Sunday, November 7, 2010

Wa Telah Pergi.....


Kunjungan kami beradik di hari raya 2010 ke rumah Wa Bol.Masa ini Wa masih nampak sihat dan sesekali bercerita tentang sakit dadanya pada kami. Bersama wa pasti rasa ceria kerana orang tua ni suka bergurau dan mengusik kami anak-anak saudaranya.

Assalamualaikum,

Sekawan burung bertenggek ramai di pagar rumahku pagi ini, satu pemandangan yang saya anggap luar biasa...adakah mereka datang menyampaikan berita pada saya dan keluarga...hanya Allah saja yang maha mengetahuinya.
Wa Bol bapa saudara sebelah arwah mak meninggal dunia pagi ni selepas dua hari di tahan di hospital kerana serangan sakit jantung.


Sebelum kami berangkat pulang ke tempat masing-masing, Wa dan Udak datang melawat kami dan sudah pasti ada buah tangan untuk saya bawa pulang.

Kesal saya bukan kepalang kerana tidak dapat menziarahi jenazah dan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Bukan saya tidak berusaha, tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Penerbangan dari Miri ke Mukah penuh dan saya mencuba nasib dengan "waiting list" tetapi tidak berjaya juga.Apa daya saya lagi, hanya mampu menghubungi mereka melalui telefon dan berbicara dengan udak Yam (isterinya).Tak mampu saya tahan kesedihan bila mendengar suara sayu Udak Yam dan beliau memahami keadaan saya yang tidak dapat bersama mereka di sana.
Mujurlah hari raya yang lepas saya sempat bersama mereka..bergurau senda dan menangkap gambar mereka berdua.
DariMu kami datang dan kepadaMu jualah kami dikembalikan. Saya redha dengan ketentuan ini. Semoga ahli keluarga di sana pun begitu juga. Doa saya semoga roh wa Bol dicucuri rahmat Nya.

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment