Tuesday, November 23, 2010

Dia Lebih Tahu....


Ada sebuah kisah menarik yang pernah saya baca. Pengajaran yang terdapat padanya sangat baik untuk renungan bersama. Begini kisahnya…..
Suatu ketika ada dua batang pokok yang tumbuh dan membesar di atas sebuah bukit di dalam hutan. Kedua-duanya saling berbicara di antara satu sama lain tentang impian dan cita-cita masing-masing.
Aku berharap, suatu hari nanti aku akan menjadi peti simpanan harta. Aku akan diisi dengan emas, perak dan barangan kemas yang begemerlapan. Badanku akan diukir dengan ukiran yang indah dan menawan. Semua orang akan memuji kecantikan dan keindahan yang menyerlah pada tubuhku,” kata pohon pertama memasang angan-angan.
“Aku pula mengimpikan akan menjadi sebuah kapal yang besar dan gagah. Di tubuhku ini, aku akan membawa raja dan permaisurinya belayar merentas lautan sehingga ke penjuru dunia. Semua yang berada di atasku akan merasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan tubuhku,”pohon kedua pula menyuarakan impian.

Selang beberapa tahun selepas itu, datang sekumpulan pembalak. Salah seorang dari mereka meninjau ke batang pohok pertama.

“Pokok ini nampak kuat. Aku akan tebang ia dan berikannya kepada tukang kayu…” terdengar bicara si pembalak. Pohon pertama berbunga rasa. Dia pasti, angan-angannya dulu untuk menjadi peti simpanan harta akan menjadi nyata.

Sementara itu, seorang pembalak lain mendekati pohon kedua.

“Pokok ini, batangnya utuh dan teguh. Aku akan tebang ia dan menjualnya ke limbungan kapal,” kata pembalak tersebut. Pohon kedua tersenyum gembira. Dia yakin perjalanan impiannya untuk menjadi sebuah kapal yang besar dan kukuh akan terlaksana tidak lama lagi.

TAKDIRNYA BEGITU

Sebaik sampai di tempat tukang kayu, pohon pertama diambil dan dijadikan sebuah kotak kayu yang digunakan sebagai bekas makanan untuk haiwan ternakan. Ia kemudiannya diletakkan di dalam bangsal. Pohon pertama berduka. Musnah sudah angan-angannya dulu. Dia kini bukanlah sebuah peti simpanan harta yang berukir cantik, tetapi sebaliknya hanya kotak kayu biasa berisi timbunan jerami kering.

Pohon kedua pula sampai ke limbungan kapal. Di sana, dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil untuk menangkap ikan. Sebagaimana pohon pertama, pokok kedua juga kecewa dan tidak gembira. Dia tahu, impiannya dulu untuk menjadi sebuah kapal yang kuat dan kukuh, hanya tinggal impian semata.

Tiga tahun berlalu, dan kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian dan harapan yang pernah mereka semai.
Tiga tahun berlalu, dan kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian dan harapan yang pernah mereka semai.

Sehinggalah pada satu hari, sepasang suami isteri yang entah dari mana tiba di bangsal, di mana pohon pertama berada. Di bangsal ini, si isteri melahirkan seorang bayi. Oleh kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka yang masih kecil, pasangan suami isteri tersebut membaringkan anak mereka pada tubuh pohon pertama yang telah menjadi kotak kayu berisi jerami kering. Hanya kotak itu sahaja yang dapat memberikan sedikit keselesan kepada si kecil yang belum mengerti apa-apa.

Pohon pertama bagaikan turut merasai keperluannya saat ini. Kini dia menyedari, walau tidak dapat menjadi peti simpana harta dengan kilauan emas permata yang berharga, dia kini sedang memegang satu ‘harta’ yang sangat penting dan bernilai sepanjang masa. Seorang anak kecil yang diharapkan akan membesar dan berbakti kepada dua ibu bapanya.

Beberapa tahun selepas itu pula, sekumpulan nelayan menggunakan bot kecil yang diperbuat dari pohon kedua. Nelayan-nelayan itu mula bergerak ke tengah samudera luas untuk menangkap sebanyak mungkin ikan. Tiba-tiba, ribut besar melanda. Lautan yang tenang mula mengganas. Bot kecil itu terumbang-ambing dihempas badai.

Saat itu, pohon kedua yang telah menjadi bot kecil tersebut merasa tidak mampu untuk menyelamatkan nelayan-nelayan di dalamnya sehinggalah dia melihat kesungguhan seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk terus berjuang menentang gelombang.

Ribut yang melanda akhirnya reda. Suasana kembali tenang. Dengan senyuman lega, nelayan itu berkata, “Kita selamat.”
Pohon kedua yang telah menjadi bot kecil itu merasa amat kagum dan gembira. Dia menyedari bahawa di atas tubuhnya kini berdiri seorang ‘raja’ yang gagah dan berjasa.
Begitulah takdir menentukan.

KITA BERUSAHA, ALLAH MENENTUKAN
Cuma, satu perkara kita kena ingat, tak semua yang kita impikan akan berlaku sebagaimana yang kita mahu sebab ALLAH SWT mempunyai perancangan lain yang kita tak tahu.

Ada sebab mengapa berlaku sebegitu. Allah dah beri kita semua keupayaan untuk berikhtiar dan berusaha sebaik mungkin. Kita ada akal untuk berfikir, ada tenaga, badan yang sihat untuk bekerja. Bila dah berusaha sehabis daya, namun hasil yang kita dapat tidak sebagaimana yang kita mahukan, itulah ujian dan dugaan yang ALLAH datangkan supaya kita melipatgandakan lagi usaha yang ada.
Bukan dengan berserah semata-mata atau menyalahkan takdir atas setiap keburukan yang menimpa. ALLAH berikan bermacam ujian itu untuk melihat sama ada kita akan terus beriman atau tidak, sama ada kita masih tetap meminta bantuan dari ALLAH atau kita akan jadi semakin jauh dari-NYA.

ALLAH
nak lihat bagaimana usaha kita berdepan ujian yang diberi. Adakah masih patuh dan taat mengikut syari'at ALLAH atau terus melakukan perkara yang ALLAH benci.
Kerana itu, Rasulullah SAW mengajar kita bagaimana orang yang beriman bila datang ujian dan cabaran dalam hidup, iaitu bersabar bila diberikan ujian keburukan serta bersyukur jika diberi ujian kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sungguh, amat mengagumkan keadaan orang mukmin itu, karena semua urusannya itu baik baginya. Bila ia mendapat ni’mat (kebahagiaan), dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan bila ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya.” ( Hadis riwayat Muslim)

Itulah maksud beriman kepada qada dan qadar, iaitu kita hendaklah yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa apa sahaja yang berlaku di dalam hidup kita sama ada yang baik atau buruk, semuanya berlaku dengan kehendak dan kekuasaan ALLAH. Kita sebagai manusia hendaklah berusaha sebaik mungkin, tetapi hasilnya nanti tetap ALLAH SWT yang menentukan.”
Sebagaimana kisah dua pohon hutan, seumpama impian anak-anak yang masih belum punya banyak pengalaman kehidupan, manusia memang boleh berharap dan berencana tentang apa saja, tetapi ALLAH jualah yang menentukan hasil akhirnya.

Justeru itu, walau apapun yang sedang kita lakukan, impikan atau angan-angankan, wujudkan satu ruang di dalam jiwa untuk DIA. Sebuah ruang yang bemerlap dengan cahaya keimanan berisi keyakinan yang ampuh terhadap segala kehendak-NYA. Lantaran apa yang ada dalam pengetahuan ALLAH SWT sebagai Pencipta, benar-benar berada di luar kuasa dan jangkauan manusia. Hanya ikhtiar yang tidak mengenal putus asa, doa, raja’ ( harapan ) dan tawakal kepada-NYA, menyediakan kita dengan jiwa hamba yang tenang dan reda atas setiap ketentuan Yang Maha Esa.

(copy from ummuhusna99.blogspot)

Tuesday, November 16, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sk Agama Miri

Assalamualaikum,

Kelmarin 15hb November bertempat di dewan Suarah Miri,putera puteri dari SK Agama Miri menerima anugerah masing-masing di atas pencapaian mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.Kedua puteri saya Alya dan Asma yang masing-masing mendapat kedudukan tempat kedua dalam kelas turut menerima hadiah.Alhamdulillah...Usaha mereka membuahkan hasil juga akhirnya.Dengan semua subjek mendapat A sudah pasti amat melegakan hati saya tetapi ia bukan alasan untuk berpuashati kerana perjalanan mereka baru bermula.Masih banyak yang bakal mereka tempuhi dan pelajari.InsyaAllah,sebagai Ibubapa,saya dan suami akan sentiasa memberi panduan yang terbaik buat mereka.

Pentas yang dihias indah.

Kehadiran Ibubapa untuk melihat anak-anak masing-masing menerima hadiah.

Kumpulan nasyid sekolah yang pernah menjadi johan. Persembahan mereka sememangnya mantap dan hebat.

Persembahan koir sekolah dengan lagu rakyat yang menghiburkan.

Alya menerima hadiahnya. Malangnya saya tidak dapat mengambil gambar yang cantik semasa giliran Asma naik ke pentas.

Tahniah puteriku.


Bersama mereka berdua.

Bersama ayahanda tersayang mereka.

Jika dalam sepuluh orang itu, hanya ada seorang yang berjaya pastikan yang seorang itu adalah kamu ...dan jika ada seorang sahaja yang berjaya, pastikan orang itu adalah kamu...
Kejayaan tak kan datang bergolek tanpa usaha.Insya Allah tahun hadapan kita sama-sama tingkatkan usaha...
Tahniah Alya,tahniah Asma.

Sunday, November 14, 2010

Lukisan Mereka

Assalamualaikum,

Selamat berehat di hujung minggu. Hari yang amat di tunggu-tunggu oleh mereka yang berkerja.Inilah masanya untuk bersama keluarga dan meluangkan masa bersama anak-anak.
Bagi saya pulak, hari ini hari yang paling gembira sebab hubby tercinta pulang for off day dan sempat bersama saya esok hari menyaksikan puteri kami menerima anugerah akademik dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Agama.Tahun lalu saya sendirian dan berkongsi cerita dengannya melalui phone sahaja.Tengahari hari ni, Alya dan Asma ada raptai untuk majlis esok jadi . Sebaik hantar mereka di Dewan Suarah, saya pulak terus ke airport menjemput hubby tersayang. Semoga dipermudahkan semua urusan hari ini.








Lukisan mereka iaitu kad hari jadi saya turut menghiasi dinding bilik di tempat kerja saya.

Alya dan Asma gemar melukis dan mewarna dan boleh katakan dalam setahun saya mesti menyediakan peralatan melukis dan membeli pensel warna mereka sebanyak 3-4 kali dakam setahun. Biasalah kanak-kanak pada usia ini masih belum faham menjaga barangan mereka. Kalau tak hilang,mereka akan sibuk sharpen pensel warna sampai pendek.Emmm anakku.....
Lukisan mereka adalah keceriaan mereka...apa yang mereka rasa dan mereka zahirkan dalam lukisan itu.Mereka amat menghargai lukisan ini.Biasanya dinding peti sejuk lah tempat mereka melekat lukisan itu.

Sunday, November 7, 2010

Wa Telah Pergi.....


Kunjungan kami beradik di hari raya 2010 ke rumah Wa Bol.Masa ini Wa masih nampak sihat dan sesekali bercerita tentang sakit dadanya pada kami. Bersama wa pasti rasa ceria kerana orang tua ni suka bergurau dan mengusik kami anak-anak saudaranya.

Assalamualaikum,

Sekawan burung bertenggek ramai di pagar rumahku pagi ini, satu pemandangan yang saya anggap luar biasa...adakah mereka datang menyampaikan berita pada saya dan keluarga...hanya Allah saja yang maha mengetahuinya.
Wa Bol bapa saudara sebelah arwah mak meninggal dunia pagi ni selepas dua hari di tahan di hospital kerana serangan sakit jantung.


Sebelum kami berangkat pulang ke tempat masing-masing, Wa dan Udak datang melawat kami dan sudah pasti ada buah tangan untuk saya bawa pulang.

Kesal saya bukan kepalang kerana tidak dapat menziarahi jenazah dan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Bukan saya tidak berusaha, tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Penerbangan dari Miri ke Mukah penuh dan saya mencuba nasib dengan "waiting list" tetapi tidak berjaya juga.Apa daya saya lagi, hanya mampu menghubungi mereka melalui telefon dan berbicara dengan udak Yam (isterinya).Tak mampu saya tahan kesedihan bila mendengar suara sayu Udak Yam dan beliau memahami keadaan saya yang tidak dapat bersama mereka di sana.
Mujurlah hari raya yang lepas saya sempat bersama mereka..bergurau senda dan menangkap gambar mereka berdua.
DariMu kami datang dan kepadaMu jualah kami dikembalikan. Saya redha dengan ketentuan ini. Semoga ahli keluarga di sana pun begitu juga. Doa saya semoga roh wa Bol dicucuri rahmat Nya.

Al-Fatihah...

Friday, November 5, 2010

Alya Kena Marah


Asslamualaikum,

Hari ini saya memarahi Alya puteri sulung yang berumur 8 tahun itu. Marah di atas kecuaiannya menjawab soalan Matematik exam dua minggu lepas.Lantaran kecuaian itu dia kehilangan markahnya...Sebelum exam sudah menjadi tugas saya dan suami untuk memastikan mereka benar-benar bersedia untuk menghadapi exam. Alya seorang kanak-kanak yang sangat cepat belajar dan mudah memahami namun saya tahu kecuaian boleh saja berlaku biarpun pada soalan yang dia tidak sepatutnya mendapat salah.
Saya keraskan hati seketika biarpun terdetik rasa kasihan bila melihat wajah sayunya kena marah. Mama marah untuk kebaikanmu...
Semoga di masa-masa akan datang dia tidak mengulangi kesilapan yang sama.Petang tadi saya sempat singgah di pasar malam sebaik sahaja pulang dari kerja.Saya belikan kue teaw goreng kegemarannya dan sate ayam. Lebar semula senyumannya...I love u my little princess...