihat suasana itu berasa sebak.Saya sendiri tidak mampu menahan airmata dari mengalir keluar.Kemudian kami pun mengumpul baki wang yang masih ada dan semua biskut-biskut yang kami beli di Masjid Nan do ya itu untuk diserahkan kepada wanita berkenaan. Biarlah orang kata orang Malaysia pemurah tidak bertempat tetapi bagi saya, apa yang kami lakukan atas dasar kemanusiaan. Semoga bantuan kami yang sedikit itu dapat memudahkan urusan wanita itu dan bayinya.Bila bas mula bergerak meninggalkan kawasan itu, wanita itu melambai-lambaikan tangannya kepada kami sebagai tanda terima kasihnya.


Dalam airport.

Tepat jam 4.35 petang, penerbangan MAS pun berlepas meninggalkan kota Beijing.Maka berakhirlah cuti kami dalam musim sejuk ini...meninggalkan segala memori manis untuk kami kenang sampai bila-bila.
Terima kasih pada suami tersayang yang telah menaja sepenuhnya percutian kami termasuk penginapan di Pan Pacifik hotel KLIA pada malam kami tiba di tanah air.
Dan terima kasih Allah kerana memudahkan semua perjalanan kami dan menemukan kami dengan mereka yang baik hati yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan di saat diperlukan.

wassalam.....sharing is caring.

2 comments:

  1. waaa beijing best...pa lah ktk x engkah akmal bergambar sebelah panda..mesti makin kiuttttttttttttttt..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ooo bahaya...jgn ingat panda ya jinak...ganas juak sebenarnya...makan org juak ya !!

    ReplyDelete