Monday, October 4, 2010

Hari Jadi Asma Qayyimah


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kelmarin saya tidak berkesempatan hendak mengupdate blog ini lantaran kepenatan setelah seharian meluangkan masa bersama anak-anak.Saya membawa mereka ke Seria (bukan Negara Syria yang di negera Arab tu) salah satu bandar kecil dalam negara Brunei. Memandu ke sana melepasi kaunter Imigresen cuma mengambil masa 1 jam sahaja dari rumah.

3 oktober 2003,Puteri kedua saya lahir ke dunia setelah usai muslimin menunaikan solat jumaat.Saya masih ingat lagi pada hari itu, saya tidak mahu di tahan di wad kerana sakit hendak bersalin belum ada walaupun servik sudah terbuka 3cm.Tapi arahan doktor tidak dapat saya ingkari. Tengahari itu sebaik saja doktor memecahkan air ketuban, sakit pun datang dalam masa tidak sampai 1 jam. Saya dibawa ke bilik bersalin tetapi jururawat dan doktor tidak dapat membuat apa-apa persediaan kerana anakku sudah pun lahir ke dunia dengan mudahnya. Alhamdulillah saya tidak menanggung sakit yang lama.


Kini Asma Qayyimah berusia 7 tahun. Hari jadi kali ini bertambah manis bila Asma mendapat tempat kedua dalam kelasnya dalam peperiksaan pretasi kedua. Apa lagi, mama terpaksa tunaikan janji...Saya membawa mereka ke salah satu kedai mainan yang banyak pilihan di Kuala Belait.Cerianya mereka memilih mainan.Tapi akhirnya Asma dan kakaknya memilih untuk membeli tea set painting...mewarnakan tea set dengan kreativiti masing-masing. Akmal pula seperti biasa dengan koleksi keretanya.

Asma Qayyimah di sisi kakaknya Alya Batrisyia.

Akmal tengah sibuk..tak tahu nak pilih kereta mana satu. Nasib baik tak angkat semua.

Gelagat Asma mengusik kakak dan adiknya yang ketakutan.

Perjalanan di teruskan ke Seria. kami singgah makan tengahari di restoren WYY Nasi Ayam.Di situlah kami meraikan hari jadi Asma dengan ringkasnya.




Semoga jadi muslimah yang solehah yang taat pada Allah dan Ibubapa.Wish you all the best sayang....

No comments:

Post a Comment