Saturday, October 30, 2010

Jumpa Doktor




Program anak-anak di sekolah terpaksa saya batalkan pagi ini lantaran bimbang akan kesihatan kedua puteriku.
Pagi ini saya dan suami membawa Alya dan Asma berjumpa doktor pakar orthopaedik di Miri City Medical Center.
Sebelum ini mereka kerap mengadu sakit lutut dan kaki terutama sekali ketika waktu hendak tidur malam.

Rupanya menurut doktor, perkara itu adalah normal bagi kanak-kanak yang hendak membesar di mana pada waktu malam tulang mereka akan tumbuh dan sesetengah budak akan merasa sakit dengan pembesaran ini. Lutut Alya yang nampak bengkak pulak bukanlah disebabkan mana-mana jangkitan kuman tetapi normal bagi kaki seorang budak yang kurus sepertinya. Nampaknya Alya kena makan banyak lagi lepas ni.

Lega rasanya mendengan perjelasan dari doktor. Namun doktor tetap memberi ubat tahan sakit just in case anak-anak saya masih mengadu sakit.
Akmal pulak berjumpa dengan pakar kanak-kanak kerana demam selsema. Dengan keadaan cuaca di bandar Miri pada ketika ini, memang ramai kanak-kanak yang alah dan jatuh sakit. Orang dewasa pun ramai yang selsema masa ni termasuk cik abang saya sendiri.

Apa pun saya mendoakan semoga kesemua kesayangan saya ini sentiasa sihat sejahtera hendaknya.

No comments:

Post a Comment