Saturday, October 23, 2010

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah,


Hari ini saya sekeluarga memenuhi undangan ke majlis Wida jiran sebelah rumah, di mana ibu mereka akan menunaikan haji tahun ini dan akan berangkat lusa. Alhamdulillah....
Teringat pada ibu mertua di kampung yang masih belum dipanggil untuk menunaikan haji walaupun sudah dua tahun membuat rayuan atas faktor usia yang telah lanjut. Pasti ada hikmahnya...semoga harapan ibu akan tertunai jua satu hari nanti.
Manakala saya dan suami juga pernah mendaftar di Tabung Haji sekitar tahun 2008 dan giliran kami ialah pada tahun 2022. Lamanya nak jadi tetamu Allah ni....Apa pun semoga kami dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik agar dapat jua menunaikan haji satu hari nanti.Perkenankanlah Ya Allah...

No comments:

Post a Comment