Tuesday, September 28, 2010

Perkongsian : Bukan Sengaja Malas

Oleh ADHAM SHADAN


ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.

Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur, Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.

Dalam konteks kesihatan pekerjaan, Azrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyakit pekerja atau risiko penyakit yang boleh didapati pekerja daripada penggunaan bahan kimia serta psikologi, menyifatkan malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.


Subjektif

Tapi, ujarnya, malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu.
Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.
Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan lima kerja dalam seminggu. Begitulah penjelasan Azrul bagaimana kayu ukur malas boleh berubah.
Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.

Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

“Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan,” ujarnya.

Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.
Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

Beban kerja

Jelas Azrul, penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas.
Menurut Azrul, kurang daripada lima peratus pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.

Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.

Berkenaan stres atau depresi jika disebabkan beban kerja yang terlalu banyak melepasi batasan kemampuan diri, Azrul menyarankan supaya wujudnya interaksi antara bos dan pekerja.

“Dalam hal ini, pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas.
“Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan,” ujarnya.

Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan.

Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.

Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25 peratus daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya lima peratus pada tahun 1978.

“Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.

Minat

“Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

“Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas,” ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.

“Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?

“Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan,” katanya.

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

“Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.

“Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus,” ujarnya.

Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.

“Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?

“Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur tujuh tahun.

“Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat,” katanya.

Artikel disalin sepenuhnya dari Kosmo Online. Sebagai manfaat tuan punya blog
dan juga para pengunjung. Adakah kita termasuk dalam kategori orang yang MALAS?

Wednesday, September 22, 2010

Majlis Perpisahan Lagi......

Assalamualaikum semua...

Entri kali ni khas buat seorang kawan yang juga sepupu saya, bertugas di tempat yang sama.Orangnya peminat photography,amat disenangi di kalangan teman-teman sekerja dan mudah menghulurkan pertolongan apabila diminta.Semoga Allah jua akan membalas dan memudahkan segala urusan beliau.

Tempat: Hotel Imperial.
Tarikh: 21hb Sept 2010.

Kenangan di dalam majlis perpisahan bersama Awg Suhani,kawan2 sekerja dan lab's students.





Sempat ambil gambar pencuci mulut saja...Menu utama terlupa pulak nak ambil..

Ucapan terakhir dari Awg untuk kami semua.

Kanak-kanak ceria...memeriahkan lagi majlis.





Menerima sijil atas segala sumbangannya kepada persatuan .





Mengabadikan photo kenangan bersama staff dan student..

Acara permainan meniup belon sampai pecah...agak-agak sapa yang menang ???

Pemenang hadiah lucky draw no 12...

23hb Sept 2010

Hari terakhir bersamanya,saya dan kawan-kawan sempat makan tengahari bersama di Pizza Hut.
Gurau senda dan tawa ria ini akan menjadi kenangan buat kami.

Menu utama sudah semestinya pizza Hawaiian Chicken..

Deli wings...it's taste delicious.




Sahabatku bersama suami tercinta...

My friend chinese girls...sambil makan pun sempat posing...



Buah pauh delima batu,
anak sembilang di tapak tangan,
sungguh jauh beribu batu,
hilang di mata di hati jangan...

Semoga kita akan berjumpa lagi...selamat jalan dan selamat maju jaya.

Monday, September 13, 2010

Suasana Berhari Raya Di Kampung.

Keluarga bahagia kakak sulung saya.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Adik perempuan saya bersama suami dan anak mereka Infazah.

Adik bungsu di samping isteri tercinta

Ini saja yang dapat berkumpul tahun ini, suami saya dan abang saya sekeluarga tidak sempat balik beraya bersama kami.



Tahun ni anak-anak dapat cium tangan mama saja.





Dah penat semalaman menyediakan juadah...pagi ni dapat merasakan hasilnya.masing-masing dengan menu tersendiri. Dalam kekalutan kerana anak bungsu saya demam, sempat juga saya menyediakan Nasi dagang dan gulai ikan tongkol.

Putera-puteri mama. Akmal masih demam...muka masih tak ceria.

Menziarahi rumah satu-satunya ibu saudara saya yang masih hidup.Udak panggilan kami kepadanya.

Puteri mama bersama nek udak....semoga udak diberikan kesihatan yang baik selalu.

PHOTO PARA TAMU YANG HADIR MENZIARAHI KAMI SEKELUARGA.







Raya Di Rumah Baru.

Asslamualaikum dan salam lebaran

Entri saya yang lalu pernah menceritakan suka duka adik saya dan isterinya membina rumah baru bagi menggantikan rumah lama peninggalan arwah kedua orang tua kami yang telah usang.
Jadi entri kali ini adalah dedikasi untuk adik dan isteri yang tabah dan sabar untuk membina rumah impian mereka.Semoga entri ini akan meraikan lagi kegembiraan mereka memiliki rumah impian.


Inilah rumah yang penuh dengan kenangan bersama kedua orang tua kami...di sinilah kami dibesarkan...mengenal erti susah payah orang tua membesarkan kami.


Rumah baru adik...Hari raya tahun ini kami meraikannya bersama di sini.






Rumah ini dihias bertemakan gabungan klasik dan moden.Semuanya idea adik dan isteri .Malah mereka sering merujuk kepada majalah tentang hiasan rumah .








Ruangan istirehat sambil menonton TV.




anakku sedang bersantai...


Wanita dan dapur tidak dapat dipisahkan...mereka memilih 'kitchen cabinet' dari jenama Signature kerana ia memiliki kualiti yang terbaik.Satu pilihan yang tepat.






Adik saya dan isterinya tersenyum bahagia di hadapan rumah impian mereka.

Sekian.