Sunday, August 29, 2010

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah. Semoga sentiasa dalam peliharaanNya.Hampir dua minggu saya tidak meng"update" blog saya ini...Kesibukan dengan tugasan sebagai seorang pekerja dan Ibu agak membatas masa saya untuk bercerita di ruangan ini.Alhamdulillah petang ini diberi peluang untuk kita berkongsi cerita hari raya.

Seperti mana di tempat-tempat lain saya rasa, ketika ini suasana menjelang hari raya semakin terasa...apatah lagi hari raya akan disambut dalam tempoh tak sampai pun dua minggu lagi...Dalam shopping complex berkumandang lagu-lagu raya...Semalam saya beli baju Melayu ready made untuk hubby... tahun ni pertama kali saya membeli baju yang ready made untuk dia.Biasanya saya akan beli kain dan hantar kat Taylor.Masa ni hubby masih lagi bekerja, belum pasti lagi dapat balik raya atau tidak..tapi sebagai isteri saya tidak putus-putus mendoakan job hubby kat sana berjalan lancar dan sempat balik berhari raya bersama saya dan anak-anak, tapi kalau sudah takdirnya dia tidak sempat balik jadi saya kena redha sajalah dengan ketentuan ini.

Miri bukanlah tempat asal saya.Jadi setiap kali hari raya saya akan balik ke kampung suami atau pun ke kampung saya.Kebanyakan kawan-kawan yang sama kerja juga bukan penduduk local Miri jadi setiap kali perayaan mereka akan balik ke kampung masing-masing.Saya pernah menyambut hari raya di Miri. masa itu anak-anak masih kecil.Suami juga tiada di sisi kerana pergi bertugas. Pagi raya itu, suasana berhari raya memang tiada...sunyi dan sepi.Kawan-kawan ataupun saudara mara semua tiada di sini.Agaknya beginilah berhari raya di bandar...

Sambutan hari raya di kampung saya sememangnya luarbiasa hebat...aktiviti kunjung mengunjung tidak kira kawan-kawan mahupun saudara mara berlarutan hingga ke malam.Selagi pintu rumah masih terbuka, dan selagi lampu di rumah terang benderang, selagi itulah rumah kita akan dikunjungi...cuma yang tak seronoknya bila ada tetamu yang berkunjung pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya contohnya waktu maghrib.Walaupun bilangan ini tidak ramai tetapi sikap sebegini membawa mesej yang tidak baik kepada golongan muda.Apatah lagi kepada tuan rumah yang terpaksa melayan tetamu waktu itu.Saya harap amalan berkunjung pada waktu yang tak sepatutnya ini akan difahami oleh setiap orang.Jika orang bukan Islam boleh menghormati waktu solat kita, kenapa kita sendiri yang mengaku beragama Islam tidak mentaati dan menunaikan solat pada waktu itu.Berhari raya dan alasan kunjung-mengunjungi rumah tidak menghalalkan kita "skip" waktu solat.Yang wajib tetap diutamakan.


Jumaat lalu saya bawa anak-anak berbuka puasa di Hotel Marriot.Hadiah untuk mereka yang berpuasa.Masa tu hotel Marriot menyajikan makanan yang bertemakan makanan ala Arab.

Sepanjang bulan puasa ini juga,bazaar ramadhan ada di mana-mana,dengan juadah yang amat menyelerakan.Sesekali bila balik dari kerja saya akan singgah membeli pesanan daripada anak-anak saya yang berpuasa. Mereka ada kegemaran masing-masing.Kalau Alya suka makan kueh teow goreng, adik pula suka makan apambalik dan pulut panggang inti daging.Biasanya nasi dan lauk pauk saya masak sendiri di rumah.Pada masa inilah kita melihat telatah orang ramai membeli juadah berbuka puasa.Kalau bagi saya,untuk mengelak pembaziran,beli dengan kadar yang cukup untuk dimakan sudah memadai, kerana saya bimbang makanan yang tidak habis akan dibuang begitu sahaja.Sebolehnya saya tidak mahu anak-anak saya mengamalkan sikap membazir makanan.Saya sering bercerita kepada mereka tentang orang miskin yang kelaparan dan ada sesetengahnya mencari makanan dari sisa-sisa buangan orang.Saya mahu Alya dan Asma jadi insan yang bersyukur dengan rezeki yang ada.Bukan senang hendak melatih dan memahamkan mereka tapi inilah tugas saya sebagai ibu mereka.Alhamdulillah sudah 19 hari dalam bulan Ramadhan, mereka berdua masih lagi berpuasa walaupun cuaca yang agak panas,saya tahu mereka agak keletihan.Takpe puteri mama, latihan ini memang sukar tapi hasilnya amat manis di akhirat sana.

Saturday, August 14, 2010

Selamat Hari Jadi Puteriku....

Salam Ramadhan kareem dan selamat berpuasa...

Hari sabtu 14 ogos 2010 yang lalu saya dan suami telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih beramai-ramai bersempena dengan ulangtahun ke 8 kelahiran puteri sulung kami Alya Batrisyia.
Selain daripada jiran dan kawan-kawan sekerja,majlis turut dihadiri oleh putera puteri comel dari Rumah Amal Anak Kesayangan Kami beserta dengan penjaga mereka.Terima kasih tak terhingga kepada mereka semua memenuhi undangan kami sekeluarga dan memeriahkan lagi majlis ini.

Photo-photo kenangan berbuka puasa dan solat tarawih bersama.


Jamuan ringan dengan kurma,bubur pedas dan kuih muih untuk berbuka puasa.



Selesai menunaikan solat maghrib

Puteri sulung kami membacakan teks ucapan mengalu-alukan kehadiran teman-teman dan ucapan disudahi dengan bacaan doa yang berbunyi:
Bismillaahir –rahmaanir-Rahim.
Ya Allah,jinakkanlah antara hati kami dan perbaikilah hubungan antara kami,tunjukilah kami ke jalan keselamatan.Selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya yang terang.Jauhkan kami dari segala kejahatan yang nampak dan yang tersembunyi.Berkatilah pendengaran kami,penglihatan kami,hati kami dan terimalah taubat kami,kerana sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.
Jadikan kami orang –orang yang mensyukuri nikmat yang telah kami makan dari Mu,yang memuji Mu kerananya,yang menerimanya.Sempurnakanlah nikmat itu keatas kami.
Amin.Ya Rabi Alamin.

Jamuan makanan berat.Kelihatan para putera dari Rumah Amal memilih lauk kegemaran masing-masing.

Makan bersama...





Menunaikan solat Tarawih beramai-ramai.





Bergambar kenangan sebelum berpisah.

Bersama penjaga Rumah Amal Putera.

Semoga di lain masa kita akan berjumpa lagi.Selamat meneruskan ibadah puasa di bulan yang mulia ini....semoga ibadah kita pada tahun ini lebih baik dari tahun- tahun sebelumnya.

Semoga kita semua dilimpahi dengan redha Ilahi...Amin.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Muncul Lagi...



Ramadhan yang dinanti-nanti tiba lagi.Syukur Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk menikmati bulan yang mulia ini sekali lagi.Hari ini adalah hari pertama bagi seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam menunaikan ibadah puasa.

Seawal 4 pagi saya telah bangun menyediakan juadah bersahur bersama ahli keluarga.Menu pagi ini ringkas sahaja, Singgang ikan tongkol,kacang panjang digoreng dan telur goreng.Walaupun kena bangun awal dan bermasak di awal pagi,namun tugas begini bukanlah bebanan bagi saya,malahan ia adalah sebahagian daripada kebahagiaan.Saya percaya para isteri dan ibu di luar sana
sependapat dengan saya.Bila juadah semua tersedia diatas meja, suami pun bangun dan cabaran paling hebat ialah membangunkan kedua puteriku yang amat lena di dalam bilik tidur mereka.Dalam usia 8 dan 7 tahun, mereka dimestikan untuk berpuasa penuh kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Semasa mereka berusia 6 tahun dulu, mereka juga dilatih untuk berpuasa tetapi hanya setengah hari sahaja.

Gelagat anak-anak berpuasa sesungguhnya amat mencuit hati.Dengan keadaan cuaca yang panas,sudah pasti mereka amat dahaga.Adakalanya mereka meminta untuk minum . Saya dan suami selalu memujuk mereka agar bersabar.Biasanya balik dari sekolah, setelah solat Zohor dan setelah siap membuat kerja sekolah,mereka akan dibiarkan tidur.

Pada hari ini juga wanita islam yang berkeluarga dibenarkan balik awal 4.30 petang.Alhamdulillah...Manakala saya pula yang flexi Hour dan masuk kerja sebelum 7.30 pagi dibenarkan balik tepat 4 petang...Saya amat menghargai peluang yang diberi ini, untuk memudahkan segala urusan menyediakan juadah berbuka puasa bersama ahli keluarga.


Semoga ketibaan Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari segi ibadah atau amalan dari tahun-tahun sebelumnya. Peluang yang ada untuk kita meraih ganjaran dari Allah.Semoga ibadah kita diterima dan dirahmati oleh Nya.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW telah bersabdayang bermaksud:Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa yang telah lalu.

Salam Ramadhan Mubarakdari saya untuk kalian di sana.

Tuesday, August 3, 2010

Menu Malam Ini...

Assalamualaikum pelawat yang sudi menziarahi blog saya.Hari ni tak ada apa nak cerita..sekadar berkongsi menu untuk malam ni.Seperti biasa balik kerja petang tadi,operasi saya di dapur pula menyediakan juadah untuk makan malam.


Gulai Ikan Jebong atau lebih dikenali dengan nama ayam laut.Masak ikan ni agak lama sedikit sebab isi nya tebal.Selain dari dibakar,ikan ni sesuai dengan masakan gulai yang pekat.Isinya memang enak sekali.


Ini pulak buah dabai.Buah ni agak popular di Sarawak.Biasanya buah dabai ni akan muncul ketika musim durian.Maknanya sekarang ni musim durianlah kat tempat saya.Buah dabai ni agak keras tapi selepas direndam dengan air panas,buahnya akan menjadi lembut.Sesetengah orang akan menggaul dengan sedikit garam begitu sahaja dan ada juga yang menggaulkannya bersama gula dan kicap.Biasanya dimakan bersama nasi.


Malam ni menu sampingan sup ketam.Simple saja...hanya tumis serai dan bawang putih sahaja dan rebus ketam bersama.
Itu saja untuk hari ini so selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang.
Jumpa lagi.

Sunday, August 1, 2010

Kami Juara.....


Sorakkan mereka menguatkan semangat mama.Berbaloi temankan mama berlatih sambil mereka sendiri membuat homework kat bowling center.

1 ogos 2010,Pertandingan bowling anjuran Jabatan kesihatan Bahagian Miri telah diadakan di Megalane Starbowl Miri.Saya dan beberapa orang rakan sekerja menubuhkan kumpulan yang di beri nama kumpulan La Tahzan...Satu kumpulan terdiri dari 4 pemain.

Mereka sentiasa ada di sisi menemani saya ketika latihan.


Gaya salah seorang rakan sekumpulan.


Fokus...mesti boleh !!


Kami La Tahzan bergelar juara .

Dan hari ini kumpulan La Tahzan telah bergelar Juara...Dan yang paling menariknya kumpulan La tahzan turut memenangi 2 kategori, johan perseorangan wanita (saya sendiri...hehe) dan naib johan perseorangan lelaki .Alhamdulillah.Tak sia-sia saya berusaha berlatih dalam minggu ni...siapa berusaha pasti berjaya.Ternyata dengan berpakaian lengkap menutup aurat, wanita Islam turut boleh bersukan.Dan menjadi muslimah bowling tidak menghalang saya bergelar juara.Thank You Allah..