Sunday, August 29, 2010

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah. Semoga sentiasa dalam peliharaanNya.Hampir dua minggu saya tidak meng"update" blog saya ini...Kesibukan dengan tugasan sebagai seorang pekerja dan Ibu agak membatas masa saya untuk bercerita di ruangan ini.Alhamdulillah petang ini diberi peluang untuk kita berkongsi cerita hari raya.

Seperti mana di tempat-tempat lain saya rasa, ketika ini suasana menjelang hari raya semakin terasa...apatah lagi hari raya akan disambut dalam tempoh tak sampai pun dua minggu lagi...Dalam shopping complex berkumandang lagu-lagu raya...Semalam saya beli baju Melayu ready made untuk hubby... tahun ni pertama kali saya membeli baju yang ready made untuk dia.Biasanya saya akan beli kain dan hantar kat Taylor.Masa ni hubby masih lagi bekerja, belum pasti lagi dapat balik raya atau tidak..tapi sebagai isteri saya tidak putus-putus mendoakan job hubby kat sana berjalan lancar dan sempat balik berhari raya bersama saya dan anak-anak, tapi kalau sudah takdirnya dia tidak sempat balik jadi saya kena redha sajalah dengan ketentuan ini.

Miri bukanlah tempat asal saya.Jadi setiap kali hari raya saya akan balik ke kampung suami atau pun ke kampung saya.Kebanyakan kawan-kawan yang sama kerja juga bukan penduduk local Miri jadi setiap kali perayaan mereka akan balik ke kampung masing-masing.Saya pernah menyambut hari raya di Miri. masa itu anak-anak masih kecil.Suami juga tiada di sisi kerana pergi bertugas. Pagi raya itu, suasana berhari raya memang tiada...sunyi dan sepi.Kawan-kawan ataupun saudara mara semua tiada di sini.Agaknya beginilah berhari raya di bandar...

Sambutan hari raya di kampung saya sememangnya luarbiasa hebat...aktiviti kunjung mengunjung tidak kira kawan-kawan mahupun saudara mara berlarutan hingga ke malam.Selagi pintu rumah masih terbuka, dan selagi lampu di rumah terang benderang, selagi itulah rumah kita akan dikunjungi...cuma yang tak seronoknya bila ada tetamu yang berkunjung pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya contohnya waktu maghrib.Walaupun bilangan ini tidak ramai tetapi sikap sebegini membawa mesej yang tidak baik kepada golongan muda.Apatah lagi kepada tuan rumah yang terpaksa melayan tetamu waktu itu.Saya harap amalan berkunjung pada waktu yang tak sepatutnya ini akan difahami oleh setiap orang.Jika orang bukan Islam boleh menghormati waktu solat kita, kenapa kita sendiri yang mengaku beragama Islam tidak mentaati dan menunaikan solat pada waktu itu.Berhari raya dan alasan kunjung-mengunjungi rumah tidak menghalalkan kita "skip" waktu solat.Yang wajib tetap diutamakan.


Jumaat lalu saya bawa anak-anak berbuka puasa di Hotel Marriot.Hadiah untuk mereka yang berpuasa.Masa tu hotel Marriot menyajikan makanan yang bertemakan makanan ala Arab.

Sepanjang bulan puasa ini juga,bazaar ramadhan ada di mana-mana,dengan juadah yang amat menyelerakan.Sesekali bila balik dari kerja saya akan singgah membeli pesanan daripada anak-anak saya yang berpuasa. Mereka ada kegemaran masing-masing.Kalau Alya suka makan kueh teow goreng, adik pula suka makan apambalik dan pulut panggang inti daging.Biasanya nasi dan lauk pauk saya masak sendiri di rumah.Pada masa inilah kita melihat telatah orang ramai membeli juadah berbuka puasa.Kalau bagi saya,untuk mengelak pembaziran,beli dengan kadar yang cukup untuk dimakan sudah memadai, kerana saya bimbang makanan yang tidak habis akan dibuang begitu sahaja.Sebolehnya saya tidak mahu anak-anak saya mengamalkan sikap membazir makanan.Saya sering bercerita kepada mereka tentang orang miskin yang kelaparan dan ada sesetengahnya mencari makanan dari sisa-sisa buangan orang.Saya mahu Alya dan Asma jadi insan yang bersyukur dengan rezeki yang ada.Bukan senang hendak melatih dan memahamkan mereka tapi inilah tugas saya sebagai ibu mereka.Alhamdulillah sudah 19 hari dalam bulan Ramadhan, mereka berdua masih lagi berpuasa walaupun cuaca yang agak panas,saya tahu mereka agak keletihan.Takpe puteri mama, latihan ini memang sukar tapi hasilnya amat manis di akhirat sana.

No comments:

Post a Comment