Tuesday, August 3, 2010

Menu Malam Ini...

Assalamualaikum pelawat yang sudi menziarahi blog saya.Hari ni tak ada apa nak cerita..sekadar berkongsi menu untuk malam ni.Seperti biasa balik kerja petang tadi,operasi saya di dapur pula menyediakan juadah untuk makan malam.


Gulai Ikan Jebong atau lebih dikenali dengan nama ayam laut.Masak ikan ni agak lama sedikit sebab isi nya tebal.Selain dari dibakar,ikan ni sesuai dengan masakan gulai yang pekat.Isinya memang enak sekali.


Ini pulak buah dabai.Buah ni agak popular di Sarawak.Biasanya buah dabai ni akan muncul ketika musim durian.Maknanya sekarang ni musim durianlah kat tempat saya.Buah dabai ni agak keras tapi selepas direndam dengan air panas,buahnya akan menjadi lembut.Sesetengah orang akan menggaul dengan sedikit garam begitu sahaja dan ada juga yang menggaulkannya bersama gula dan kicap.Biasanya dimakan bersama nasi.


Malam ni menu sampingan sup ketam.Simple saja...hanya tumis serai dan bawang putih sahaja dan rebus ketam bersama.
Itu saja untuk hari ini so selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang.
Jumpa lagi.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Alasmal, semua menu tu nampak sedap. Buah dabai pulak nampak macam kurma je. Tak pernah try sebab kat sini rasanya tak ade.

    Selamat berpuasa Ramadhan ya.

    p/s: Ada pemuda nama Muhsin dtg kat Zahra' ni. Terima kasih ya sudi kirimkan salam kat kakchik.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...akhirnya salam saya disampaikan juga...Selamat berpuasa pada Kakchik sekeluarga.Harap satu hr nanti dpt jumpa Kakchik.

    ReplyDelete