Saturday, October 30, 2010

Jumpa Doktor




Program anak-anak di sekolah terpaksa saya batalkan pagi ini lantaran bimbang akan kesihatan kedua puteriku.
Pagi ini saya dan suami membawa Alya dan Asma berjumpa doktor pakar orthopaedik di Miri City Medical Center.
Sebelum ini mereka kerap mengadu sakit lutut dan kaki terutama sekali ketika waktu hendak tidur malam.

Rupanya menurut doktor, perkara itu adalah normal bagi kanak-kanak yang hendak membesar di mana pada waktu malam tulang mereka akan tumbuh dan sesetengah budak akan merasa sakit dengan pembesaran ini. Lutut Alya yang nampak bengkak pulak bukanlah disebabkan mana-mana jangkitan kuman tetapi normal bagi kaki seorang budak yang kurus sepertinya. Nampaknya Alya kena makan banyak lagi lepas ni.

Lega rasanya mendengan perjelasan dari doktor. Namun doktor tetap memberi ubat tahan sakit just in case anak-anak saya masih mengadu sakit.
Akmal pulak berjumpa dengan pakar kanak-kanak kerana demam selsema. Dengan keadaan cuaca di bandar Miri pada ketika ini, memang ramai kanak-kanak yang alah dan jatuh sakit. Orang dewasa pun ramai yang selsema masa ni termasuk cik abang saya sendiri.

Apa pun saya mendoakan semoga kesemua kesayangan saya ini sentiasa sihat sejahtera hendaknya.

Makan Malam Bersama.....

Assalamualaikum,

Indahnya satu ukhuwah...bila anak-anak berkawan baik dengan anak jiran secara tidak langsung ibubapa pun saling mengenali lalu turut menjadi kawan.

Kenangan Makan malam kami bersama di restoren yang baru saja beroperasi selepas raya ni.

Menunggu hidangan...restoren ini berkonsepkan gabungan makanan asia dan barat.

Sirloin steak.

Anis cukup berselera malam tu...

Riangnya mereka dapat makan bersama dan sungguh berselera sekali.

Malam tu kami dapat 3 gelas ice cream complimentary...Alhamdulillah.

Mereka yang ceria...



Makan malam bersama di Rosita Cafe, Hotel Dynasty.

Malam tu pulak ada dinner ala buffet dan saya sempat menangkap beberapa shot photo hidangan makanan malam tu.

Appertizer.Ada pelbagai jenis...Hidangan buffet di hotel ini memang tidak pernah mengecewakan pelanggan.













Kenyang perut suka hati....masing dengan gaya tersendiri..


Nak balik dah...tangkap gambar kenangan sebelum balik.

Friday, October 29, 2010

Bersaudara Kerana Allah.

Assalamualaikum,

Indahnya bersaudara kerana Allah...bertemu dan berpisah kerana NYA. Kunjungan saya ke KL baru-baru ini mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara saya dan keluarga sahabat.Alhamdulillah...semoga ikatan ukhuwah ini akan berkekalan sampai bila-bila.Biarpun mereka jauh di Kelantan,mereka sentiasa dekat di hati saya.
Entri kali ini hanyalah gambar-gambar kenangan kami bersama.



























Teringat kata-kata dalam buku 'Secangkir Teh Pengubat Letih'...Bersaudara kerana Allah memang indah...bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah...

Saturday, October 23, 2010

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah,


Hari ini saya sekeluarga memenuhi undangan ke majlis Wida jiran sebelah rumah, di mana ibu mereka akan menunaikan haji tahun ini dan akan berangkat lusa. Alhamdulillah....
Teringat pada ibu mertua di kampung yang masih belum dipanggil untuk menunaikan haji walaupun sudah dua tahun membuat rayuan atas faktor usia yang telah lanjut. Pasti ada hikmahnya...semoga harapan ibu akan tertunai jua satu hari nanti.
Manakala saya dan suami juga pernah mendaftar di Tabung Haji sekitar tahun 2008 dan giliran kami ialah pada tahun 2022. Lamanya nak jadi tetamu Allah ni....Apa pun semoga kami dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik agar dapat jua menunaikan haji satu hari nanti.Perkenankanlah Ya Allah...

Monday, October 18, 2010

Perkongsian: Bingkisan Buat Sang Isteri.

Assalamualaikum,

Perkongsian kali ini hanyalah sebuah sajak yang khas buat kita yang bergelar isteri.





Semoga kita sama-sama beroleh kebahagiaan itu....
InsyaAllah...

Sunday, October 17, 2010

Weekend Getaway : The Empire Hotel And Country Club, Brunei .

Assalamuailaikum,

Cuti hujung minggu yang singkat.Memandu ke Negara Brunei dan bermalam di The Empire Hotel.Anak-anak tersenyum riang setelah beberapa hari mengulangkaji dan membuat latihan untuk persiapan peperiksaan akhir yang akan berlangsung minggu depan. Hari ini dibiarkan mereka berehat dan bermain sepuasnya.Biarlah gambar-gambar ini merakamkan detik indah kami sekeluarga dapat berkumpul bersama menghabiskan masa di hujung minggu ini.



Singgah makan tengahari di pizza Hut The Mall Gadong sebelum check in .

Lobby... Lepas check in.

Menuju ke tempat penginapan di bangunan bersebelahan.


Bilik yang mengadap laut. sungguh tenang...





Pemandangan dari beranda bilik.









Dalam hotel ini juga menempatkan ruangan galeri di mana gambar-gambar kunjungan daripada pembesar-pembesar negara luar dipamerkan.










SAAT KERIANGAN MEREKA.










PEMANDANGAN DI SEKITAR KAWASAN HOTEL.
















MAKAN MALAM ALA BUFFET.

Anak-anak tak begitu berselera hendak makan lantaran kepenatan setelah bermain air di sebelah petangnya.



















Lepas makan ,mereka tak larat nak jalan balik ke bilik...masing-masing minta didukung ayah mereka.

Akmal terus tidur....tak larat nak bermain lagi seperti selalu sebelum tidur.Penat sangat agaknya..

Keesokan harinya...minum pagi sebelum berangkat pulang.





Nak balik dah.....