Wednesday, December 15, 2010

Day 4....Beijing Dalam Kenangan

Assalamualaikum,

Cuaca di Beijing semakin sejuk.Pada siang hari suhu jatuh pada 3'c dan pada waktu malam suhu jatuh sehingga -2'c. Bila berjalan di luar, kami melangkah dengan cepat untuk sampai ke dalam bangunan.Ramai di kalangan kami mula selsema termasuklah kami sekeluarga. Bekalan ubat selsema untuk budak-budak semakin berkurangan, saya semakin risau. Teringat peristiwa semalam,ketika balik ke hotel. Saya,pembantu saya dan anak-anak singgah di Mall bersebelahan dengan hotel. Saya mencari ubat selsema untuk kanak-kanak tapi tak seorang pun yang boleh berbahasa Inggeris. Mereka tidak faham malah menjawab saya dengan bahasa mereka, maka berlakulah keadaan seperti ayam dan itik sedang bercakap....hehe.Begitu juga keadaannya bila saya membuat panggilan pada house keeping di hotel. Telefon itu mereka akan pass kepada yang lain,dan perkara ini berlaku sehingga orang yang kelima yang boleh faham sedikit bahasa Inggeris.emm..tak mengapalah.


Hari ini kami cuma melawat ke kedai menjual zamrud.Tiada apa yang dapat saya ceritakan kerana saya terpaksa keluar dari bilik penerangan tentang zamrud apabila Akmal mengganggu tumpuan yang lain yang sedang mendengar.Akmal yang sudah bosan mula membuat bising.Jelingan daripada pekerja di situ sudah cukup membuat saya faham bahawa Akmal mesti dibawa keluar dari bilik itu.Jom Akmal....



Akmal seronok memerhatikan ikan-ikan dalam kolam kecil ni.





Inilah pelawat paling aktif dan ceria...



Bird's nest Stadium...di mana acara sukan olimpik pada tahun 2008 diadakan di sini dengan penuh gilang gemilang.



Mengabadikan kenangan bersama Ali dan felicia.






Tengahari itu kami solat zohor di masjid Nan Do ya yang berusia 300 tahun . Masjid ini sentiasa menjadi tumpuan pemandu pelancong yang membawa rombongan muslim ke Beijing. Malahan ada papan tanda yang ditulis dalam bahasa melayu di sini.


Kaligrafi Arab ala China menghiasi beberapa permukaan bangunan utama masjid Nan Dou Ya, menyambut setiap pelawat dan ahli jemaah yang datang berkunjung.Di luar perkarangan masjid ini,ada dijual kuih muih dan biskut-biskut yang manis dan sedap.dan yang penting halal...


Makan tengahari di Xinjiang Muslim restaurant.Seperti biasa makanan dimasak dengan kicap,sos, digoreng dan agak berminyak.






Petang itu kami tidak pergi melawat ke mana-mana...kami di bawa ke Wanfujing street. Di sini banyak shopping kompleks dan kebanyakan barang-barang adalah yang asli dan sangat mahal.Di kiri kanan jalan di hias dengan menarik sekali untuk sambutan hari krismas yang bakal tiba.











Memandangkan waktu malamnya agak cepat, kami masih belum terasa lapar walaupun kami terpaksa singgah juga di sebuah restoren untuk makan malam. Dah termasuk dalam pakej...
Malam itu kami makan peking duck. Ianya ialah itik yang dipanggang dan dihiris nipis-nipis.Cara makan pulak,letak dalam kulit popia bersama sayur dan sos.Malam tu saya merasa sekali saja sebab saya tak gemar makan itik.Perut pulak masih kenyang kerana makan biskut-biskut dalam bas.alahai...


Bersama Kak Bib sekeluarga.


Inilah rupanya Peking duck.


Nak makan peking duck pun kena belajar...


Tunjuk cara macam mana nak makan...

Selesai makan, kami semua balik ke hotel....masa untuk packing semua barang-barang....malam tu ialah malam terakhir kami tidur di Beijing.Walaupun penerbangan pulang ke tanah air pada sebelah petang, tapi selesai sarapan pagi, kami semua kena check out dengan bagasi masing-masing. Masih ada lagi agenda lawatan di saat-saat akhir....

bersambung...

No comments:

Post a Comment